Hawt Fellas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hawt Fellas
Genre
Ditulis olehLee Chonz
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"RAP$TAR" oleh Killa Driz
Lagu penutup"RAP$TAR" oleh Killa Driz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Country & Universal
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Lestary)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 Januari 2024 – 1 Februari 2024
Kronologi
MengikutiKami Orang KL
Diikuti olehBoleh Saya Bantu

Hawt Fellas ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Eoon Shuhaini dibintangi oleh Nabil Aqil, Idan Aedan, Atiq Azman, Raden Zaharatul dan Tisya Ong. Siri ini memulakan tayangan perdana di Lestary, TV3 dari 4 Januari sehingga 1 Februari 2024 menggantikan Kami Orang KL.[1] Ini merupakan drama Melayu kedua yang mengangkat genre coming-of-age selepas Projek: Anchor SPM.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lee, Napron, Mat Don, Flora dan Indah ialah lima sahabat karib yang masing-masing mempunyai impian yang ingin dicapai selepas menduduki peperiksaan SPM. Mereka belajar di sekolah menengah yang sama. Lee dan Napron belajar dalam aliran Sains manakala Mat Don dan Flora di aliran Sastera.

Lee merupakan pelajar cemerlang dan menjadi harapan sekolah dan keluarga tetapi dia tertekan dengan sikap keluarganya yang terlalu meletakkan harapan tinggi tanpa memikirkan minat dan kehendaknya. Lee minat seni tetapi dia terpaksa masuk aliran Sains atas desakan keluarga yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Lee berkemahiran bermain gitar dan melukis, dia menjadikan muzik dan melukis sebagai tempat menenangkan fikiran.

Napron memilih aliran Sains untuk membuktikan yang dia bijak dan hebat. Dia menjadi mangsa kepada ayahnya yang merupakan penagih dadah. Napron sering dituduh kerana imej ‘rock underground’. Mat Don seorang anak yatim piatu membesar di bawah jagaan bapa saudara. Mat Don mengalami OCD tanpa dia sedar.

Flora pula nampak agak nakal kerana mempunyai masalah keluarga. Flora menganggap Lee sebagai “crush” dan sering meminta bantuan daripada Lee untuk menghasilkan lukisan yang baik di luar waktu sekolah. Napron yang menaruh perasaan dengan Flora rasa cemburu dan sering mencari gaduh dengan Lee.

Selepas pengumuman keputusan SPM, Lee menghilangkan diri kerana kecundang dalam SPM. Floral dan Mat Don menganggap Lee telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti yang diinginkan oleh ibu bapanya. Lee malu dan terpaksa berbohong. Dalam diam, dia mengatur rancangan untuk mengambil SPM ulangan.

Di tempat yang lain, terdapat seorang pelajar lepasan SPM yang juga inginkan kebebasan hidup. Indah tidak ingin hidupnya dikongkong oleh keluarga. Dia telah menolak tawaran kemasukan Universiti Pendidikan kerana tidak mahu menjadi cikgu agama seperti yang dikehendaki oleh ibu bapanya. Sebaliknya, minat Indah lebih cenderung kepada berlakon.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama
Pelakon pembantu
  • Azhar Sulaiman sebagai Nasir (ayah Napron)
  • Zaidi Omar sebagai Ramlee (ayah Lee)
  • Khaled sebagai Jaafar (Jacko)
  • Izzul Faiq sebagai Burn
  • Abdul Rahman sebagai Zul
Pelakon undangan

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "RAP$TAR" - Killa Driz
  • "Fasa" - Hazama ft. Tuju
  • "X Perlu" - Cassia
  • "Panggung" - Apex Tajudin
  • "Waktu" - Kmy Kmo
  • "21A" - Kmy Kmo
  • "Waras" - Firdaus Rahmat
  • "Bantu" - Adam Shamil
  • "Dah Lewat" - A.O.T.P
  • "Ready The Bag" - A.O.T.P
  • "Flash & Dash" - Yonnyboii ft. Guccimith

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Watak Mat Don sebelum ini pernah dilakonkan oleh Khir Rahman dalam Keluarga Baha Don.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Hawt Fellas". honeybie.com.