Esok Masih Ada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Esok Masih Ada)
Jump to navigation Jump to search
Esok Masih Ada
PengarahJins Shamsudin
PenerbitJins Shamsudin
PenulisAimi Jarr (Cerita Asal)
Jins Shamsudin (Lakon layar)
Dibintangi olehJins Shamsudin,
Azean Irdawaty,
Christine Teoh
Muzik olehYanto Samad
Kumpulan Carefree
Disunting olehJohari Ibrahim
PengedarJins Shamsuddin Productions
Mula ditayangkan
1980
Tempoh tayangan
98 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Esok Masih Ada merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1980.[1] Filem Esok Masih Ada diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Esok Masih Ada mula ditayangkan pada 1980 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jins Shamsudin, Azean Irdawaty, Christine Teoh dan ramai lagi.

Lagu tema Esok Masih Ada dinyanyikan oleh kumpulan Carefree.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Esok Masih Ada diarah oleh pengarah Jins Shamsudin pada 1980.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

ASP Zamri adalah seorang pegawai kanan polis yang berjaya, tetapi gagal membina sebuah keluarga bahagia. Kematian anaknya akibat penyakit leukemia, menghampakan hidupnya. Perkenalannya dengan Marina, anak gadis Encik Cheong, seorang pengurus Malayan Banking Berhad (kini Maybank) membibitkan kemesraan. Segalanya berpunca apabila ASP Zamri membebaskan Encik Cheong dari tawanan sekumpulan ahli kongsi gelap yang merompak banknya dan menjadikannya sebagai tebusan. Marina sebenarnya ada hubungan dengan Albert. Albert pula mempunyai hubungan dengan Ramon, ketua kumpulan kongsi gelap. Albert sebenarnya hanya mempergunakan Marina bagi tujuan jenayahnya apabila beliau menyuruh Ramon menculik Marina. Namun, Marina berjaya diselamatkan selepas Albert dan Ramon berjaya ditumpaskan dalam dua serbuan polis yang berasingan. Kerana simpati pada Zamri yang inginkan anak, Cheong mendesak Marina berkahwin dengan Zamri. Mereka berkahwin walaupun mendapat tentangan daripada ibu Marina. Perkahwinan itu di kurniakan seseorang anak lelaki yang bernama Jefri, yang kemudiannya di serahkan kepada Faridah, isteri pertamanya. Zamri banyak menghabiskan masa bersama Faridah dan Jefri. Marina merasakan kehausan kasih sayang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Jins Shamsudin sebagai ASP Zamri,
  • Azean Irdawaty sebagai Faridah,
  • Christine Teoh sebagai Marina
  • S. Roomai Noor sebagai Dato' Zakaria, bapa ASP Zamri
  • Umi Kalsom sebagai ibu ASP Zamri
  • Rosnah Abdul Rahman
  • A. Rahim sebagai Ramon, ketua kongsi gelap
  • Hj. Taufik Kang Teck Lee sebagai Encik Cheong
  • Lily Cheniah sebagai isteri Encik Cheong
  • Albert Lee sebagai Albert
  • Firdaus Abdullah
  • Roslan Ahmad

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Esok Masih Ada. (Carefree)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Malaysia Pertama, 1980
  2. Pelakon Wanita Terbaik - Azean Irdawaty
  3. Jurukamera Terbaik - S. Mohan
  4. Pertandingan: Festival Filem Asia Pasifik ke-26, 1980 (Jakarta)
  5. Anugerah Khas Mitra - Tema terbaik ke arah perpaduan kaum

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]