Goh Sze Fei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Goh Sze Fei
Maklumat peribadi
Negara Malaysia
Lahir (1997-08-18) 18 Ogos 1997 (umur 26)
Melaka, Malaysia
Tinggi1.70 m (5 ka 7 in)
Cakat tanganKanan
JurulatihRexy Mainaky
Beregu lelaki
Ranking tertinggi14 (3 Mei 2022)
Ranking semasa14 (3 Mei 2022)
Profil BWF

Goh Sze Fei (Bahasa Cina: 吳世飛; lahir 18 Ogos 1997) ialah pemain badminton Malaysia.[1] Beliau memenangi kejohanan Antarabangsa Singapura 2016 di acara beregu lelaki yang berpasangan dengan Nur Izzuddin Mohd Rumsani. Pencapaian terbaik mereka ialah menjadi juara di Terbuka Jerman 2022.[2]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Goh menamatkan sekolah rendahnya di SJK(C) Chung Hua Tampin, Negeri Sembilan. Semasa zaman persekolahan menengahnya, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar di Tampin, beliau berjaya direkrut menyertai Badminton Association of Malaysia untuk dilatih sebagai pemain Pasukan Kebangsaan Malaysia.

Goh berasal dari keluarga Cina Malaysia yang kini menetap di Tampin, Negeri Sembilan. Dalam keluarganya ada 4 orang adik beradik dan beliau merupakan anak bongsu dalam kalangan adik beradik.[3] Semua adik-beradiknya sangat berminat dalam sukan badminton dan abang sulung Goh (Goh Sze Boon) dan abang kedua (Goh Sze Ann) juga pernah menjadi Pemain Kebangsaan Malaysia. Jurulatih badminton pertama Goh ialah Goh Sai Chong yang membimbing dan melatih Sze Fei sejak beliau masih muda.[4] Pasangan beregu badminton kehidupan awal Goh ketika muda dahulu termasuk Teoh Yi Xuan, Tan Kai Ge dan Ng Kee Riang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Jelajah Dunia BWF (1 gelaran)[sunting | sunting sumber]

Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[5] adalah satu siri kejohanan elit badminton yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada tahap Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[6]

Beregu lelaki

Tahun Kejohanan Tahap Pasangan Lawan Skor Keputusan
2022 Terbuka Jerman Super 300 Malaysia Nur Izzuddin Republik Rakyat China Liu Yuchen
Republik Rakyat China Ou Xuanyi
23–21, 16-21, 21-14 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara

Grand Prix BWF (1 naib juara)[sunting | sunting sumber]

Grand Prix BWF mempunyai dua peringkat, Grand Prix dan Grand Prix Gold BWF. Ia merupakan siri kejohanan badminton yang disetujui oleh BWF sejak 2007.

Beregu lelaki

Tahun Kejohanan Pasangan Lawwn Skor Keputusan
2017 Master Malaysia Malaysia Nur Izzuddin Indonesia Berry Angriawan
Indonesia Hardianto
19–21, 12–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
     Kejohanan Grand Prix Emas BWF
     Kejohanan Grand Prix BWF

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF (3 gelaran, 3 naib juara)[sunting | sunting sumber]

Beregu lelaki

Tahun Kejohanan Pasangan Lawan Skor Keputusan
2018 Antarabangsa Terbuka Tata India Malaysia Nur Izzuddin India Arjun M.R.
India B. Sumeeth Reddy
10–21, 16–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2017 Antarabangsa Malaysia Malaysia Nur Izzuddin Malaysia Shia Chun Kang
Malaysia Tan Wee Gieen
21–19, 21–12 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2016 Siri Antarabangsa India Malaysia Nur Izzuddin India Satwiksairaj Rankireddy
India Chirag Shetty
11–8, 5–11, 11–7, 8–11, 5–11 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2016 Antarabangsa Switzerland Malaysia Nur Izzuddin Malaysia Aaron Chia
Malaysia Wong Wai Jun
21–18, 21–12 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2016 Siri Antarabangsa Vietnam Malaysia Nur Izzuddin Vietnam Đỗ Tuấn Đức
Vietnam Phạm Hồng Nam
21–17, 19–21, 20–22 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2016 Singapore International Malaysia Nur Izzuddin Singapura Danny Bawa Chrisnanta
Singapura Hendra Wijaya
21–13, 21–14 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juarw
     Kejohanan Cabaran Antarabangsa BWF
     Kejohanan Siri Antarabangsa
     Kejohanan Siri Masa Depan BWF

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Players: Goh Sze Fei" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Badminton Dunia. Dicapai pada 3 Oktober 2016.
  2. ^ Bernama (14 Mac 2022). "Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Jerman". Kuala Lumpur: Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2022.
  3. ^ "李宗伟小师弟哈尔滨传教羽球 哥俩曾是大马国手". sina 新浪竞技风暴. 2 Jun 2013. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  4. ^ "马来西亚前国手:在哈尔滨执教的明星教练". 30 September 2015. Dicapai pada 6 Julai 2022.
  5. ^ Alleyne, Gayle (19 Mac 2017). "BWF Launches New Events Structure". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 29 November 2017.
  6. ^ Sukumar, Dev (10 Januari 2018). "Action-Packed Season Ahead!". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2018. Dicapai pada 15 Januari 2018.