Haziq Macquistan
Haziq MacQuistan | |
---|---|
Kelahiran | 4 April 2001 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2019–kini |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Ian Haziq MacQuistan (lahir 4 April 2001) atau lebih dikenali sebagai Haziq MacQuistan merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Haziq MacQuistan mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila beliau membawa watak Erwan di dalam drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard.
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Pada Mac 2018, namanya pernah tular di laman sosial selepas menjadi sebutan para gadis angkara memiliki wajah yang tampan. Pernah disangka sebagai teman lelaki kepada ibunya gara-gara aksi mesra mereka ketika bergambar bersama. Laman Instagramnya yang menggunakan nama akaun @jon_macquistan kini mempunyai lebih 38,000 pengikut.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Haziq MacQuistan atau nama sebenarnya Ian Haziq MacQuistan merupakan anak tunggal kepada pasangan Jasmin Hamid dan Ian Rashid MacQuistan. Berdarah campuran Melayu dan Scotland. Kedua ibu bapanya, Jasmin Hamid dan Ian Rashid berkahwin pada 15 Disember 2000, sebelum bercerai pada 4 Februari 2008. Selain Ian Haziq, Jasmin juga membesarkan dua anak angkat bernama Rohana (dipanggil Cicik) dan Lukhman Hakim.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Mula mempamerkan minat dalam dunia lakonan sejak berumur 16 tahun, namun hanya dibenarkan menyertainya selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mula berlakon menerusi drama Patah Sayap Bertongkat Paruh arahan Along Kamaluddin. Kemudian beliau muncul dalam drama novel berjudul Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang bersiaran di Slot Lestary TV3. Beliau turut meminati bidang peragaan.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Patah Sayap Bertongkat Paruh | Din | Astro Ria | |
Rumah Siti Khadijah | Ben | TV3 | Episod: "Tokan Dadah" | |
2021 | Bunga's Secret Garden | Adam | Astro Gempak | |
Kekasih Hati Mr Bodyguard | Erwan | TV3 | ||
2022 | Julia's Secret Garden | Adam | Astro Gempak |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Mana Ada Hantu Malam Raya | Zaki | TV2 |
Web drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | AI.5YA | AI.M4N | Viu |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Rasa Anak Emak Anak Bapak (Musim 2) | Dirinya sendiri | Viu | Bersama ibunya Jasmin Hamid |