Hawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Hawa (Bahasa Arab: حواء‎, translit. Ḥawwā’, Bahasa Inggeris: Eve) ialah isteri Nabi Adam (a.s), wanita yang pertama dari kalangan manusia. Nama Hawa tidak dinyatakan di dalam al-Quran tetapi dinyatakan di dalam hadis.[1]

Menurut hadis, Hawa dicipta dari tulang rusuk kiri Adam di dalam syurga, namun al-Quran hanya menyatakan pasangannya Adam dicipta daripada Adam.[2][3]

Pandangan Islam[sunting | sunting sumber]

Pasangan Nabi Adam ini disebut dalam al-Quran pada surah kedua, surah al-Baqarah ayat 30–39 (Al-Baqarah, 2:30–39), Al-A'raf, 7:11–25, Al-Hijr, 15:26–42, Al-Isra', 17:61–65, Al-Kahfi, 18:50–51, Taha, 20:110–124, dan Sad, 38:71–85, tetapi nama "Hawa" (Bahasa Arab: حواء‎, translit. Ḥawwā’) tidak pernah didedahkan dalam al-Quran. Hawa disebut namanya hanya dalam hadis.[1][4]

Kisah-kisah tentang Adam dan Hawa dalam sumber Islam iaitu al-Quran dan Sunnah berbeza dengan Taurat dan Bible. Al-Quran mengaitkan sebuah kisah di mana Allah mencipta "(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai" (Al-Nisa 4:1),

Terdapat hadis yang menyokong penciptaan wanita "daripada tulang rusuk" antaranya Sahih Bukhari 4:55:548, Sahih Bukhari 7:62:114, Sahih Muslim 8:3467, dan Sahih Muslim 8:3468. Dalam hal ini, para ulama dalam Islam mempunyai dua pandangan iaitu Hawa memang diciptakan daripada Adam sebagaimana dinyatakan secara literal dalam surah-surah al_Quran; atau ia hanya sebuah perumpamaan.[5]

Hawa tidak dipersalahkan kerana memujuk Adam memakan buah larangan (tidak ada konsep dosa asal dalam Islam).[6] Sebaliknya, al-Quran menunjukkan bahawa "mereka berdua memakan dari pohon itu" akibat hasutan Syaitan dan kedua-duanya dipersalahkan akibat pelanggaran tersebut.(Surah Taha, 20:121–122).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b http://www.muslimaccess.com/sunnah/sahabah/eve.asp, 27 Mei 2012.
  2. ^ Quran 4:1
  3. ^ Quran 39:6
  4. ^ Beyond The Exotic: Women's Histories In Islamic Societies – Page 9, Amira El Azhary Sonbol – 2005
  5. ^ Zulkifli Mohamad Al-Bakri (30 Mac 2016). "Irsyad al-Hadith Siri ke-33: Hadis penciptaan Hawa daripada tulang rusuk". Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dicapai pada 19 November 2020.
  6. ^ Engineer, Asghar (2008). Islam in Post-Modern World. Hope India Publications. ISBN 9788178711546.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.