Gempa bumi Hokkaidō 2018
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Tarikh | 6 September 2018 |
---|---|
Masa | 3.07 pagi (JST) |
Magnitud | 6.6 (Mw) |
Kedalaman | 33.4 km (20.8 bt) |
Koordinat | 42°40′16″N 141°55′59″E / 42.671°N 141.933°EKoordinat: 42°40′16″N 141°55′59″E / 42.671°N 141.933°E |
Kawasan terjejas | Hokkaido |
Keamatan maksimum | IX |
Tsunami | Tiada |
Korban | 41 maut |
Gempa bumi Hokkaidō 2018 merupakan sebuah gempa bumi berskala 6.6 MW yang melanda subwilayah Iburi di selatan Hokkaido, Jepun pada 3.08 pagi (Waktu Piawai Jepun), 6 September 2018. Secara rasminya, gempa bumi ini dipanggil sebagai Gempa bumi Timur Iburi Hokkaido 2018 (平成30年北海道胆振東部地震, Heisei 30-nen Hokkaidō Iburi Tōbu Jishin).[1] Setakat 13 September 2018, 41 orang disahkan maut.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Gempa bumi ini melanda Hokkaido pusat gempanya terletak di 27 km timur dari bandar Tomakomai. Gegarannya dikatakan boleh dirasai hingga ke kawasan wilayah Aomori.[2]
Malah, gempa bumi ini mencatatkan sehingga Skala 7 pada Skala Shindo di pekan Atsuma, tahap tertinggi dalam skala tersebut. Hal ini menjadikan gempa bumi tersebut menjadi gempa pertama yang mencatatkan bacaan setinggi itu di Hokkaido dan secara keseluruhannya, merupakan gempa bumi ketujuh dalam sejarah penggunaan skala Shindo yang mencatatkan Skala 7.[3]
Kesan
[sunting | sunting sumber]Sehingga 13 September 2018, 41 orang disahkan maut dari lima perbandaran di Hokkaido, dengan hampir kesemuanya ditemui di Atsuma, biasanya akibat tanah runtuh yang menghancurkan rumah-rumah di pekan tersebut.[4]
Salah satu kesan terburuk gempa bumi tersebut ialah berlakunya insiden bekalan elektrik terputus di seluruh Hokkaido, dengan kira-kira 2.95 juta penduduk terjejas akibat kerosakan pada Stesen Janakuasa Termal Tomato-Atsuma dan mengambil sehingga dua hari untuk dipulihkan.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "平成 30 年9月6日 03 時 08 分頃の胆振地方中東部の地震について(第4報)" (PDF). Agensi Meteorologi Jepun (dalam bahasa Jepun). 6 September 2018. Dicapai pada 9 September 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "M 6.6 - 27km E of Tomakomai, Japan". USGS (dalam bahasa Inggeris). 6 September 2018. Dicapai pada 9 September 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "厚真町は震度7 北海道内で史上初の観測 気象庁". Asahi Shimbun. 6 September 2018. Dicapai pada 9 September 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "北海道地震 亡くなった41人". NHK (dalam bahasa Jepun). 13 September 2018. Dicapai pada 15 September 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Ministry mulls rolling blackouts for quake-hit Hokkaido". The Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). 8 September 2018. Dicapai pada 9 September 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Perkembangan gempa bumi Hokkaido 2018 oleh NHK (Jepun)
- Kategori berkenaan Gempa bumi Hokkaidō 2018 di Wikimedia Commons