Terbuka Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Internationaux de France de Tennis, Roland-Garros
Laman web rasmi
Ditubuhkan1891; 133 tahun yang lalu (1891)
LokasiParis (XVIe)
Perancis
VenueTennis Club de Paris, di Auteuil (sesetengah tahun dari 1895–1908)
Île de Puteaux (sesetengah tahun dari 1891–1908)
Racing Club de France (sesetengah tahun dari 1891 sehingga 1908 dan semua tahun dari 1910–1924, 1926)
Société Athlétique de la Villa Primrose in Bordeaux (1909)
Stade Français (1925, 1927)
Stade Roland Garros (1928–sekarang)
PermukaanPasir – Île de Puteaux
Tanah liat – Semua venue lain (Terbuka)
Hadiah wang tunai28,028,600 (2015)
Lelaki
Undi128S / 128Q / 64D
Juara semasaSwitzerland Stan Wawrinka (perseorangan)
Croatia Ivan Dodig
Brazil Marcelo Melo (beregu)
Juara perseorangan terbanyak9
Rafael Nadal
Juara beregu terbanyak13
Max Decugis
Wanita
Undi128S / 96Q / 64D
Juara semasaAmerika Syarikat Serena Williams (perseorangan)
Republik Czech Lucie Safarova
Amerika Syarikat Bethanie Mattek-Sands (beregu)
Juara perseorangan terbanyak7
Chris Evert
Juara beregu terbanyak7
Martina Navratilova
Beregu Campuran
Undi32
Juara semasaAmerika Syarikat Bethanie Mattek-Sands
Amerika Syarikat Mike Bryan
Juara terbanyak (lelaki)7
Max Decugis
Juara terbanyak (wanita)7
Suzanne Lenglen
Grand Slam
Terakhir
Terbuka Perancis 2015

Terbuka Perancis, juga dikenali sebagai Roland Garros (rasmi: Internationaux de France de Tennis, Roland Garros; juga dipanggil Tournoi de Roland Garros) merupakan sebuah pertandingan utama tenis yang dianjurkan selama dua minggu diantara lewat bulan Mei dan awal bulan Jun di Stade Roland Garros, Paris, Perancis. Dinamkan selepas juruterbang Perancis Roland Garros, ia merupakan pertandingan tenis gelanggang tanah liat utama di dunia dan pertandingan kedua daripada empat acara Grand Slam tenis setiap tahun;[1] tiga yang lain adalah Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka AS. Roland Garros merupakan satu-satunya acara Grand Slam yang diadakan di atas gelanggang tanah liat dan mengakhiri musim gelanggang itu.

Oleh kerana permukaan permainan-perlahan dan perlawanan lima set perseorangan lelaki tanpa tiebreak dalam set terakhir, Acara ini dianggap secara meluas sebagai kejohanan tenis yang paling fizikal di dunia.[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Secara rasminya dinamakan dalam Bahasa Perancis Internationaux de France de Roland-Garros dan Tournoi de Roland-Garros ("French Internationals of Roland Garros" atau "Roland Garros Tournament" dalam Bahasa Inggeris), pertandingan ini kerap dirujuk dalam Bahasa Inggeris sebagai "French Open" atau nama alternatif "Roland Garros", yang merupakan gelaran yang digunakan oleh kejohanan itu sendiri dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Inggeris. Peraturan ejaan Perancis menentukan bahawa dalam nama tempat atau peristiwa yang dinamakan selepas seseorang, unsur-unsur nama dihimpunkan bersama dengan sempang.[4] Oleh itu nama stadium dan pertandingan adalah disebut sebagai Roland-Garros.

Pada tahun 1891, sebuah pertandingan tenis kebangsaan mula diadakan, hanya terbuka kepada pemain tenis yang merupakan ahli kelab-kelab Perancis. Pemenang pertama adalah orang Britain, Briton—H. Briggs yang bermaustatin di Paris. Ia dikenali sebagai Championnat de France, yang kerap dirujuk dalam Bahasa Inggeris sebagai French Championships. Acara perseorangan wanita pertama diadakan pada tahun 1897. Acara beregu campuran ditambah pada tahun 1902 dan beregu wanita pada tahun 1907. Pertandingan "untuk ahli kelab Perancis sahaja" ini dimainkan sehingga tahun 1924. Pertandingan ini mempunyai empat venue sepanjang tahun itu (1891-1924):

  • Île de Puteaux, di Puteaux, bermain di atas pasir diletakkan di atas sisa runtuhan.
  • Racing Club de France (di Bois de Boulogne, Paris), bermain di atas tanah liat.
  • Untuk tahun 1909, ia dimainkan di Société Athlétique de la Villa Primrose di Bordeaux, atas tanah liat.
  • Tennis Club de Paris (dibuka pada tahun 1895), di Auteuil, Paris, bermain di atas tanah liat.

Satu lagi pertandingan, World Hard Court Championships dimainkan di atas gelanggang tanah liat di Stade Français, Saint-Cloud dari tahun 1912 sehingga tahun 1914, kemudiannnya pada tahun 1920, 1921 dan 1923, dan di Brussels, Belgium pada tahun 1922, kadang-kadang dianggap sebagai pelopor kepada Terbuka Perancis kerana ia adalah terbuka kepada pemain antarabangsa. Pemenang pertandingan ini termasuk pemain no.1 dunia seperti Tony Wilding dari New Zealand (1913, 1914) dan Bill Tilden dari AS (1921). Pada tahun 1924, tiada World Hard Court Championships kerana tenis dimainkan di Sukan Olimpik Paris.

Suzanne Lenglen Court di Roland Garros.

Pada tahun 1925, French Championships dibuka kepada semua pemain amatur antarabangsa dan pada masa yang sama pertandingan itu bermula menjadi kejuaraan utama (ditetapkan oleh ILTF). Pertandingan ini diadakan di Stade Français, Saint-Cloud (tapak bekas pertandingan World Hardcourt Championships) pada tahun 1925 dan tahun 1927, di atas tanah liat. Pada tahun 1926, Racing Club de France mengadakan acara di Paris, sekali lagi di atas (tapak bekas pertandingan "untuk ahli kelab Perancis sahaja"). Pada tahun 1928, stadium Roland Garros stadium dibuka dan pertandingan itu diadakan di sana sehingga sekarang.[5] Selepas Mousquetaires atau Philadelphia Four (René Lacoste, Jean Borotra, Henri Cochet, dan Jacques Brugnon) memenangi Piala Davis di tanah Amerika pada tahun 1927, Perancis memutuskan untuk mempertahankan piala itu pada tahun 1928 di stadium baru di Porte d'Auteuil. Stade de France telah menawarkan pihak berkuasa tenis tiga hektar tanah dengan syarat bahawa stadium baru mesti dinamakan sempena juruterbang Perang Dunia I, Roland Garros. Stade de Roland Garros yang baru dan Gelanggang Pusat mereka, yang dinamakan Court Philippe Chatrier pada tahun 1988, menjadi tuan rumah cabaran Piala Davis.

Semasa Perang Dunia II, pertandingan itu diadakan dari tahun 1941 sehingga tahun 1945 di tempat yang sama tetapi edisi ini tidak diiktiraf oleh badan pentadbir Perancis, Fédération Française de Tennis.[6] Dari tahun 1946 sehingga tahun 1947, French Championships diadakan selepas Wimbledon, menjadikan ia acara Grand Slam ketiga tahunan. Pada tahun 1968, French Championships menjadi pertandingan Grand Slam pertama untuk menjadi terbuka, membenarkan pemain amatur dan profesional beraksi.[5]

Court number 2 di Terbuka Perancis.

Sejak tahun 1981, hadiah baru telah diberi: Prix Orange (untuk pemain yang menunjukkan semangat kesukanan terbaik dan sikap kerjasama dengan media), Prix Citron (untuk pemain yang mempunyai karakter dan personaliti terkuat) dan Prix Bourgeon (untuk pemain tenis yang memberi inspirasi pada tahun itu). Sejak tahun 2006, pertandingan ini bermula pada hari Ahad dengan 12 perlawanan perseorangan dimainkan di tiga gelanggang utama. Selain itu, pada malam pembukaan kejohanan, hari pameran Benny Berthet tradisional diadakan, di mana keuntungan diberi kepada persatuan kebajikan yang berbeza. Pada bulan Mac 2007, ia telah diumumkan bahawa pertandingan itu akan memberi hadiah wang tunai sama rata untuk lelaki dan wanita dalam semua pusingan buat pertama kali. Pada tahun 2010, ia telah diumumkan bahawa Terbuka Perancis telah mempertimbangkan untuk berpindah dari Roland Garros sebagai sebahagian daripada peremajaan berterusan kejohanan.[7] Walau bagaimanapun, sehingga tahun 2015, pertandingan itu masih dilansungkan di Roland Garros.

Hadiah wang tunai dan mata ranking[sunting | sunting sumber]

Hadiah wang tunai (2015)
Acara M A SA SA P4 P3 P2 P1
Perseorangan Mata (L/W) 2000 1200 / 1300 720 / 780 360 / 430 180 / 240 90 / 130 45 / 70 10/10
Hadiah wang tunai €1,800,000 €900,000 €450,500 €250,000 €145,000 €85,000 €50,000 €27,000
Beregu Mata (L/W) 2000 1200 / 1300 720 / 780 360 / 430 180 / 240 90 / 130
Hadiah wang tunai* €450,000 €225,000 €112,500 €61,000 €33,000 €18,000 €9,000
Beregu
Campuran
Mata NA NA NA NA NA NA
Hadiah wang tunai* €114,000 €57,000 €28,000 €15,000 €8,000 €4,000

*setiap pasukan

Juara[sunting | sunting sumber]

Juara semasa[sunting | sunting sumber]

Acara Juara Naib-juara Skor
Perseorangan Lelaki 2015 Switzerland Stan Wawrinka Serbia Novak Djokovic 4–6, 6–4, 6–3, 6–4
Perseorangan Wanita 2015 Amerika Syarikat Serena Williams Republik Czech Lucie Šafářová 6–3, 6–7(2–7), 6–2
Beregu Lelaki 2015 Croatia Ivan Dodig
Brazil Marcelo Melo
Amerika Syarikat Bob Bryan
Amerika Syarikat Mike Bryan
6–7(5–7), 7–6(7–5), 7–5
Beregu Wanita 2015 Amerika Syarikat Bethanie Mattek-Sands
Republik Czech Lucie Šafářová
Australia Casey Dellacqua
Kazakhstan Yaroslava Shvedova
3–6, 6–4, 6–2
Beregu Campuran 2015 Amerika Syarikat Bethanie Mattek-Sands
Amerika Syarikat Mike Bryan
Republik Czech Lucie Hradecká
Poland Marcin Matkowski
7–6(7–3), 6–1

Rekod[sunting | sunting sumber]

Rekod Era Pemain Num. Years
Lelaki sejak 1891
Pemenang perseorangan lelaki terbanyak Sebelum 1925:
(acara ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Max Decugis 8 1903, 1904, 1907, 1908, 1909, 1912, 1913, 1914
1925–1967: Perancis Henri Cochet 4 1926, 1928, 1930, 1932 Nota: Juga menang World Hard Court Championship pada tahun 1922
Selepas 1967: Sepanyol Rafael Nadal 9 2005, 2006, 2007, 2008, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014
Pemenang perseorangan lelaki berturut-turut terbanyak Sebelum 1925:
(acara ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Paul Aymé 4 1897, 1898, 1899, 1900
1925–1967: Amerika Syarikat Frank Parker
Mesir Jaroslav Drobný
Amerika Syarikat Tony Trabert
Itali Nicola Pietrangeli
2 1948, 1949
1951, 1952
1954, 1955
1959, 1960
Selepas 1967: Sepanyol Rafael Nadal 5 2010, 2011, 2012, 2013, 2014
Pemenang beregu lelaki terbanyak Sebelum 1925:
(acara ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Max Decugis 13 1902, 1903, 1904, 1905, 1906, 1907, 1908, 1909, 1911, 1912, 1913, 1914, 1920 [8]
1925–1967: Australia Roy Emerson 6 1960, 1962 bersama Neale Fraser; 1961 bersama Rod Laver; 1963 bersama Manuel Santana; 1964 bersama Ken Fletcher; 1965 bersama Fred Stolle
Selepas 1967: Kanada Daniel Nestor
Belarus Max Mirnyi
4 2007 bersama Mark Knowles; 2010 bersama Nenad Zimonjić; 2011, 2012 bersama Max Mirnyi
2005, 2006 bersama Jonas Björkman; 2011, 2012 bersama Daniel Nestor
Pemenang beregu lelaki berturut-turut terbanyak Sebelum 1925:
(acara ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Maurice Germot 10 1906, 1907, 1908, 1909, 1910, 1911, 1912, 1913, 1914, 1920 [8]
1925–1967: Australia Roy Emerson 6 1960, 1961, 1962, 1963, 1964, 1965
Selepas 1967: Kanada Daniel Nestor 3 2010, 2011, 2012
Pemenang beregu campuran terbanyak – Lelaki Sebelum 1925:
(acara ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Max Decugis 7 1904, 1905, 1906, 1908, 1909, 1914 and 1920 bersama Suzanne Lenglen
1925-sekarang: Australia Ken Fletcher
Perancis Jean-Claude Barclay
3 1963–1965 bersama Margaret Court
1968, 1971, 1973 bersama Françoise Dürr
Pemenang keseluruhan terbanyak (Jumlah:perseorangan, beregu lelaki, beregu campuran) – Lelaki Sebelum 1925: Perancis Max Decugis 28 1902–1920 (8 perseorangan, 13 beregu, 7 campuran)
Pemenang keseluruhan terbanyak (Jumlah:perseorangan, beregu lelaki, beregu campuran) – Lelaki 1925-sekarang: Perancis Henri Cochet 9 1926–1932 (4 perseorangan, 3 beregu, 2 campuran)
Pemenang keseluruhan terbanyak (Jumlah:perseorangan, beregu lelaki, beregu campuran) – Lelaki 1925-sekarang: Sepanyol Rafael Nadal 9 2005-2008, 2010-2014 (9 perseorangan)
Wanita sejak 1897
Pemenang perseorangan wanita terbanyak Sehingga 1967:
(termasuk era ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Suzanne Lenglen 6 1920, 1921, 1922, 1923, 1925, 1926 Nota: Juga menang World Hard Court Championship pada tahun 1914, 1921, 1922 & 1923
Selepas 1967: Amerika Syarikat Chris Evert 7 1974, 1975, 1979, 1980, 1983, 1985, 1986
Pemenang perseorangan wanita berturut-turut terbanyak Sehingga 1967:
(termasuk era ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Jeanne Matthey
Perancis Suzanne Lenglen
4 1909, 1910, 1911, 1912
1920, 1921, 1922, 1923
Selepas 1967: Yugoslavia/Amerika Syarikat Monica Seles
Belgium Justine Henin
3 1990, 1991, 1992
2005, 2006, 2007
Pemenang beregu wanita terbanyak Sehingga 1967:
(termasuk era ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Simonne Mathieu 6 1933, 1934 bersama Elizabeth Ryan; 1936, 1937, 1938 bersama Billie Yorke; 1939 bersama Jadwiga Jędrzejowska
Selepas 1967: Republik Czech/Amerika Syarikat Martina Navratilova 7 1975 (bersama Chris Evert); 1982 bersama Anne Smith; 1984, 1985, 1987, 1988 bersama Pam Shriver; 1986 bersama Andrea Temesvári
Pemenang beregu wanita berturut-turut terbanyak Sehingga 1967:
(termasuk era ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Françoise Dürr 5 1967, 1968, 1969, 1970, 1971
Selepas 1967: Republik Czech/Amerika Syarikat Martina Navratilova

Amerika Syarikat Gigi Fernández
5 1984, 1985, 1987, 1988 bersama Pam Shriver; 1986 bersama Andrea Temesvári

1991 bersama Jana Novotná; 1992–95 bersama Natasha Zvereva
Pemenang beregu campuran terbanyak – Wanita Sehingga 1967:
(termasuk era ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Suzanne Lenglen 7 1914, 1920 bersama Max Decugis; 1921, 1922, 1923, 1925, 1926 bersama Jacques Brugnon
Selepas 1967: Perancis Françoise Dürr 3 1968, 1971, 1973 bersama Jean-Claude Barclay
Pemenang keseluruhan terbanyak (Jumlah:perseorangan, beregu wanita, beregu campuran) – Wanita Sehingga 1967:
(termasuk era ahli kelab Perancis sahaja)
Perancis Suzanne Lenglen 15 1919–1926 (6 perseorangan, 2 beregu, 7 campuran)
Selepas 1967: Republik Czech/Amerika Syarikat Martina Navratilova 11 1974–88 (2 perseorangan, 7 beregu, 2 campuran)
Pelbagai
Pemenang termuda Lelaki: Amerika Syarikat Michael Chang 17 tahun dan 3 bulan
Wanita: Yugoslavia/Amerika Syarikat Monica Seles 16 tahun dan 6 bulan
Pemenang tertua Lelaki: Perancis Andre Vacherot 40 tahun dan 9 bulan
Wanita: Hungary Zsuzsa Körmöczy 33 tahun dan 10 bulan
Pemenang pemain bukan pilihan Lelaki: Perancis Marcel Bernard
Sweden Mats Wilander
Brazil Gustavo Kuerten
Argentina Gastón Gaudio
1946
1982
1997
2004
Wanita: United Kingdom Margaret Scriven 1933

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clarey, Christopher (30 June 2001). "Change Seems Essential to Escape Extinction: Wimbledon: World's Most Loved Dinosaur". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-16. Dicapai pada 20 July 2007.
  2. ^ Clarey, Christopher (26 May 2006). "In a year of change at Roland Garros, the winners may stay the same". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-16. Dicapai pada 8 August 2007.
  3. ^ "French Open – Countdown: Borg's view on RG". Eurosport. 22 May 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2011. Dicapai pada 22 May 2008.
  4. ^ Ramat, Aurel (1994). Le Ramat typographique. Éditions Charles Corlet. m/s. 63. ISBN 2854804686.
  5. ^ a b "Roland Garros: a venue open all year long. Past Winners and Draws". ftt.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-08. Dicapai pada 7 August 2007.
  6. ^ Henry D. Fetter (6 June 2011). "The French Open During World War II: A Hidden History". The Atlantic.
  7. ^ "French Open could move away from Roland Garros in Paris". BBC News. 16 March 2007. Dicapai pada 20 July 2007.
  8. ^ a b "French Open winners". Rolland Garros. Dicapai pada 2 February 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Terbuka Australia
Pertandingan Grand Slam
Mei–Jun
Diikuti oleh:
Wimbledon

Templat:Terbuka Perancis

Koordinat: 48°50′49.79″N 2°14′57.18″E / 48.8471639°N 2.2492167°E / 48.8471639; 2.2492167