Farasu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Farasu
Farasu.jpg
Farasu 2015
Latar belakang
Berasal dariSeri Serdang, Selangor Malaysia
Genreprogressive death metal, melodic death metal, heavy metal, thrash metal
Tahun aktif2002 - sekarang
Syarikat rakaman
Farasu Movement, Nilai Loudblast Scene Productions
Laman sesawang
http://www.facebook.com/farasuthetruly
AhliShah Zaini
Nahak
Jek
Apai
Mus Fidayyin
Bekas ahliEyin
Razman
Faizal
Khalix
Kotam
Auks
Ordil Jay Sven

Farasu awalnya ditubuh oleh Nahak, Bull & Mus Fidaiyyin pada tarikh 12 Disember 2002 di Sri Serdang, Selangor, Malaysia. Asalnya ia hanya merupakan sebuah band projek yang berkonsepkan muzik grind-death, namun komitmen serius kesemua anggota telah membentuk persefahaman untuk menjadi sebuah band.

Nama Farasu berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kuda. Ia dipetik daripada Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dalam kisah Raja Suran mengembara ke dunia bawah laut yang digelar 'Bum Sum' dengan menunggang seekor kuda semberani yang bernama 'Farasu al-Bahri'.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Band ini adalah gabungan bekas anggota Brave in Vision dan Iron Storm. Farasu mengadakan persembahan pentas pertamanya di gig "Eastern Loudness" pada tarikh 9 Mac 2003 di The Old House Pub anjuran Nilai Loudblast Scene. Setiap konsert yang dianjurkan oleh Nilai Loudblast Scene akan hadir dengan Farasu. “A Millenium of Madness” demo merupakan bahan awal yang dihasilkan oleh Farasu pada 6 Mac 2003, mengandungi tiga lagu lagu sendiri dan dua lagu cover Athothorgh.

Awal tahun 2005, Farasu tampil dengan promo cd "Midnight Evil Spirit". Setelah menghadapi masa sukar 2005 akibat - "Black Metal issues" - (propaganda media massa Malaysia), Farasu muncul dengan Live MCD "The Blackmoon Eclipse". Pada bulan Mei 2007, anggota-anggota Farasu telah berubah dengan penyertaan kembali Nahak, selepas Kotam, Auk,Taba dan Faizal meninggalkan Farasu. Perubahan ini telah membawa kembali "the True Spirit of Farasu" seperti era 2002 dahulu.

Selepas meriliskan MCD "The Blackmoon Eclipse", Farasu melalui perkembangan sangat menggetirkan yang hampir sahaja membuat Farasu terkubur daripada scene metal tanah air. Namun ia bukan penghalang untuk diteruskan oleh anggota asal. Dengan mengambil tinggalan semangat dan sisa yang ada maka bermulalah episod baru untuk Farasu, anggota-anggota asal Farasu iaitu Nahak dan Bull telah kembali bekerjasama dengan Mus Fidayyin, Farasu juga telah merekrut penyanyi baru yakni Arm. Dalam tempoh dua tahun lebih Farasu meneruskan perjuangan dengan bantuan rakan-rakan untuk penghasilan album baru yang diriliskan oleh Farasu sendiri iaitu "Menongkah Arus" dengan kerjasama label Neochronicles Production. Album "Menongkah Arus" ini menampilkan lapan lagu dengan lirik berbahasa Melayu sepenuhnya yang kesemuanya ditulis oleh Mus Fidayyin.

Kelahiran album Menongkah Arus telah membawa wajah baru kepada muzik Farasu. Bentara Guru, editor Kremaut telah melabelkan muzik Farasu sebagai sebuah bentuk baru Eastern Metal yang membuka suatu ruang baru dalam perkembangan muzik Eastern Metal yang dipelopori oleh Langsuyr, Assahar dan Sil Khannaz. Farasu telah mencetuskan sebuah anjakan baru kepada konsep muzik metal di Malaysia secara tersendiri.

Album 'Menongkah Arus' turut perhatian pengulas album di akhbar Utusan Malaysia yang telah membuat ulasan dalam sisipan Mega-Hits pada 11 Januari 2010. Album ini telah diberi tiga bintang oleh pengulas ruangan tersebut. Farasu seterusnya mendapat perhatian dari majalah muzik metal tempatan, Karisma dengan menampilkan ulasan ringkas yang lengkap berkisarkan album 'Menongkah Arus'. Ulasan tersebut telah diterbitkan dalam majalah Karisma isu #3 April 2010. Ulasan tersebut telah dikeluarkan pada muka surat 26 & 27 edisi tersebut.

Penghujung tahun 2014 iaitu antara Julai hingga Disember, Farasu telah kembali menjalankan proses rakaman untuk album terbaru. Proses rakaman, mixing dan mastering telah dibuat di Laguna Studio, Ampang dan Kerbau Works, Bangsar.

Album Against Tyranny secara rasmi diedar pada 8 Febuari 2015. Pelancaran rasmi album tersebut bakal dilangsungkan pada awal April 2015.

Setelah tiga tahun giat beraksi di pentas-pentas antarabangsa di sekitar Indonesia, Taiwan dan China, Farasu kembali merakam lagu-lagu baru antara bulan November dan Disember 2017.

Farasu seterusnya menampilkan sebuah lagi 'pro-release' album Sulalatus Salatin pada awal tahun 2018. Ia merupakan sebuah album yang membawa konsep muzik metal bentuk baru iaitu Nusantara Metal yang menggarapkan muzik asas deathmetal bersulam kait dengan elemen-elemen Nusantara.

Anggota Terkini[sunting | sunting sumber]

Farasu's line-ups
Original
(2002-2003)
(2004-2005)
  • Kotam – vocals
  • Nahaq – guitar
  • Razman – guitar
  • Bull – bass
  • Fidaiyyin – drums
(2005-2006)
  • Kotam – vocals
  • Razman – guitar
  • Faizal Fauzi – guitar
  • Taba Khalx – bass
  • Fidaiyyin – drums
(2006-2007)
  • Kotam – vocals
  • Faizal Fauzi – guitar
  • Auk Nekradamus – guitar
  • Taba Khalx – bass
  • Fidaiyyin – drums
(2007–2008)
  • Arm – vocals & bass
  • Nahaq – guitar
  • Amir (session) – guitar
  • Fidaiyyin – drums
(2008–2011)
  • Arm – vocals
  • Nahaq – guitar
  • Amir ST – guitar
  • Bull – bass
  • Fidaiyyin – drums
  • Ejal – bass live session
(2011–2013)
  • Shah Zaini – vocals
  • Nahaq – guitar
  • Yo Hand – guitar
  • Apai – bass
  • Fidaiyyin – drums
Current
(2014–2018)
  • Shah Zaini – vocals
  • Nahaq – guitar
  • Ordil Jay Sven – guitar
  • Apai – bass
  • Fidaiyyin – drums
Name Instrument Membership Additional Information
Shah Zaini vocals since 2012 Ex-DJ online radio Bapakku FM.
Nahaq guitar since 2002 Main songwriter. Ex-Ironstorm
Apai bass since 2012 Ex-bassist Skin Basher
Fidaiyyin drums since 2002 Main songwriter.
Ordil Jay Sven lead guitar since 2014 Also guitarist for Xtroverts

Bekas Anggota[sunting | sunting sumber]

  • Eyin - vokal
  • Kotam - vokal
  • Razman - gitar (Halun)
  • Faizal - gitar
  • Auks - gitar (Sick Society)
  • Khalix - bass

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]