Pergi ke kandungan

A. Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A. Rahim
A. Rahim ketika mempraktikkan ilmu silat
Kelahiran
Abdul Rahim bin Abu

19 Mei 1930
Meninggal dunia20 April 1992(1992-04-20) (umur 61)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanPusara Aman Singapura
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip
Tahun aktif1951–1992
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
PasanganJunainah Haris

Abdul Rahim Abu atau lebih dikenali sebagai A. Rahim (19 Mei 1930 – 20 April 1992), ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis skrip Malaysia.

Memulakan kerjaya hiburannya di layar lebar semasa zaman kegemilangan perfileman Tanah Melayu, beliau terkenal dengan peranan antagonis di dalam filem-filem terbitan Malay Film Productions sehingga menerima jolokan Rahim Debuk.[1][2][3]

Beliau banyak berlakon dalam produksi Malay Film Productions dan juga berlakon filem Cathay-Keris Film Productions (Rumah Itu Dunia Aku dan Chuchu Datok Merah). Rata-ratanya banyak watak antagonis yang dipegangnya - cuma tiga kali berlakon watak baik misalnya dalam filem Isi Neraka, Ibu Mertua-ku dan Anak Buloh Betong serta watak lawak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok apabila beliau memegang watak sebagai Momotaro-san, salah seorang daripada 40 orang penyamun yang berketurunan Jepun-Muslim dan dari situlah nama beliau mula dikenali.

Selain berlakon, beliau juga merupakan pakar seni bela diri dan turut menjadi tenaga pengajar untuk babak pergaduhan kepada beberapa pelakon, sebaris dengan seniman Salleh Kamil dan S. Kadarisman. Salah satunya ialah pencak Silat Kuntau Tekpi dan berkemahiran bermain pisau Tekpi dimana beliau mendapat didikan dari guru Zainal Abidin Baling. Pencak yang sama turut dipelajari bekas birasnya, P. Ramlee untuk berlakon dalam filem 6 Jahanam.

Selepas malapnya era filem Melayu di Singapura, beliau pulang semula ke Malaysia dan terus berlakon beberapa filem lagi, seperti Pendekar, Tiada Esok Bagimu, Esok Masih Ada, Bukit Kepong dan lain-lain. Selain itu, beliau juga aktif berlakon dalam drama-drama terbitan RTM.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Abdul Rahim bin Abu pada 19 Mei 1930 di Kuala Kangsar, Perak dan merupakan bekas biras P. Ramlee kerana beliau pernah berkahwin dengan Junainah (adik Junaidah isteri pertama P. Ramlee).[4]

Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 20 April 1992 dalam van miliknya di perkarangan Studio Merdeka, akibat sakit jantung pada usia 62 tahun.[5] Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura dan ia merupakan permintaan terakhirnya.[6][7]

Dua hari sebelum sebelum kematiannya, beliau dilaporkan sempat bergurau dengan memberitahu penerbit JD Production, Julie Dahlan bahawa filemnya Kanang Anak Langkau mungkin tidak sempat ditontonnya.[8]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1951 Rayuan Sukma Musa Filem pertama
Bapa Saya Rahim
Juwita Hassan
1952 Sedarah Hashim
1953 Pachar Puteh
Seniwati
1954 Panggilan Pulau Musa
1955 Empat Isteri Yusof
1956 Hang Tuah Orang Mengamuk 2 Penampilan khas
Semerah Padi Jejaka
Bernoda Osman
Keadilan Illahi Pengikut Malaun
1957 Belantara
Seruan Darah
1958 Sri Menanti
Masharakat Pinchang Hassan
Azimat Kawan Remy
Kaki Kuda Yakkub
Sumpah Orang Minyak
Hantu Kubor
1959 Pendekar Bujang Lapok Rahim
Musang Berjanggut Samseng kuncu Megat 1
Samseng
1960 Pertarongan Garang
Megat Terawis Tengku Johan Lela Pahlawan
Isi Neraka Tulat
Putera Sangkar Maut Marjan
Lela Manja Panglima Harimau Berantai
1961 Ali Baba Bujang Lapok Penyamun Momotaro san
Seniman Bujang Lapok Pelakon Penampilan khas
Mas Merah Gadik
Si Tanggang Jelutong
Sri Tanjung
1962 Lubalang Daik Japri
Ibu Mertua-ku Omar Hashim
1963 Rumah Itu Dunia Aku Rahim
Chuchu Datok Merah Long Daik
Tajul Ashikin Datok Perantau
Gul Bakawali
1964 Selamat Hari Raya Dirinya sendiri Filem pendek
Hutang Darah Dibayar Darah Reno Sanggora
1965 Taqdir Panglima Jati
Muda Mudi Juga sebagai penolong pengarah
1966 Anak Buloh Betong Orang Kaya Manera Filem terakhir di Singapura
1977 Pendekar
1979 Penagih Dadah Juga sebagai lakon layar
Esok Masih Ada Ramon
Tiada Esok Bagimu Suami Zarah
1981 Bukit Kepong Lans Koperal 7186 Jidin Omar Sebagai penolong pengarah
Sesejuk Air Mata Ibu Juga sebagai pengarah, penulis skrip, cerita asal dan lakon layar[9]
1988 Jiran Ramlan
1990 Hati Bukan Kristal Kekasih Michelle
1991 Bayangan Maut Jinggo
Juara Chief
Kanta Serigala Omar Filem terakhir
  1. ^ Tuminah Sapawi (30 April 1992). "Bengis di filem baik di luar". Berita Harian. m/s. 5. Dicapai pada 8 November 2018.
  2. ^ "Bergelar Datuk Debuk". Harian Metro. 21 April 1992. Dicapai pada 8 November 2021.
  3. ^ Zainuri Misfar (23 Januari 1994). "A Rahim terkenal kerana watak samseng". Berita Minggu. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  4. ^ "Asal Kuala Kangsar". Harian Metro. 21 April 1992. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  5. ^ "Veteran actor A. Rahim dies". New Straits Times. 21 April 1992. Dicapai pada 8 November 2021.
  6. ^ "Wasiat terakhir kepada keluarga". Harian Metro. 21 April 1992. Dicapai pada 8 November 2021.
  7. ^ "A. Rahim to be buried in Singapore". The Malay Mail. 21 April 1992. Dicapai pada 8 November 2021.
  8. ^ Saodah Ismail (22 April 1992). "Gurau A. Rahim jadi nyata". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2021.
  9. ^ Suhairi Es (27 April 1980). "A. Rahim pula dilantik jadi pengarah filem". Berita Minggu. m/s. 7. Dicapai pada 17 November 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]