Hazlin Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hazlin Hussain
Hazlin Hussain.png
Kelahiran (1983-12-16) 16 Disember 1983 (umur 35)
Kajang, Selangor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perbankan
Pusat pendidikanUniversiti Utara Malaysia
PekerjaanPenyampai berita, pengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganMior Abdul Malek Raiyani (k. 2015)
Ibu bapaHalimah Mohd Din (ibu)
Hussain Yusof (bapa)

Hazlin Hussain (lahir 16 Disember 1983) merupakan seorang pengacara televisyen dan penyampai berita Malaysia, yang berkhidmat di TV3.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hazlin dilahirkan dan dibesarkan di Kajang, Selangor dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perbankan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah. Beliau berkahwin dengan rakan sekerjanya di TV3, Mior Abdul Malek Raiyani pada 15 Disember 2015.[2] Beliau mula bertudung pada 25 Februari 2014.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hazlin memulakan kerjaya penyiaran setelah menjadi finalis program pencarian bakat Gadis Melayu musim kedua terbitan TV9.[4] Selepas Gadis Melayu tamat, Hazlin mendaftarkan dirinya di TV3 seterusnya berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama, Buletin 1:30 dan Buletin Pagi. Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan dokumentari 999 yang mana beliau menggantikan Zakiah Anas yang menamatkan khidmatnya di TV3 pada 2014. Menerusi rancangan inilah beliau terkenal dengan slogan "Ingat, jenayah membawa padah!" pada akhir rancangan. Selain itu, beliau juga mengacarakan rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini.[5]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Hazlin Hussain". Azhan.co. 11 April 2017. Dicapai 11 April 2017. 
  2. ^ Farhana Ab Rahman (15 Disember 2015). "Personaliti TV3, Hazlin, Mior sah suami isteri". Berita Harian. Dicapai 15 Disember 2015. 
  3. ^ Khairul Amri Hassan (8 Mac 2014). "Berhijab, Hazlin ingat mati". Kosmo!. Dicapai 11 April 2014. 
  4. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (21 Januari 2013). "Idam jadi pelakon". Utusan Malaysia. Dicapai 15 Disember 2015. 
  5. ^ Ramlah Zainal (10 Julai 2015). "Persiapan lebaran 3 personaliti". Harian Metro. Dicapai 10 Julai 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]