Noorkumalasari
Noorkumalasari | |
---|---|
Kelahiran | Noor Kumalasari binti Mohamed Taib 11 April 1956 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, peragawati |
Tahun aktif | 1960–1998, 2016–kini |
Pasangan | Roslan Onn (bercerai) Wan Mohammad Yusof (Kini) |
Anak | 4 |
Ibu bapa |
|
Saudara | Anita Sarawak (Kakak seayah) Noraini Binti Jaafar (kakak seibu) Muhammad Bin Jaafar (abang seibu) Noor Salawati (kakak) Sonadi Noor (adik) Noor Latiff (adik) Noor Jumaaton (adik) Nurul Mukmin (adik) |
Noorkumalasari (dilahirkan sebagai Noor Kumalasari binti Mohamed Taib; 11 April 1956) merupakan salah seorang peragawati dari Malaysia yang kemudian bergelar pelakon dan penyanyi yang terkenal pada 1970-an[nota 1] hingga 1990-an. Beliau juga merupakan anak kepada Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum.[1] Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.
Beliau telah berkahwin dengan Roslan Onn dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Abdul Qayyum.[2] Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai 10 tahun kemudian. Pada tahun 1990 pula, beliau telah bertemu dengan Wan Mohamad Yusof dan mereka telah bernikah walaupun timbul sedikit kontroversi ketika itu.[3] Mereka juga telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.[4]
Selain berlakon dan menyanyi, beliau juga turut menjadi seorang pengacara seperti di Anugerah Juara Lagu 1987.
Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]
Ibu beliau, Datin Umi Kalthum telah mendapat ilham untuk menamakannya sebagai "Noor Kumalasari" selepas memegang watak dengan nama tersebut dalam filem "Tangisan Ibu". Ketika Umi Kalthum sedang berlakon dalam filem tersebut, beliau masih lagi di dalam kandungan. Sebenarnya, Noor telah berlakon sewaktu usianya masih kecil dalam filem "Tunang Pak Dukun" pada tahun 1960 sebagai watak sampingan. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga bersifat pendiam tetapi amat suka bersolek. Perkara itu juga yang menyebabkan beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang peragawati. Ketika di sekolah, beliau amat gemar untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah memenangi gelaran "Teen Princess" pada tahun 1974 bagi seluruh sekolah di Petaling Jaya serta gelaran "Ratu" bagi Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga secara rahsia telah menjadi peragawati sambilan tanpa memberitahu ibu bapanya. Akhirnya, perkara itu diketahui oleh ibu dan bapanya serta telah diberi kata putus samada mahu meneruskan kerjayanya di bank atau menjadi seorang peragawati secara serius.
Ternyata keputusannya tetap untuk menjadi seorang peragawati. Beliau juga telah mendapat tawaran untuk memegang watak utama sebagai "Rohayu" dalam filem Menanti Hari Esok (OST dipopularkan oleh rakan seperjuangannya, Uji Rashid yang turut membuat penampilan istimewa dalam filem yang sama). Ini merupakan satu-satunya filem di mana Noor dan Uji berkongsi skrin yang sama di zaman kegemilangan mereka- era 70an; satu kenangan manis buat peminat-peminat kedua-dua bintang lagenda bermata galak dan cantik ini. [5]
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Album Studio[sunting | sunting sumber]
- Kau Dalam Ingatanku (1978)
- Noor (1979)
- Aku Dan Dunia Seni (1980)
- Ke Mana Kubawa Diri (1981)
- Jangan Kau Kembali (1981)
- Mata (1982)
- Aku Di Sini ! (1984)
- Wajah (1985)
- Inilah Noor (1988)
Album Pelbagai[sunting | sunting sumber]
- Album Hari Raya (1981)
- Anita & Noor (2000)
Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]
Lagu-lagu Popular[sunting | sunting sumber]
- Mata
- Selamat Pagi Sayang
- Aku Di Sini
- Terpikat
- Terpedaya
- Aku Dan Perasaan
- Istilah Cinta
- Lagu Dari Kamar
- Hati Seorang Kekasih
- Pulang Di Hari Raya
Selain menyanyi secara solo, Noor sering berduet dengan pasangan duetnya yang serasi iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mereka juga sering muncul bersama dalam rancangan hiburan seperti Puspawarna RTM di sekitar 1980-an. Antara lagu duet mereka yang popular ialah Bimbang Terluka Lagi, Melangkah Seiringan dan sebuah lagu Inggeris bertajuk Eat It. Menariknya, lagu Eat It merupakan lagu saduran daripada lagu Beat It oleh Michael Jackson. Selain itu, liriknya diubah sedikit dan berunsur komedi.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1960 | Tunang Pak Dukun | Filem ini merupakan filem pertama yang dilakonkan oleh beliau sebagai pelakon kanak-kanak. | |
1970 | Tuah Badan | ||
1971 | Putus Sudah Kaseh Sayang | ||
1975 | Paper Tiger | Ruby | Filem Hollywood bersama David Niven |
1977 | Menanti Hari Esok | Rohayu | Filem ini merupakan filem pertama beliau sebagai watak utama. |
1979 | Tuan Badul | Nor | |
Tiada Esok Bagimu | Norimy | ||
Adik Manja | Cikgu Sharina | ||
1981 | Abang | Mona | |
Mangsa | |||
1982 | Esok Untuk Siapa | Jamilah/Milah | |
Penentuan | Zuraidah | ||
1984 | Matinya Seorang Patriot | Yohanis | |
1987 | Rahsia | Ramlah | |
Misteri Rumah Tua | Salmi | Filem seram ini merupakan usahasama Malaysia-Indonesia. | |
1990 | Bayangan Maut | Inspektor Farah | |
Mira Edora | Hapipah | ||
1992 | Penghujung Malam | Sofia | |
1998 | Silat Legenda | Mona | Suara |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Rumi & Jawi | Astro Prima | Penampilan khas | |
2017 | Kisah Dari Mekah | Umi Kalthum | Astro Oasis |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Pintu No. 9 Masjid Nabawi | Umi Kalthum | Astro Citra |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Next To Neelofa | Tetamu jemputan | Astro Ria |
Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]
Festival Filem Malaysia[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kategori | Karya | Hasil |
---|---|---|---|
1977 | Menanti Hari Esok | Menang | |
1981 | Pelakon Wanita Terbaik | Abang | Tercalon |
1980 | Adik Manja | Tercalon | |
1982 | Penentuan | Tercalon | |
1987 | Rahsia | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Anugerah Sepanjang Hayat | Menang |
Catatan[sunting | sunting sumber]
- ^ Beliau mula aktif pada tahun 1960 sejak berlakon dalam filem Tunang Pak Dukun.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Suka Bergaya Sejak Kecil". Dicapai pada 13 September 2012.
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Memang Berbakat". Dicapai pada 29 September 2012.
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Cinta Sejati". Dicapai pada 29 September 2012.
- ^ Wahida Asrani (28 Mac 2008). "Noor Kumalasari: Saya bukan Ustazah..." mStar Online. Dicapai pada 29 September 2012.
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Derita Hati Ku Tanggung Sendiri". Dicapai pada 29 September 2012.