Komander

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Laskar Udara Kanan
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kelas I
Laskar Kelas II Laskar Udara Kelas II
Laskar Muda Perajurit Muda

Komander (Bahasa Perancis: Commandeur) ialah salah satu pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Komander setara dengan Leftenan Kolonel Tentera Darat dan Leftenan Kolonel TUDM. Komander juga setaraf dengan Commander dalam kebanyakan tentera laut di dunia. Komander lebih kanan dari Leftenan Komander tetapi lebih muda (junior) dari Kepten.

Selain dari tentera laut, pangkat Komander juga adalah pangkat pegawai bagi tentera udara. Istilah Komander juga digunakan sebagai satu kedudukan atau gelaran dalam organisasi formal yang lain, termasuk beberapa pasukan polis.

Komander juga merupakan istilah generik bagi pegawai memerintah mana-mana unit tentera, sebagai contoh "komander platun", "komander briged" dan "komander skuadron". Dalam polis, istilah seperti "komander daerah" dan "komander insiden" digunakan.

Insignia[sunting | sunting sumber]

Insignia Komander hampir serupa dengan insignia Kepten, tetapi mempunyai tiga "balak" atau tiga baris sahaja dengan gelung di baris teratas.

6commandernew.PNG

Komander sebagai jawatan tentera[sunting | sunting sumber]

Sebagai contoh, seperti dalam pelbagai penempatan kecil kolonial (seperti beberapa pulau-pulau Caribbean) pemerintah garison adalah asas jawatan tertinggi, gelaran tentera Commandeur boleh digunakan sebagai ganti kepada gelaran gabenor awam, tidak seperti Kapten Mejar Portugal.

Tentera Darat British[sunting | sunting sumber]

Didalam Tentera Darat British, istilah "komander" secara rasmi digunakan kepada pegawai tanpa tauliah yang memimpin seksyen (komander seksyen), kenderaan (komander kenderaan) atau meriam (komander meriam), kepada subaltern atau Kapten memerintah platun (komander platun), atau kepada Brigedier memerintah sebuah briged (komander briged). Pegawai lain unit yang memerintah biasanya dirujuk sebagai officer commanding atau OC, Pegawai Memerintah (commanding officer atau CO), Pegawai Jeneral Memerintah (general officer commanding atau GOC), atau Ketua Pegawai Jeneral Memerintah (general officer commanding-in-chief atau GOC-C), bergantung pada pangkat dan kedudukan, walaupun istilah "komander" boleh digunakan kepada mereka secara tidak rasmi.

Didalam First Aid Nursing Yeomanry pangkat komander adalah setaraf dengan Mejar.

Belanda[sunting | sunting sumber]

Commandeur sebagai gelaran pejabat kolonial terdapat di pulau Tobago di tanah jajahan Belanda Nieuw Walcheren ('New Walcheren')

Tentera Darat New Zealand[sunting | sunting sumber]

Penggunaan istilah ini adalah serupa dengan Tentera Darat Amerika Syarikat, dengan istilah "komander" lazimnya dipakai untuk pegawai paling kanan sahaja, biasanya pada peringkat divisyen (Mejar Jeneral).

Angkatan Tentera Sepanyol dan Pengawal Awam[sunting | sunting sumber]

Didalam Tentera Darat Sepanyol, Tentera Udara Sepanyol dan Infantri Marin, istilah komander adalah terjemahan literal "comandante", setaraf Mejar Sepanyol dan Komanwel. Pengawal Awam berkongsi pangkat dengan Tentera Darat, dan pegawai memerintah garison tempatan (biasanya PTT atau seorang Leftenan, bergantung pada saiz pasukan) dipanggil sebagai "comandante de puesto" (komander pos).

Tentera Darat Amerika[sunting | sunting sumber]

Didalam Tentera Darat Amerika Syarikat, istilah "komander" secara rasminya digunakan untuk pegawai memerintah unit-unit tentera darat; seperti, komander kompeni, komander battalion, komander briged, dan sebagainya. Pada peringkat tertinggi struktur pemerintahan Angkatan Tentera Amerika Syarikat, "komander" juga merujuk kepada apa yang selalu dipanggil komander tertinggi (commander-in-chief) atau CINC, sehingga 24 Oktober 2002, walaupun istilah CINC masih digunakan dalam ucapan biasa.

Tentera Udara Amerika[sunting | sunting sumber]

Didalam Tentera Udara Amerika Syarikat, istilah "komander" (singkatan "CC" dalam simbol pejabat, iaitu "OG/CC" bagi operations group commander atau "komander grup operasi") secara rasminya digunakan untuk pegawai memerintah unit-unit tentera udara; seperti flight commander (komander flait), squadron commander (komander skuadron), group commander (komander grup), wing commander (komander wing) dan sebagainya. Dari segi pangkat, komander flait lazimnya berpangkat Leftenan atau Kapten, komander skuadron biasanya berpangkat Mejar atau Leftenan Kolonel, komander grup lazimnya berpangkat Kolonel, dan komander wing biasanya berpangkat Kolonel Kanan atau Brigedier Jeneral.