Azean Irdawaty
Azean Irdawaty | |
|---|---|
Azean dalam satu sesi fotografi pada 2011, semasa bertarung dengan kanser. | |
| Kelahiran | Azean Irdawaty binti Yusoef 27 Februari 1950 |
| Meninggal dunia | 17 Disember 2013 (umur 63) |
| Sebab kematian | Tumor dan limfedema |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur |
| Nama lain | Kak Yan |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 1970–2013 |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Khairil Anwar Zainal Mokhtar Rashidi (k. 1977; m. 2013) |
| Anak-anak | 3 (termasuk Benjy) |
Azean Irdawaty Yusoef (27 Februari 1950 – 17 Disember 2013) ialah seorang bekas pelakon dan penyanyi Malaysia yang mula mencipta nama sebagai penyanyi era 1970-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak akhir 70-an dan awal 80-an.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Yan, meninggal dunia pada Selasa 17 Disember 2013 akibat penyakit tumor dan limfedema.[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 27 Februari 1950 di Alor Setar, Kedah.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Azean Irdawaty, mencipta nama di layar perak pada akhir 70-an setelah membintangi filem Di-Belakang Tabir arahan Jins Shamsuddin. Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Pertama pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982 pada FFM3.
Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah filem Esok Masih Ada, Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Anak Mami Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.
Beliau juga dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008. Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.
Selain filem, beliau turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah Lima Puluh Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Azean Irdawaty di diagnosis menghidap kanser tumor dan lymphedema pads 2011. Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.
Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 8.30 malam Selasa, 17 Disember 2013 di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.
Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Kayu Ara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada hari Rabu. Beliau meninggalkan suami, Khairil Anwar ZM Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single
[sunting | sunting sumber]- Rahsiaku Laguku (WEA - 1979)
- Kesedihan Di Matamu (WEA - 1980)
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 1975/76 | Anugerah Sri Angkasa | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Kelahiran | Menang |
| 1980 | Festival Filem Malaysia | Pelakon Wanita Terbaik | Esok Masih Ada | Menang |
| 1981 | Festival Filem Malaysia | Pelakon Wanita Terbaik | Perjanjian Syaitan | Tercalon |
| 1989/90 | Anugerah Sti Angkasa | Pelakon Wanita Terbaik | Bila Patah Ranting | Menang |
| 1982 | Festival Filem Malaysia | Pelakon Wanita Terbaik | Langit Petang | Menang |
| 1995 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Ratu Jamu | Tercalon |
| 1996 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Kembali | Menang |
| 1997 | Festival Filem Malaysia | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Amelia | Menang |
| 1998 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Najiha | Menang |
| 1998 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik Filem | Baginda | Menang |
| 2000 | Anugerah Bintang Popular | Pelakon Filem Wanita Popular | — | Tercalon |
| 2001 | Anugerah Bintang Popular | Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon |
| Artis Komedi Wanita Popular | — | Tercalon | ||
| 2003 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Hanya Untukmu | Tercalon |
| 2005 | Anugerah Bintang Popular | Anugerah Biduanita Veteran | — | Menang |
| 2005 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Tarik Tali | Tercalon |
| 2007 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Tanah Kubur | Tercalon |
| 2007 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik Filem | Waris Jari Hantu | Tercalon |
| 2008 | Festival Filem Malaysia | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Waris Jaris Hantu | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Muzaffar Mustapa (18 Disember 2013). "Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 18 Disember 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1950
- Kematian 2013
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kedah
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Penyanyi wanita Malaysia
- Kematian akibat kanser payudara
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
- Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Anugerah Skrin