One in a Million (Musim 1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
One in a Million
Oneinamillion.jpg
'One in a Million (Musim Pertama)

Format Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Senarai Peserta[sunting | sunting sumber]

Peserta Tarikh Persembahan Akhir Tarikh Penyingkiran
Suki (Low Sook Yee) 22 September, 2006 (Top 3) Juara
Faizal (Faizal Tahir) 22 September, 2006 (Top 3) 22 September, 2006
Alif (Muhammad Alif bin Mohd Satar) 22 September, 2006 (Top 3) 22 September, 2006
Dayang (Dayang Nurfaizah) 8 September, 2006 (Top 4) 15 September, 2006
Farah (Farah Asyikin bt Zulkifli) 1 September, 2006 (Top 5) 8 September, 2006
Azfar (Alif Asfar Bin Ishak) 25 Ogos, 2006 (Top 6) 1 September, 2006
Lokman (Mohd Lokman Aslam b. Abdul Mutalip) 18 Ogos, 2006 (Top 7) 25 Ogos, 2006
Zai (Zaihanee bt Zainal Abidin) 11 Ogos, 2006 (Top 8) 18 Ogos, 2006
Alia (Nur Hasliah Abbu Hassan) 4 Ogos, 2006 (Top 9) 11 Ogos, 2006
Ameen (Shahmeen Shah bin Halim Shah) 28 Julai, 2006 (Top 10) 4 Ogos, 2006
Mimi (Norshammeme Arzeyana binti Shamsuddin) 21 Julai, 2006 (Top 12) 28 Julai, 2006
Anny (Anny Johanna binti Mohammad Shariff) 21 Julai, 2006 (Top 12) 28 Julai, 2006

Musim pertama One in a Million bersiaran sejak Mei hinggga 22 September 2006.

Uji bakat diadakan di Kota Kinabalu dan di Kuala Lumpur pada bulan April 2006. Para penguji bakat menyanyi di hadapan dua orang pengkritik. Peserta yang memuaskan hati para pengkritik dilayakkan ke tahap seterusnya. Peserta yang mutu bakatnya kurang dipastikan oleh pengkritik akan diletakkan di bawah kategori maybe di mana mereka membuat persembahan semula kepada pengkritik.

Para peserta yang layak ke tahap "Central Elimination", akan dipisahkan kepada kumpulan lelaki dan perempuan; kumpulan perempuan mula dahulu. Dalam kumpulan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan yang setiap satunya terdiri kepada lapan orang dan hanya empat daripada setiap kumpulan kecil itu layak ke pusingan seterusnya. Peraturan yang sama ditaklukkan kepada kumpulan lelaki dan hanya 40 orang peserta mara ke pusingan seterusnya.

Kemudian, 40 peserta itu melalui dua lagi pusingan penyingkiran yang digelar 'Blind Test' dan 'Style/Presentation Test'. Dalam 'Blind Test', para peserta perlu menyanyi di sebalik sehelai layar lutcahaya. Dalam ujian 'Style/Presentation' pula, dua orang juri undangan turut menilai gaya dan penyampaian para peserta. Hanya 20 peserta mara ke pusingan penyingkiran awal.

20 peserta itu kemudiannya disusun menurut prestasi terdahulu mereka. Peserta yang ditempatkan dalam 10 Teratas mendapat peluang untuk memilih salah seorang daripada peserta 10 Terbawah untuk bersaing dengan nyanyian. Peserta berkedududkan nombor 1 Suki tersingkir setelah menyaingi peserta nombor 11 Alif sementara peserta nombor 3 Zai tersingkir setelah memilih untuk menyaingi peserta nombor 20 Ameen.

Pada minggu berikutnya, The Second Chance Show diadakan untuk memberi peluang kedua untuk 10 orang peserta yang tersingkir dalam pusingan penyingkiran awal untuk meraih dua tempat terakhir dalam Top 12. Suki menjadi pilihan Malaysia melalui undian penonton manakala Zai dipilih oleh para juri.

Episod istimewa berjudul Circle of 12 disiarkan tanpa menampakkan apa-apa penyingkiran. melalui inilah penonton dapat mengenali lebih lanjut mengenai peserta Top 12 dan sebab-sebab peserta tersebut harus diundi, disertakan juga babak imbasan semula setiap peserta.

Pada tahap kemuncak, peserta Top 12 perlu memilih sebuah lagu yang perlu diyanyikan mereka di hadapan penonton dalam studio (Sri Pentas 2) dan di hadapan kaca TV melalui siaran langsung. Episod-episod dan sedutan khas One in a Million juga dirakam dan dimuat naik ke dalam laman web rasminya untuk tatapan penonton yang mungkin terlepas siaran asalnya. Pada penyingkiran yang pertama dalam Top 12, dua peserta telah disingkirkan. Selepas itu, seorang peserta disingkirkan setiap minggu. Pusingan akhir diadakan pada 22 September 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Suki dinobatkan sebagai juara yang meraih Sejuta Ringgit manakala Faizal dan Alif masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. pada permulaan rancangan pusingan akhir, Marion Caunter dan Awal Ashaari mengumumkan bahawa Faizal meraih jumlah undian terendah sepanjang minggu terakhir, namun beliau diberi satu lagi peluang untuk bersaing untuk hadiah utama sebagai sebahagian daripada kejutan yang pernah diumumkan sebelum ini, iaitu rancangan tidak berlakunya penyingkiran seperti biasa.

Konsert Mingguan[sunting | sunting sumber]

Konsert 1 (Top 12)

  • Tarikh Disiarkan : 21 Julai 2006
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alia Menghitung Hari Krisdayanti
Alif Pria Terhebat Sheila on 7
Ameen More Than Words Extreme
Anny Biarlah Rahsia Siti Nurhaliza
Azfar Salsabila Yasin
Dayang Aku Cinta Padamu Sheila Majid
Faizal I Don't Wanna Be Gavin DeGraw
Farah Baby One More Time Britney Spears
Lokman Kau Bukan Kekasihku Ello
Mimi Song not available Not available
Suki Underneath Your Clothes Shakira
Zai Killing Me Softly Roberta Flack


Konsert 2 (Top 10)

  • Tarikh Disiarkan : 28 Julai 2006
  • Tersingkir : Anny & Mimi
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alia Tentang Dia Melly Goeslaw & Evan Sanders
Alif Mama Tolonglah Percaya Exists
Ameen Hatiku Kau Luka Black Dog Bone
Azfar Manis Zainal Abidin
Dayang Survivor Destiny's Child
Faizal With A Little Help From My Friend Joe Cocker
Farah Total Eclipse of The Heart Bonnie Tyler
Lokman Generasiku OAG
Suki You Oughtta Know Alanis Morissette
Zai I Don't Want To Miss A Thing Aerosmith


Konsert 3 (Top 9)

  • Tarikh Disiarkan : 04 Ogos 2006
  • Tersingkir : Ameen
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alia Sway Dean Martin
Alif Lonely No More Rob Thomas
Azfar Kasihnya Laila Jinbara
Dayang Crazy in Love Beyonce Knowles
Faizal Are You Gonna Be My Girl Jet
Farah Bilang Agnes Monica
Lokman Bad Day Daniel Powter
Suki Behind These Hazel Eyes Kelly Clarkson
Zai Hit' Em Up Style Blu Cantrell


Konsert 4 (Top 8)

  • Tarikh Disiarkan : 11 Ogos 2006
  • Tersingkir : Alia
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alif Unwell Matchbox Twenty
Azfar Kamu Nitrus
Dayang Selamanya Innuendo
Faizal L.O.V.E Ashlee Simpson
Farah Time After Time Cyndi Lauper
Lokman Menanti Sebuah Jawapan Padi
Suki Pasangan Yang Tepat Marshanda
Zai Incomplete Backstreet Boys


Konsert 5 (Top 7)

  • Tarikh Disiarkan : 18 Ogos 2006
  • Tersingkir : Zai
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alif Feeling Good Michael Buble
Azfar Dealova Once
Dayang Because You Love Me Celine Dion
Faizal Warisan Wanita Terakhir Teacher's Pet
Farah Anytime You Need A Friend Mariah Carey
Lokman Terbaik Ello
Suki Inside You Heaven Carrie Underwood


Konsert 6 (Top 6)

  • Tarikh Disiarkan : 25 Ogos 2006
  • Tersingkir : Lokman
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alif Harder To Breath / Tak Bisakah Maroon 5 / Peterpan
Azfar Andalusia / Inayah M. Nasir / Zainal Abidin
Dayang Fever / Be Without You Peggy Lee / Mary J. Blige
Faizal Elevation / Superstition U2 / Stevie Wonder
Farah Takkan Ada Cinta yang Lain / Tak Tercapai Akalmu Dewa 19 / Elyana
Suki When It's Fall Apart / Pudar The Veronicas / Rossa


Konsert 7 (Top 5)

  • Tarikh Disiarkan : 01 September 2006
  • Tersingkir : Azfar
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alif Ain't No Other Man / The Remedy Christina Aguilera / Jason Mraz
Dayang Gemilang / Dangerously In Love Jaclyn Victor / Beyonce Knowles
Faizal Superman / Raikan Cinta Five For Fighting / M. Nasir
Farah Trees / Unfaithful Martey Casey / Rihanna
Suki Kaulah Segalanya / Cepat Cepat Ruth Sahanaya / Jaclyn Victor


Konsert 8 (Top 4)

  • Tarikh Disiarkan : 08 September 2006
  • Tersingkir : Farah
Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alif Footloose

Pretty Young Thing

Kenny Loggins

Michael Jackson

Dayang Buttons

My Boo

The Pussycat Dolls

Alicia Keys ft. Usher

Faizal Have A Nice Day

Bohemian Rhapsody

Bon Jovi

Queen

Suki Mimpi Pun Sama

Permata Permotong Permata

Siti Sarah Raisuddin

Ella


Konsert 9 (Top 3)

  • Tarikh Disiarkan : 15 September 2006
  • Tersingkir : Dayang

Pusingan 1

Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alif The Call Backstreet Boys
Faizal Save Me Remy Zero
Suki Losing Grip Avril Lavigne


Pusingan 2

Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alif Namun Ku Punya Hati Revolvers
Faizal Kenangan Terindah Samsons
Suki Seindah Biasa Siti Nurhaliza

Konsert 10 (Top 3) - Grand Finale

  • Tarikh Disiarkan : 22 September 2006
  • Tiada Penyingkiran.

Pusingan 1

Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alif Give Me Just One Night 98 Degrees
Faizal We Will Rock You / L.O.V.E / I Don't Wanna Be Queen / Ashlee Simpson / Gavin DeGraw
Suki Berdiri Suki

Pusingan 2

Peserta Lagu Penyanyi Asal
Alif Khayal Alif
Faizal Maha Karya Cinta Faizal
Suki Everything M2M


  • Juara OIAM : Suki
  • Naib Juara : Faizal
  • Tempat Ketiga : Alif

Rujukan[sunting | sunting sumber]