Fruits Basket

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fruits Basket
Fruits Basket manga.jpg
Genre Romantik, Drama, Komedi, Harem, Shojo
Manga
Pengarang Natsuki Takaya
Penerbit Jepun Hakusensha
Penerbit Lain

Amerika Syarikat United Kingdom Kanada Tokyopop
Australia New Zealand Madman Entertainment
Singapura Chuang Yi
Brazil Editora JBC
Perancis Quebec Delcourt
Jerman Carlsen
Mexico Mundo Vid
Sepanyol Norma Editorial
Itali Dynit

Indonesia Penerbit PT Elex Media Komputindo
Anime
Pengarah Akitaro Daichi
Studio Studio Deen
Penyiaran Asal Jepun TV Tokyo
Malaysia NTV7
Filipina ABS-CBN , Studio 23 , Hero TV
Amerika Syarikat CoLours TV
Perancis Déclic-Images
Dikeluarkan pada 5 Julai 200127 Disember 2001
Portal Anime dan Manga

Fruits Basket (フルーツバスケット Furūtsu Basuketto?) ialah siri manga shōjo dicipta oleh Natsuki Takaya (nama samaran) disirikan di majalah Jepun dua kali sebulan Hana to Yume (Bunga dan Mimpi), yang diterbitkan oleh Hakusensha. Ia telah memenangi Kodansha Manga Award 2001 untuk shōjo. Fruits Basket juga telah diadaptasi kepada siri anime 26 episod oleh Akitaro Daichi (pengarah) di TV Tokyo.

Plot[sunting | sunting sumber]

Fruits Basket mengikuti kisah hidup seorang pelajar sekolah menengah, Tohru Honda, yang baru menjadi yatim piatu setelah kematian ibunya, Kyoko Honda, dalam kemalangan lalu lintas, (bapanya, Katsuya Honda, diragut nyawanya oleh pneumonia sejurus selepas Tohru lahir). Selepas itu, Tohru tinggal bersama datuknya, tetapi apabila pengubahsuaian diperlukan di rumah datuknya itu, Tohru terpaksa berumahkan khemah dalam hutan dan diupah sebagai tukang pembersih untuk menyara dirinya. Sungguhpun banyak keperitan yang dilaluinya, Tohru tetap optimis dalam hidupnya.

Suatu hari, Tohru terserempak dengan sebuah rumah dalam hutan di mana dia berdiam sementara waktu. Rumah itulah tempat tinggal Shigure Sohma and Yuki Sohma, ahli keluarga Sohma yang penuh misteri. Setelah ahli keluarga Sohma mendapati Tohru sedang tinggal dalam khemah, mereka amat terperanjat dengan kekuatan batinnya. Keseluruhan kawasan sekitar rumah itu ialah hak milik Sohma, dan Tohru merayu agar dapat tinggal dalam khemahnya yang kecil (digelar "istana") dalam lingkungan kawasan hartanah Sohma. Orang-orang Sohma itu bersimpati dengannya, serta terdesak untuk menamatkan keadaan rumah mereka yang kotor sejak sekian lama ini, lalu menawarkannya sebuah bilik kosong dengan syarat memasak dan membuat kerja rumah bagi mereka. Apabila khemahnya serta foto ibunya dan pakaian sekolahnya di dalam khemah tersebut terjerlus dalam satu runtuhan tanah pada malam itu, Tohru terpaksa menerima tawaran Sohma.

Tidak lama kemudian, Tohru menemui rahsia keluarga Sohma, dan sebab mengapa Yuki suka berahsia: 13 orang ahli keluarga itu dirasuk oleh 12 roh haiwan Zodiak Cina serta roh kucing yang tersisih daripada zodiak itu menurut legenda. Mereka bertukar bentuk menjadi haiwan jika dipeluk oleh pihak berjantina lain, atau jika mengalami tekanan besar. Setelah berjanji untuk menyimpan rahsia mereka, ahli keluarga Sohma membenarkan Tohru untuk menyimpan memorinya dan bukan memadamkan memori itu secara hipnosis seperti yang lazim dilakukan terhadap orang lain bukan berketurunan Sohma yang mengetahui rahsia itu

Kisah ini mengikuti kehidupan Tohru dan keluarga Sohma yang menangani adanya satu sama lain dan latar masyarakat yang tidak dapat ditembusi mereka, serta juga Akito Sohma, ketua keluarga Sohma yang digeruni.

Maksud tajuk[sunting | sunting sumber]

Frasa fruits basket secara jelasnya bermaksud "sebakul buah-buahan". Di Jepun, negara yang kekurangan tanah subur dan mengalami harga makanan segar yang tinggi, sebakul buah-buahan segar menjadi benda yang amat mahal dan dihargai. Dalam bahasa Jepun frasa ini ditulis sebagai フルーツバスケット, fu-ru-u-tsu ba-su-ke-t-to.

Siri ini dijudulkan bersempena permainan kanak-kanak, Fruits Basket, yang mana semua pemain duduk dalam satu bulatan, dan ketua permainan menamakan pemain lain bersempena buah-buahan; apabila nama buah-buahan seorang pemain dipanggil, pemain itu berdiri dan bertukar posisi dengan pemain yang lain yang sama nama buahnya. Sewaktu Tohru pertama sekali bermain permainan ini di tadika, dia diberi gelaran "onigiri" (bebola nasi). Tohru secara lurusnya menerima gelaran itu kerana dia selalu ingat bahawa onigiri amat sedap. Namun, kesemua nama pemain dipanggil kecuali Tohru, maka dialah yang masih duduk pada akhir permainan setelah menyedari bahawa onigiri bukan sejenis buah-buahan dan sememangnya dia tidak akan dipanggil. Dia disisihkan daripada permainan secara sengaja dalam salah satu helah yang kanak-kanak lain gunakan untuk mempermainkannya. Dia sedar bahawa onigiri tidak akan tergolong dalam Fruits Basket. Maka Tohru mula berasa seperti dia tergolong dalam puak Sohma. Terdapat satu babak yang mana onigiri dipanggil dan Tohru berdiri untuk bermain dengan rakan sekelasnya. Maksudnya, dia berasa seperti dia bukanlah onigiri yang disisihkan, tetapi dialah seseorang yang ada tempatnya dalam tempat yang paling sesuai untuknya, maka namanya Fruits Basket.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi
Laman bukan rasmi