Croquette

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Croquette
Croquettes with salad.jpg
Croquette silinder
Bahan utamaKentang lecek, daging cincang, kerang, ikan, keju, sayuran, béchamel atau sos perang
di Wikibuku Buku Masakan: Croquette  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Croquette

Croquette adalah makanan gumpal kecil yang disaluti serbuk roti mengandungi, biasanya sebagai bahan-bahan utama, kentang lecek atau daging cincang (anak lembu, daging lembu, ayam, atau ayam belanda), kerang, ikan, keju, sayuran, dan dicampur dengan sos béchamel atau sos perang,[1] and direndam dengan telur, bawang, roti putih, rempah dan herba, wain, susu, bir, atau mana-mana gabungan daripadanya, kadang kala dengan inti, contohnya bawang tumis, cendawan, atau telur rebus. Croquette biasanya dibentuk menjadi silinder, cakera, atau bentuk bujur, dan kemudian digoreng. Croquette (daripada Bahasa Perancis croquer, "kunyah") mendapat sambutan di seluruh dunia, sebagai makanan istimewa dan sebagai makanan segera.

Croquette dengan kentang lecek sering disajikan sebagai hidangan sampingan dalam makanan percutian musim sejuk, seperti Krismas. Dalam masakan makanan segera, kepelbagaian wujud tanpa kentang, tetapi dengan keju, daging lembu, atau goulash, sering dalam inti yang berdasarkan sos béchamel.

Croquette di pelbagai negara[sunting | sunting sumber]

Croquette bulat
Croquette kentang silinder
Croquetas fritas
Dua ketul kroketten Belanda, satu potong terbuka untuk menunjukkan inti ragout daging lembu; Chiang Mai, Thailand
  • Sepanyol: Croquettes, dibuat daripada daging ayam, dan termasuk dalam makanan pembuka (tapas).
  • Brazil: Croquette atau croquete, biasanya dibuat daripada daging lembu, dan dijual di Brazil sebagai hidangan daripada Jerman.
  • Mexico: Croquette dibuat daripada ikan tuna dan kentang.
  • Republik Czech: Krokety, bulat dan kecil, dibuat daripada kentang, telur, tepung gandum, dan mentega.
  • Cuba: dibuat daripada ham, daging babi, daging ayam, atau kombinasi ketiga-tiganya.
  • Amerika Syarikat: Di Tampa, Florida, croquettes dibuat daripada daging ketam yang sedang musim, dan disalut dengan serbuk roti yang berasal dari Roti Cuba. Penduduk tempatan memanggilnya deviled crab (croqueta de jaiba).[2]
  • Hungary: Krokett, serupa dengan croquette di Republik Czech, namun berbentuk bujur dan sering diberi rempah pala.
  • India: Alu-tikki adalah croquette kentang makanan khas India Utara yang dimakan sebagai makanan ringan. Sering juga dipanggil cutlet, dan boleh dijumpai di restoran segera.
  • Bangladesh: Serupa Alu-tikki, tapi diberi nama Alu-chop dan di tengahnya diisi daging sapi.
  • Jepun: Korokke (コロッケ) adalah makanan ringan yang popular, dan banyak dijual di pasar raya dan kedai daging. Korokke dibuat daripada kentang, dan biasanya berbentuk agak leper. Isi croquette boleh bermacam-macam, dari sayur-sayuran, daging lembu, babi, atau campuran daging babi dan lembu (aibiki). Selain itu, croquette berisi cebisan daging ketam (disebut kani korokke) dan udang juga popular. Menchi katsu (メンチカツ) (minced cutlet) adalah sebutan untuk daging cincang yang dibalut serbuk roti dan digoreng. Menchi katsu tidak dibuat daripada kentang, dan apabila tidak dinyatakan sebagai daging lembu, maka daging yang dipakai adalah campuran daging lembu dan babi.
  • Filipina: Croqueta adalah sebutan untuk croquette kentang dengan isi daging atau ikan.

See also[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]