Hanafi bin Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, pengasas Silat Cekak dilahirkan pada tahun 1923 di Kedah. Beliau memulakan pendidikan awalnya di sekolah Melayu Kampung Gunung, Alor Setar [perlu rujukan] sebelum menyambung pengajian agamanya dengan beberapa orang ulama di Kedah. Bagi mendalami ilmu agamanya, beliau mengembara ke seluruh negara untuk menemui guru-guru yang dapat membimbingnya. Hasil penat lelah beliau berbalas apabila beliau menemui [perlu rujukan] Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman yang dapat menghuraikan dan menyimpul berkaitan permasalahan Tauhid (soal ketuhanan di dalam agama Islam).

Semangat kemerdekaan yang menyusup ke dalam jiwa penduduk Tanah Melayu ketika itu turut menyusup masuk ke dalam jiwa Ustaz Hanafi sendiri. Beliau percaya yang orang Melayu juga mempunyai sistem beladiri yang tidak kalah dengan beladiri asing. Ustaz Hanafi terpaksa mengembara sekali lagi untuk mencari ilmu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membela diri, menyebabkan beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan.

Ustaz Hanafi meninggal dunia pada 13 Ogos 1986, meninggalkan seorang balu, Maimunah Hj. Othman dan enam orang anak.