Hussein Abu Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hussein Abu Hassan
Hussein Abu Hassan.jpg
Kelahiran
Hussein bin Abu Hassan

(1937-05-05)5 Mei 1937
Meninggal dunia26 November 2007(2007-11-26) (umur 70)
Sebab kematianPenyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1961–2007
PasanganMahyon Ismail (k. 1961; m. 2007)
Anak-anak
Saudara
  • Fazrick Faizal (cucu)
  • Fazryn Faizal (cucu)
  • Natra Dilla (cucu)
  • Marissa Dilla (cucu)
  • Amin Fairuz (cucu)

Hussein Abu Hassan (5 Mei 1937 – 26 November 2007) merupakan seorang pengarah dan pelakon lelaki Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hussein dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 5 Mei 1937, sebelum ini adalah bekas anggota Polis Diraja Malaysia sebelum beliau mula menceburi bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam Sri Mersing pada 1961 diikuti Tun Teja, Fajar Menyingsing, Air Mata Duyung, Siti Payung, Panglima Besi, Amok Tok Nading, Laksamana Do Re Mi dan Loceng Maut.

Beliau juga berlakon filem luar negara seperti Muah (Hong Kong), International Trades, Crazy - Pikoy Goes To Malaysia (Filipina) dan Bailey Big Deal (Australia). Lakonannya dalam filem arahan P. Ramlee menerusi Laksamana Do Re Mi terserlah menerusi watak Menteri Pasola.

Pada 1975, beliau menjadi pengarah melalui filem pertamanya, Bunga Padi Berdaun Lalang diikuti Panglima Badol, Senja Merah, Gila-Gila Remaja, Kanta Serigala dan Bujang Selamat.

Pada tahun 1988 beliau berlakon dalam filem Bisikan Arwah.

Hussein pernah menerima Anugerah Seniman Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005. Jasanya di dalam bidang seni mendapat penghargaan dengan pengurniaan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1997.

Hussein meninggal dunia pada 6.30 pagi, 26 November 2008 di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain. Hussein dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ibu Kota Setapak.[1]

Ahli keluarga[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1961 Sri Mersing Filem lakonan pertama beliau
Tun Teja
Tunggal
1962 Siti Payung
Selendang Merah Leman
1963 Fajar Mernyingsing
1964 Air Mata Duyung Datuk Tanjung
Wan Perkasa
Panglima Besi Anjal
The 7th Dawn Filem pertama Hollywood sebagai pelakon tambahan
1965 Kaseh Ibu Kawan Jaafar
1966 Nasib Do Re Mi Yusni
1967 Darma Kesuma Wira
1968 Amok Tok Nading Tok Nading
1969 Keranda Jingga
Lanang Sejagat Lanang Sejagat
1970 Di-Belakang Tabir Hassan
Perintah Seri Paduka
Kembang Layu Borhan
Tuah Badan Tukang Gambar
Pancha Indera Harimau Berantai
1971 Durjana
Khudrat
1972 Belang Pertanda
Pendekar Sakti Sakti
Laksamana Do Re Mi Menteri Fasola
Chengkaman Maut Mamat / Mat Tudung
Darah Panglima
1973 Terbabas Taufik
Satria Bongkok / Satria
Satu Penentuan Murad
1974 Mastura
1975 Si Buta Jaksa
Bunga Padi Berdaun Lalang Amir Juga sebagai pengarah
1976 Loceng Maut Panglima
1978 Panglima Badol Panglima Wira Perkasa Sebagai pengarah
1980 Si Luncai Sumbing
1981 Bewitched Bomoh Filem Hong Kong
Bukit Kepong MM Osman Yusoff
Sumpah Semerah Padi Sejagat
1982 Senja Merah Sebagai pengarah dan penulis skrip
Centipede Horror Ahli Sihir Jahat Filem Hong Kong
1983 Manis-Manis Sayang Bahadom
Seeding of a Ghost Bomoh Melayu Filem Hong Kong
1985 Bujang Selamat Pendekar Udin
1986 Gila-Gila Remaja Bakar Sebagai pengarah
1988 Pertarungan Iblis Merah Filem Indonesia
Bisikan Arwah Mbah Rejo
Fighting Madam 2 Filem Hong Kong
Gila-Gila Si Pikoy
1989 Cinta Berdarah Filem Indonesia
Kembar Siam Tuan Director
Dendam Perawan Bunting Sebagai pengarah
Awang Spanar Ali Jebon
1991 Boss Malik
Kanta Serigala ASP Hussin Sebagai pengarah dan penulis
1992 Fifty/Fifty Pemandu Bas Penampilan kedua filem Hollywood
1993 Sengketa Cinta
1994 Amelia Bapa Fandy
1996 Suami, Isteri dan .....? Penampilan khas
2001 Mendam Berahi
2004 Di Ambang Misteri Filem lakonan terakhir beliau

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1972 Rantau Selamat TV1
1973 Detik Penentuan
1977 Bailey Bird Inspektor Hamid Seven Network
1988 Semuntar Hitam TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Antara Dua Bayang TV3
1995 Diari Hati Julia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]