Harith bin Abu Syamir
Harith bin Abu Syamir | |
---|---|
Kerakyatan | Byzantium |
Pekerjaan | Gabenor |
Terma | 529 – 569 |
Harith bin Abu Syamir al-Ghassani (Arab: اَلْحَارِث ٱبْن أَبِي شَمِر الغَسَّانِي, rumi: al-Ḥārith-bn-Abī-Shamir al-Ghassānī ) ialah seorang gabenor Arab beragama Kristian dari kerajaan Ghasan di Syam, yang dahulunya jajahan Empayar Byzantium. Baginda hidup sezaman dengan Nabi Muhammad, serta Raja Damsyik (kini Syria). Baginda menerima surat daripada Nabi Muhammad yang menjemput baginda masuk Islam. Harith merupakan kerabat dinasti Ghasan, yang memerintah sebahagian Syam.
Keturunan
[sunting | sunting sumber]Nama penuh baginda ialah al-Harith bin Abu Syamir bin al-Harith bin Jablah bin Harith bin Tha'labah bin Amru bin Jafnah bin Amru Muziqiyak bin Amir Mausamak bin Harithah al-Ghatrif bin Imrul Qais bin Tha'labah bin Mazin bin al-Azad (Arab: الحارثُ بن أبي شِمرَ بن الحارثِ بن جبلةَ بن الحارث بن ثعلبة بن عمرو بن جفنة بن عمرو مُزيقياء بن عامرٍ ماء السماء بن حارثة الغطريف بن امرئ القيس بن ثعلبةَ بن مازن بن الأزد ).[1]
Moyang sebelah ayah baginda ialah Mariah binti Arqam bin Tha'laba bin Amru bin Jafnah (Arab: ماريةُ بنتُ أرقم بن ثعلبة بن عمرو بن جفنة ), dengan nama panggilan Zatulqartain (Arab: ذاتُ القرطين ).[2]
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Apabila Maharaja Justinianus I naik takhta Empayar Rom pada tahun 527, puak-puak Arab bersatu di bawah pimpinan Harith bin Abu Syamir, yang menjadi raja Syam (529-569 M) di bawah naungan Empayar Rom. Negeri Ghasan tetap setia kepada Rom.
Pertempuran Ain Abagh
[sunting | sunting sumber]Baginda mengetuai pertempuran melawan Nukman bin al-Munzir bin Mausamak, raja negeri Lakham, di mana baginda kehilangan dua puteranya dan berjaya membunuh Nukman. Maharaja Rom kemudian mengundang baginda dan menganugerahkan gelaran "Patriark".
Surat Nabi Muhammad
[sunting | sunting sumber]Selepas Perjanjian Hudaibiyah, Nabi Muhammad menghantar surat kepada Harith al-Ghasani yang berbunyi seperti berikut:
بسم الله الرحمن الرحيم، من محمد رسول الله إلى الحارث بن أبي شمر، سلام على من اتبع الهدى، وآمن به وصدق، وإني أدعوك إلى أن تؤمن بالله وحده لا شريك له، يبقى لك ملكك[3]
Daripada Muhammad Utusan Allah kepada Harith bin Abu Syamir:
Selamat sejahtera kepada yang mengikut petunjuk, beriman dengannya dan percaya ia benar. Sahaya mengajak tuanku beriman dengan Allah semata-mata, tanpa menyekutui-Nya, dan kerajaan tuanku akan kekal milik tuanku.[4]
Mutiara kata
[sunting | sunting sumber]- Apabila dua pedang bersilang, sang wira mesti memilih (Arab: إذا التقى السيفان بطل الخيار ).[5]
- Sesiapa yang terpedaya dengan kata-kata musuhnya, dialah musuh dirinya sendiri yang paling teruk (Arab: من اغتر بكلام عدوه فهو أعدى عدو لنفسه ).[5]
- Peluang cepat datang dan lambat pulang (Arab: الفرصة سريعة الفوت بطيئة العود ).[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ [1]كتاب جمهرة أنساب العرب، لعلي بن أحمد بن سعيد بن حزم الأندلسي، المكتبة الشاملة. Diarkibkan 2021-12-19 di Wayback Machine
- ^ Ali bin Ahmad bin Saeed bin Hazm al-Andalusi, Ali (2012). Abdulmunim Khalil Ibrahim (peny.). جمهرة أنساب العرب (Kompilasi Salasilah Arab) (eds. ke-6). Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut. Jil 2, m/s 372.
- ^ Fath al-Din Ibn Sayyid al-Nas, كتاب النبي ، صلى الله عليه وسلم ، إلى الحارث بن أبي شمر الغساني مع شجاع بن وهب Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ The History of al-Tabari Jil. 8: The Victory of Islam: Muhammad at Medina (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Fishbein, Michael. SUNY Press. 15 Jun 2015. m/s. 108. ISBN 978-1-4384-0290-1.
- ^ a b c كتاب: الإعجاز والإيجاز