Surah Al-A’raaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Surah Al A'raaf adalah surah ke-7 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 206 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surah ini diturunkan sebelum turunnya Surah Al-An’aam dan termasuk golongan surah Assab 'uththiwaal (tujuh surah yang panjang). Dinamakan Al A'raaf kersna perkataan Al-A'raaf terdapat dalam ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al-A'raaf iaitu: tempat yang tertinggi di atas syurga dan neraka.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

  1. Keimanan: Mentauhidkan Allah dalam berdoa dan beribadat; hanya Allah sendiri yang mengatur dan menjaga alam; menciptakan undang-undang dan hukum-hukum untuk mengatur kehidupan manusia di dunia dan di akhirat; Allah bersemayam di 'Arasy; bantahan terhadap kepalsuan syirik; ketauhidan adalah sesuai dengan fitrah manusia; Musa berbicara dengan Allah; tentang melihat Allah; perintah beribadat sambil merendahkan diri kepada Allah; Allah mempunyai al-Asmaaulhusna.
  2. Hukum-hukum: Larangan mengikuti perbuatan dan adat istiadat yang buruk; kewajipan patuh kepada Allah dan rasul; perintah bersuci waktu solat; bantahan terhadap orang yang mengharamkan perhiasan yang dianugerahkan Allah; perintah makan makanan yang halal lagi baik dan larangan memakan yang sebaliknya.
  3. Kisah-kisah: Kisah Nabi Adam a.s. dengan iblis; kisah Nabi Nuh a.s. dan kaumnya; kisah Nabi Soleh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu'aib a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun.
  4. Dan lain-lain: Al Quran diturunkan kepada Nabi yang penghabisan dan perintah mengikutinya; Nabi Muhammad s.a.w. diutus untuk seluruh manusia; adab orang mukmin, adab mendengar pembacaan Al Quran dan berzikir; rasul bertanggungjawab menyampaikan seruan Allah; ganjaran terhadap orang-orang yang mentaati dan balasan orang yang mengingkari rasul; dakwah rasul-rasul yang pertama sekali ialah mentauhidkan Allah; tentang ashhaabul A'raaf yang berada antara syurga dan neraka; Allah pencipta makhluk; manusia adalah makhluk yang terbaik dijadikan Allah serta mempunyai kesediaan untuk baik dan untuk buruk; permusuhan syaitan terhadap Bani Adam; manusia khalifah Allah di muka bumi; kehancuran sesuatu kaum adalah kerana perbuatan mereka sendiri; Setiap bangsa mempunyai masa kejayaannya dan masa kehancurannya; Allah menguji manusia dengan kakayaan dan kemiskinan; istidraj azab Allah terhadap orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mukaddimah Al Qur'an versi terjemahan Jabatan Agama Republik Indonesia


Surah Sebelumnya:
Surah Al-An’aam
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Anfaal
Surah 7