Gas VX

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Gas VX merupakan salah satu agen saraf yang paling terkenal dan toksik dalam agen saraf siri-V. Agen saraf merupakan bahan kimia yang paling beracun dan cepat bertindak di antara bahan kimia yang digunakan dalam peperangan kimia. Nama kimia gas VX ialah O-ethyl-S-[2(diisopropylamino)ethyl] methylphosphonothiolate dan formula molekulnya ialah C11H26NO2PS.

VX menyerupai racun serangga yang dikenali sebagai racun serangga "organofosfat" dalam cara VX bertindak dan kesan racunnya; bagaimanapun agen saraf adalah lebih beracun daripada racun serangga.

Sifat fizikal[sunting | sunting sumber]

VX mempunyai berat molekul rendah (FW 267) serta bercirikan cecair di bawah persekitaran terkawal serta bersuhu biasa dan tropikal pada kebanyakan masa (m.p. sekitar −51 °C),[1]:Melting Point dengan ketumpatan yang lebih kurang sama dengan air.[1]:Density Agen ini bersifat hidrofobik—dengan pemekalian (partitioning) sebanyak 100 kali ganda daripada air menjadi oktanol,[petikan diperlukan]—serta mempunyai takat didih tinggi (sekitar 300 °C).[1]:Boiling Point Sifat fizikalnyya yang berkelikatan rendah dan meruap dengan rendah menjadikannya tidak mudah terjejas daripada unsur-unsur luar.[2]

VX tidak mempunyai sebarang bau mahupun rasa,[3] dan ia boleh disebarkan dalam bentuk cecair melalui aerosol atau dalam bentuk serbuk yang dicampur dengan tanah liat atau talkum sebagai bahan pemekat.[2]

Toksikologi[sunting | sunting sumber]

VX ialah "agen saraf yang begitu toksik", di mana dos maut yang berpotensi daripada agen ini adalah sedikit tinggi daripada sebarang kesan yang dibawa secara langsungnya. Malah, kesan yang dibawa daripada pendedahan kepada dos ini begitu mendadak sehingga tidak ada masa yang secukupnya untuk memberi rawatan menangkis racun ini..[4] Dos maut median (LD50)—dos pendedahan yang diperlukan untuk membunuh sejumlah separuh populasi yang diuji—yang dianggarkan untuk manusia lelaki sekitar 70 kg melalui pendedahan dengan kulit dilaporkan sebanyak 10 miligram (0.00035 oz), manakala masa kepekatan maut (LCt50) (yang menyukat kepekatan wap per masa pendedahan) agen tersebut ialah sekiar 30–50 mg·min/m3.[4]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Tx 60 | C11H26NO2PS" (dalam bahasa Inggeris). PubChem. Dicapai 13 April 2017. 
  2. ^ a b Croddy, Eric (1 Oktober 2002). "Dusty Agents and the Iraqi Chemical Weapons Arsenal". Nuclear Threat Initiative [NTI]. Washington, DC and Monterey, CA: Middlebury Institute of International Studies, James Martin Center for Nonproliferation Studies. Dicapai 22 Mac 2017 – melalui NTI.org. 
  3. ^ Bradley, David (24 Februari 2017). "VX Nerve Agent in North Korean's Murder: How Does It Work?". Scientific American. Dicapai March 22, 2017. 
  4. ^ a b FAS Staff (2013). "Types of Chemical Weapons: Nerve Agents [Table. Toxicological Data]". Washington, DC: Federation of American Scientists [FAS]. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2016. Dicapai 22 Mac 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]