Awang Spanar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Awang Spanar)
Jump to navigation Jump to search
Awang Spanar
PengarahZ. Lokman
PenulisLakon layar:
Dibintangi olehMr. Os, Salih Yaacob
Mula ditayangkan
1989
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Awang Spanar merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1989. Filem Awang Spanar diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Awang Spanar mula ditayangkan pada 1989 di pawagam seluruh negara. Arahan Z. Lokman, ia menampilkan Mr. Os, Salih Yaacob dan ramai lagi.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Awang dan Salleh berasal dari Terengganu. Salleh berkerja sebagai seorang kelasi sementara Awang Spanar diberi gelaran tersebut kerana mahir membaiki bot. Dalam percutian mereka di Kuala Lumpur, mereka menyaksikan kejadian penculikan oleh sekumpulan mafia ke atas anak seorang hartawan bernama Imran. Kehadiran mereka disedari oleh salah seorang mafia bernama Udin Didih lalu melaporkan kepada ketuanya Ali Jibon. Ali mengarahkan orang-orangnya untuk mencari dan menghapuskan Awang dan Salleh yang menjadi saksi kejadian penculikan tersebut. Dengan bantuan seorang detektif yang bernama Lydia, mereka dapat mengesan penculik itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]