Gunung Benom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Benom
250px
Titik tertinggi
Ketinggian 2,107 m (6,913 ka)
Koordinat 3°50′N, 102°6′E
Geografi
Lokasi Pahang
Induk banjaran Banjaran Benom

Gunung Benom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter[1] atau 6913 kaki dari aras laut. Terletak di Latitude/Longitude (WGS84) 3° 50' N 102° 6' E. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Pendakian[sunting | sunting sumber]

Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia . Banjaran Benom ini terletak di antara sempadan dua buah daerah iaitu sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub. Gunung ini boleh didaki menerusi tiga cara iaitu dari Sungai Klau di Raub, dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang Asli di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2 atau 3 jam manakala pendakian yang agak sukar dan jauh menenerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.

Jika pendakian menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut pula pendakian akan bermula dari Kampung Tengah, Ulu Cheka dan untuk sampai ke kawasan pendakian perlulah melalui perkampungan kecil di Kampung Damak menuju ke Kampung Ulu Cheka sehinggalah sampai di Kampung Tengah Mukim Ulu Cheka Jerantut. Melalui Kampung Tengah ini pendakian agak sukar dan terpaksa menempuh bukit yang tinggi serta dipenuhi pelbagai spesis tumbuhan.

  • Jadual pendakian melalui Kampung Ulu Cheka Jerantut.
Lokasi Latitude (degrees N) Longitude (degrees) Ketinggian (meter)
Kampong Damak 3.94936 102.21532 60
Kampong Tengah 3.88356 102.18259 120
Gunung Benom 3.82310 102.09425 2107

Gunung lain yang terdapat di Pahang[sunting | sunting sumber]


Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Benom di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Raub sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]