S. Roomai Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato'
S. Roomai Noor
S. Roomai Noor.jpg
Kelahiran Muhammad Toyib bin Salleh
(1923-02-22)22 Februari 1923
Kampung Tengah, Temerloh, Pahang, Tanah Melayu (kini Malaysia)
Kematian 16 Mac 1996(1996-03-16) (umur 73)
Hospital Makkah, Arab Saudi
Sebab kematian Paru-paru berair
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon, pengarah
Tahun aktif 1948 - 1989
Majikan Malay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Jins Shamsuddin Productions
Fleet Communications
ISE Film Productions
ZHA Film Productions
Cinematic Sdn Bhd
Mahsuri Filem Sdn Bhd
Terkenal kerana Berlakon dalam filem Chinta
Pasangan Siput Sarawak (1951 - 1953; bercerai)
Umi Kalthum (1955 - 1996; kematiannya)
Anak Anita Sarawak (anak bersama Siput Sarawak)
Noorkumalasari (anak bersama Umi Kalthum)
Noor Salawati
Sonadi Noor
Noor Latiff
Noor Jumaaton
Nurul Mukmin
Noraini Jaafar (anak tiri bersama Umi Kalthum)
Muhammad Bin Jaafar (anak tiri bersama Umi Kalthum)

Dato' Haji S. Roomai Noor (dilahirkan sebagai Muhammad Toyib Bin Salleh; 22 Februari 1923 - 16 Mac 1996) merupakan seorang mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon dan pengarah yang berasal dari Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Muhammad Toyib Bin Salleh dilahirkan di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang pada 22 Februari 1923 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, Bentong, Pahang sehingga ke peringkat Junior Cambridge.[1]

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau pergi ke Singapura dan menetap di rumah bapa saudaranya iaitu penulis yang terkenal, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1946 setelah Jepun kalah dengan Tentera Bersekutu. Kepulangan beliau ke Malaysia telah membuatkan keluarga terdekat terkejut kerana pada sangkaan keluarga, beliau telah mati semasa pendudukan Jepun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan karier lakonan pertamanya dalam filem Chinta arahan B. S. Rajhans pada tahun 1948. Filem arahannya yang pertama ialah filem Adam pada tahun 1956.

Sepanjang kerjayanya, beliau mengunakan pendekatan bahawa media dan wartawan Melayulah yang diharap untuk mendekati dan mendaulatkan dunia filem Melayu dan dengan itu, karyawan filem jangan terlalu sensitif dengan kritikan serta menjadikan wartawan Melayu sebagai musuh.

Beliau pernah bekerjasama dengan Ho Ah Loke dalam penubuhan produksi Cathay-Keris. Akibat daripada itu, beliau telah dihalang untuk berlakon selama tiga tahun apabila Shaw Brothers berjaya mendapat perintah mahkamah menghalangnya muncul sebagai seorang pelakon. Perkara ini disebabkan tindakan beliau menubuhkan Cathay-Keris.

Ketika menghadiri Pesta Filem Asia di Taiwan pada tahun 1964, pesawat yang membawa delegasi Malaya telah terlibat dalam nahas udara. Walaubagaimanapun, beliau, M. Amin, Roseyatimah, Umi Kalthum dan Latifah Omar dilaporkan terselamat. Tetapi, nahas tersebut telah mengorbankan Loke Wan Thoo serta 53 penumpang yang lain.

Setelah industri perfileman Melayu di Singapura menampakkan kemerosotan, Jins Shamsuddin telah mempelawa beliau membintangi filem arahan pertamanya di Studio Merdeka iaitu Bukan Salah Ibu Mengandung yang turut menampilkan P. Ramlee, Umi Kalthum, Sarimah, Sharifah Hanim dan Ed Osmera. Sejak itu, beliau dan isterinya Umi Kalthum kerap membintangi filem-filem arahan Jins. Filem terakhir S. Roomai Noor ialah Sumpahan Mahsuri yang ditayangkan pada tahun 1989 dan selepas itu beliau menumpukan perhatian dalam lakonan untuk drama di kaca televisyen.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

S. Roomai Noor mendirikan rumahtangga bersama seniwati Siput Sarawak yang dikenalinya semasa berlakon dalam filem Chinta dan dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Pada tahun 1956, beliau berkenalan pula dengan seniwati Umi Kalthum semasa berkhidmat di studio Cathay-Keris hingga membawa kepada perkahwinan mereka dan dikurniakan enam cahaya mata termasuk Noorkumalasari.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mac 1996, beliau meninggal dunia di Hospital Makkah, Arab Saudi akibat penyakit paru-paru berair ketika beliau sedang menunaikan umrah bersama isterinya, Umi Kalthum. Kisahnya telah diadaptasikan ke dalam sebuah telefilem yang berjudul Pintu No.9 terbitan Zeel Productions Sdn Bhd dimana watak Allahyarham dilakonkan oleh pelakon Zulkifli Ismail, manakala Noorkumalasari memegang watak ibunya Umi Kalthum.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Malay Film Productions
  • Chinta - (1948) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Raja Kanchi/Sanchi)
  • Noor Asmara - (1949) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Omar)
  • Nilam - (1949) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Ahmad)
  • Bakti - (1950) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Hassan)
  • Pembalasan - (1950) - (Pelakon Utama)
  • Cinta Gadis Rimba - (1950) - (Pelakon Utama)
  • Berdosa - (1951) - (Pelakon Utama)
  • Selamat Hari Raya - (1955) - (Pelakon Utama)
  • Kasih Menumpang - (1955) - (Pelakon Utama)
  • Irama Kasih - (1955) - (Pelakon Pembantu)
  • Mega Mendung - (1956) - (Pelakon Utama)
Cathay-Keris Film Productions
  • Adam - (1956) - (Pelakon Utama)
  • Orang Licin - (1958) - (Pelakon Utama)
  • Che Mamat Parang Tajam - (1958) - (Pelakon)
  • Orang Minyak - (1958) - (Pelakon Utama)
  • Mahsuri - (1959) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Wan Derus)
  • Hantu Rimau - (1960) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (ASP Latiff)
  • Pak Pandir Moden - (1960) - (Pelakon Utama)
  • Sumpitan Racun - (1961) - (Pelakon Utama)
  • Bayangan Di Waktu Fajar - (1963) - (Pelakon Utama)
  • Rumah Itu Dunia Aku - (1963) - (Pelakon Utama)
Merdeka Film Productions
Jins Shamsuddin Productions
Fleet Communications
  • Abang - (1981) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Dato' Din)
ISE Film Productions
ZHA Film Productions
Cinematic Sdn Bhd
  • Rahsia - (1987) - (Pelakon Pembantu)
Mahsuri Filem Sdn Bhd

Pengarah filem[sunting | sunting sumber]

Penulis[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 (1984)
  • Dicalon untuk menerima Anugerah Seni Negara 1996 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Tapi pencalonan itu terpaksa ditarik balik apabila beliau meninggal dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]