Flotila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai istilah tentera laut. Untuk 2010 video game, sila lihat Flotilla (video game).
Flotila José de Bustamante y Guerra dipintas oleh empat frigat British


Flotila (dari Bahasa Sepanyol, bermaksud flota (armada) kecil kapal-kapal, dan dari bahasa Perancis flotte), atau flotila tentera laut, ialah formasi kecil kapal perang yang boleh menjadi sebahagian daripada armada yang lebih besar. Sebuah flotila biasanya terdiri daripada kumpulan sama kelas kapal perang yang seragam, seperti frigat, pembinasa, bot torpedo, kapal selam, bot meriam, atau kapal penyapu ranjau. Kumpulan kapal perang yang lebih besar biasanya dipanggil skuadron, tetapi unit serupa yang bukan kapal utama boleh dipanggil skuadron dalam keadaan tertentu, dan flotila dalam keadaan yang lain. Formasi merangkumi lebih dari satu kapal utama, contoh kapal kruiser, kapal tempur, dan kapal pengangkut pesawat, lazimnya diiringi kapal kecil dan kapal sokongan, yang dipanggil armada, setiap bahagian dipimpin oleh sebuah kapal utama yang menjadi skuadron atau pasukan petugas (lihat rujukan dibawah).

Flotila biasanya diperintah oleh Laksamana Muda, Komodor atau Kepten, bergantung pada kepentingan arahan (seorang Laksamana Madya biasanya akan memerintah skuadron). Flotila sering dibahagikan kepada dua atau lebih divisyen, setiap darinya mungkin diperintah oleh Komander paling kanan, sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan. Flotila sering, tetapi tidak semestinya, sebuah formasi tetap.

Didalam tentera laut moden, flotila cenderung menjadi unit pentadbiran yang mengandungi beberapa skuadron.[1] Apabila kapal perang menjadi lebih besar, istilah skuadron beransur-ansur menggantikan istilah flotila bagi formasi kapal pembinasa, frigat dan kapal selam di kebanyakan tentera laut.

Flotila tentera laut tidak mempunyai persamaan langsung di daratan, tetapi, barangkali, bersamaan kasar dari segi taktikal dengan Briged atau Rejimen.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "military unit." Encyclopædia Britannica. 2010. Encyclopædia Britannica Online. 16 Oct. 2010 <http://www.britannica.com/EBchecked/topic/1346160/military-unit>: "Administratively, several ships of the same type (e.g., destroyers) are organized into a squadron. Several squadrons in turn form a flotilla, several of which in turn form a fleet. For operations, however, many navies organize their vessels into task units (3–5 ships), task or battle groups (4–10 ships), task forces (2–5 task groups), and fleets (several task forces)."

Pautan luar[sunting | sunting sumber]