Finally / Akhirnya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tajuk yang tepat bagi rencana ini ialah Finally | Akhirnya. Tanda | digugurkan atau diganti atas masalah teknikal.
Finally | Akhirnya
Album studio oleh Suki
Dikeluarkan padaJulai 2008
Dirakam pada2007-08
GenrePop-rock
SyarikatMonkey Bone Records/EMI
PenerbitKieran Kuek, Ahmad Izham Omar

Finally | Akhirnya ialah tajuk bagi album sulung Low Sook Yee atau dikenali ramai sebagai Suki, penyanyi muda Malaysia yang menjuarai musim pertama rancangan pertandingan nyanyian realiti One in a Million. Album keluaran Monkey Bone Records ini dilancarkan pada 19 Jun 2008, setelah lapan belas bulan dalam pembikinan dan tujuh bulan selepas naib juara pertandingan yang sama, Faizal Tahir, melancarkan album sulungnya iaitu Aku.Muzik.Kamu yang juga dibikin oleh Monkey Bone.

Am[sunting | sunting sumber]

Album Finally | Akhirnya yang berkonsepkan pop rock[1] mengandungi 11 runut, iaitu tujuh lagu berbahasa Malaysia dan selebihnya berbahasa Inggeris yang digubah dan diterbitkan oleh Kieran Kuek, Audi Mok, Anton Morgan, Sembilan, and Zain.[2]

Di kalangan lagu-lagu tersebut, dimuatkan lagu Berdiri yang menjadi single pertama Suki sejak menjuarai OIAM yang menjadi runut #1; lagu Usah dan Don't adalah lagu yang sama dalam versi bahasa berbeza, iaitu masing-masing berbahasa Malaysia dan Inggeris; dan Ku Teruskan, versi bahasa Malaysia bagi lagu Cina Against the Light (Cina: 逆光) nyanyian asal Stefanie Sun.[3]

Album ini dilancarkan secara rasmi di Restoran dan Kelab Centro, KL Sentral. Menurut Suki, kandungan album ini “menceritakan tentang kehidupan muda-mudi sekarang ini”. Beliau mengakui karya-karya dalam album ini banyak dipengaruhi rentak pop-rock Avril Lavigne. “Banyak masa saya ambil kerana mahu tekankan kualiti. Mungkin saya cerewet tetapi saya belajar mempunyai ‘standard’ yang tinggi dan tidak mudah puas daripada ‘team’ produksi kreatif yang membimbing saya. Kami bersama mencari ‘magic formula’ untuk album saya, cari konsep yang sesuai dengan saya, sampailah ke pemilihan lagu,” katanya lagi apabila ditanya media.[1]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah tajuk bagi kesemua sebelas runut album Finally | Akhirnya, diikuti nama komposer setiap lagu dalam tanda kurung, dan tempoh setiap lagu selepas tanda sengkang.

  1. Berdiri (Audi Mok) - 2:52
  2. Usah (Kieran Kuek) - 3:29
  3. Painted Blue (Anton Morgan) - 3:53
  4. Ku Teruskan (Lee Wei Song) - 4:23
  5. Hidup Ini (Suki) - 3:30
  6. Rock With Me (Anton Morgan) - 3:13
  7. G.L.B (Kieran Kuek) - 4:11
  8. Tak Sama (Audi Mok) - 3:49
  9. Tak Pernah Berubah (Sembilan/Zain) - 4:29
  10. Never Say (Zuraini) - 3:56
  11. Don't (Kieran Kuek) - 3:27

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Izuan Shah (2008-06-24). "Akhirnya, Mempersembahkan…Suki!". gua.com.my. Dicapai 2008-06-24. 
  2. ^ "The One In A Million First Season Winner is Back!". Jun 2008. Dicapai 2008-06-24. 
  3. ^ Mohd Nasif Badruddin (2008-05-08). "Anugerah 'Pemanas' Kembali Aktif". Harian Metro. Dicapai 2008-06-24. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]