Pergi ke kandungan

Hash browns

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hash browns
Hash brown yang diracik, digambarkan dengan sandwic slider
Nama alternatifKentang hash brown
JenisHidangan kentang Sunting ini di Wikidata
Tempat asalAmerican
Dicipta oleh pada 1890
Bahan utamaUbi kentang Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanGoreng cetek Sunting ini di Wikidata
Tenaga makanan
(setiap 100 g hidangan)
326 kcal (1365 kJ)
Nilai pemakanan
(setiap 100 g hidangan)
Protein2.6 g
Lemak22 g
Karbohidrat32 g
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hash browns atau lempeng kentang racik ialah suatu hidangan di mana kentang dicincang, dipotong dadu, dihiris atau diracik sebelum digoreng.[1]

Makanan ini mula-mula muncul di Bandar New York pada tahun 1890-an, dan beberapa kawasan (contohnya Tenggara Michigan) di bawah nama home fries. Dalam sesetengah budaya, hash browns boleh merujuk kepada mana-mana penyediaannya, sementara di yang lain, ia merujuk kepada penyediaan tertentu. Ia makanan sarapan lazim di Amerika Utara lagi-lagi secara digoreng atau digril.[2]

Di beberapa bahagian di Amerika Syarikat, hash browns khusus merujuk kepada kentang goreng yang diracik atau dicincang dan dianggap sebagai makanan sarapan, sementara kentang dipotong dadu atau kiub dan digoreng juga merupakan hidangan sampingan yang disebut kentang goreng atau kentang goreng rumah (meskipun banyak variasi kentang goreng rumah dimasak separuh sebelum menggoreng). Sesetengah resipi menambah bawang dadu atau dicincang.[2]

Hash browns adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang dijual bentuk sejuk, beku[3][4] dan bentuk kering.

Pada asalnya, nama penuh hidangan itu adalah "hashed brown potatoes" (atau "kentang hancur perang"), di mana disebutkan mula-mula dahulu oleh pengarang makanan Amerika Maria Parloa (1843-1909) dalam Companion Kitchen 1887, di mana dia menggambarkan hidangan "kentang hancur dan diperangkan" sebagai campuran goreng kentang rebus sejuk yang dilipat "seperti telur dadar" sebelum disaji.[5] Nama itu secara beransur-ansur dipendekkan kepada 'kentang hash brown'.[6]

Persediaan

[sunting | sunting sumber]
Hash browns segi tiga yang dihidangkan dengan telur, bakon dan sosej di kafe British

Seorang chef boleh menyediakan hash browns dengan membentuk kentang racik menjadi patti sebelum digoreng dengan bawang (kelembapan dan kanji kentang boleh mengikat tanpa pecah); walau bagaimanapun, jika agen pengikat ditambah (telur atau minyak sebagai contoh), penyediaan sedemikian merupakan lempeng kentang. Hash browns beku kadang-kadang dijadikan bentuk patti untuk memudahkan pengendalian, dan bentuk padat seta leper agar boleh dimasak dalam pembakar atau pemanggang roti. Jika hidangan hash browns menggabungkan daging cincang, lebihan makanan, atau sayur-sayuran lain, ia lebih sering dirujuk sebagai hash.[2]

Hash brown McDonald's

Hash browns juga dihasilkan sebagai makanan kering, yang kadang-kadang digunakan oleh pengembara beg galas.[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Spieler, M.; Giblin, S. (2012). Yummy Potatoes: 65 Downright Delicious Recipes. Chronicle Books LLC. m/s. 24. ISBN 978-1-4521-2528-2. Dicapai pada 5 Januari 2017.
  2. ^ a b c Slater, Nigel (November 4, 2006). "Nigel Slater: Making a hash of it". The Guardian.
  3. ^ Butts, L. (2000). Okay, So Now You're a Vegetarian: Advice and 100 Recipes from One Vegetarian to Another. Broadway Books. m/s. 64. ISBN 978-0-7679-0527-5. Dicapai pada January 5, 2017.
  4. ^ Snider, N.; Boisvert, C. (1985). Frozen Food Encyclopedia for Foodservice: Formerly Frozen Food Institutional Encyclopedia. National Frozen Food Association. m/s. 114. Dicapai pada January 5, 2017. Frozen hash browns are scored on color, defects, texture; grading also is based on flavor and odor.
  5. ^ Parloa, Maria (1887). Miss Parloa's kitchen companion : a guide for all who would be good housekeepers. Boston : Estes and Lauriat. Dicapai pada 6 December 2019.
  6. ^ H. L. Mencken (2012). American Language Supplement 2. Knopf Doubleday Publishing Group. ISBN 9780307813442. Dicapai pada 2 December 2015.
  7. ^ Miller, D. (1998). Backcountry Cooking: From Pack to Plate in 10 Minutes. Mountaineers Books. ISBN 978-1-59485-292-3. Dicapai pada January 5, 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]