Grasshopper Club Zürich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Grasshopper Club Zürich
Grasshoppers Club Zürich Logo.svg
Nama penuhGrasshopper Club Zürich
GelaranGC, GCZ, Grasshoppers
Diasaskan1 September 1886
StadiumLetzigrund, Zürich
(Muatan: 25,000)
PengerusiStephan Anliker
PengurusMichael Skibbe
LigaLiga Super Switzerland
2021/22ke-8
tuan rumah
tempat lawan

Grasshopper Club Zürich ataupun nama ringkasnya GC, GCZ, atau Grasshoppers merupakan sebuah kelab bola sepak Switzerland yang berpangkalan di Zurich, Switzerland. Grasshopper-Club Zurich telah memegang gelaran ke-27 dengan memenangi Liga Super Switzerland dan kejohanan Piala Switzerland dengan memenangi sebanyak 19 kali.[1] Kelab ini adalah pasukan bola sepak yang tertua di Zürich dan berkongsi persaingan bandar besar dengan FC Zürich.[2]

Asal nama Grasshopper tidak diketahui walaupun penjelasan biasa merujuk kepada sambutan bertenaga pemain mereka selepas menjaringkan gol.[3]

Selepas beberapa penampilan dalam Liga Juara-Juara UEFA, Grasshopper telah menjadi salah satu kelab bola sepak yang paling terhebat di Switzerland. Kini kelab Grashopper telah memiliki sukan lain selain bola sepak seperti mendayung, hoki ais, bola baling, tenis, hoki, curling, ragbi, skuasy, bola lantai dan bola sepak pantai.[4]

Stadium[sunting | sunting sumber]

Grasshopper-Club Zürich dan FC Zürich berkongsi dengan stadium yang sama, Letzigrund.

Sejak September 2007, Grasshopper-Club Zürich telah memainkan semua perlawanan sebagai tuan rumah di Letzigrund seperti stadium tuan rumah FC Zürich. Selepas selesai pembinaan Stadion Zürich (kini dalam peringkat perancangan), kedua-dua pasukan dijangka akan bermain di sana.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Liga Super Switzerland
    • Juara (27): 1897-1898, 1899/1900, 1900/1901, 1904/1905, 1920/1921, 1926/1927, 1927/1928, 1930/1931, 1936/1937, 1938/1939, 1941/1942, 1942/1943, 1944/1945, 1951/1952, 1955/1956, 1970/197, 1977/1978, 1981/1982, 1982/1983, 1983/1984, 1989/1990, 1989/1990, 1989/1990, 1995/1996, 1997/1998, 2000–01, 2002/2003
  • Piala Switzerland
    • Juara (19): 1926, 1927, 1932, 1934, 1937, 1938, 1940, 1941, 1942, 1943, 1946, 1952, 1956, 1983, 1988, 1989, 1990, 1994, 2013
  • Piala Super Switzerland
    • Juara (1): 1989

Skuad terkini[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
1 Iran GK Daniel Davari
3 Switzerland DF Stéphane Grichting
4 Bosnia dan Herzegovina DF Sanel Jahić
5 Switzerland DF Michael Lang
6 Bosnia dan Herzegovina MF Vero Salatić
7 Mesir MF Kahraba
8 Albania MF Amir Abrashi
9 Israel FW Munas Dabbur
14 Perancis FW Yoric Ravet
15 Switzerland FW Nassim Ben Khalifa (pinjam dari Wolfsburg)
16 Switzerland MF Manuel Kubli
17 Perancis FW Anatole Ngamukol
No. Posisi Pemain
18 Switzerland GK Vaso Vasic
20 Switzerland DF Daniel Pavlović
21 Brazil FW Caio
22 Switzerland DF Gianluca Hossmann
23 Belanda DF Michael Dingsdag
24 Switzerland MF Imran Bunjaku
26 Switzerland DF Ulisses Garcia
30 Switzerland FW Shani Tarashaj
31 Switzerland MF Albion Avdijaj
33 Switzerland GK Timothy Dieng
34 Switzerland DF Moritz Bauer

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Vilotić seals Swiss Cup success for Grasshoppers". UEFA. 20 May 2013. Dicapai pada 9 June 2013.
  2. ^ "The great Zurich divide". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-30. Dicapai pada 9 June 2013.
  3. ^ "GESCHICHTE DES GRASSHOPPER CLUB ZÜRICH". GCZ. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-07. Dicapai pada 9 June 2013.
  4. ^ "Sektionen". GCZ. Dicapai pada 9 June 2013.