Hadiah Erasmus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hadiah Erasmus
PenghargaanSumbangan besar kepada budaya, masyarakat dan sains sosial di Eropah
NegaraBelanda
Disampaikan olehYayasan Praemium Erasmianum
Ganjaran€150,000
Anugerah pertama1958
Anugerah terakhirAnugerah tahunan
Laman web rasmierasmusprijs.org

Hadiah Erasmus ialah hadiah tahunan yang dianugerahkan oleh lembaga Yayasan Praemium Erasmianum kepada orang perseorangan atau institusi yang telah membuat sumbangan luar biasa kepada budaya, masyarakat, atau sains sosial di Eropah dan di seluruh dunia. Ia merupakan penghargaan terunggul di Eropah. Hadiah ini dinamakan bersempena Desiderius Erasmus, seorang ahli kemanusiaan yang terkenal pada zaman Pembaharuan. Setakat tahun 2015, pemenang menerima wang hadiah sebanyak €150,000.

Penyelidik muda[sunting | sunting sumber]

Hadiah Erasmus bukanlah bertujuan untuk merangsang para penyelidik muda. Namun, Yayasan Praemium Erasmianum telah menganugerahkan "hadiah penyelidikan" secara tahunan sejak tahun 1988 kepada penyelidikan PHD yang bermutu tinggi dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial.

Para pemenang[sunting | sunting sumber]