Helikopter terhempas di Sungai Lingga 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Helikopter terhempas di Sungai Lingga 2012 merujuk kepada kejadian helikopter milik syarikat Sebiro Holdings jenis Eurocopter EC 120 terhempas dekat muara Sungai Lingga, Sri Aman , Sarawak, Malaysia pada 19 Julai 2012. Helikopter itu milik usahawan terkenal Datuk Sng Chee Hua, Sebiro Holding.[1]

Pasukan Bomba, Pasukan Gerakan Marin PDRM , Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pnerbangan Awam melakukan operasi mencari dan menyelamat [2]. Juruterbang berbangsa Jerman, Rico Stiger ditemui selamat. Sementara tiga penumpang iaitu Peter Atoh Mayau, 53 (jurutera kanan), Henry Loh, 40 (arkitek) dan Siti Khuzaimah Anwar, 26 (juruukur bahan) dicari.

Kronologi kejadian[sunting | sunting sumber]

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan operasi mencari yang dijalankan. Helikopter itu dipercayai berdepan cuaca buruk sebelum juruterbang memaklumkan menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bagi pendaratan cemas.

  • 8.57 pagi - Tiga pegawai Sebiro Holding , Peter Atoh Mayau, Henry Loh, dan Siti Khuzaimah Anwar berlepas dari landasan Sebiro Holdings Sdn Bhd, di Jalan Tun Jugah, Kuching. Tujuan mereka untuk meninjau projek pembinaan sebuah sekolah di Nanga Merit, Kapit.
  • 9.30 pagi - Helikopter jenama Eurocopter EC 120 model Dauphin itu terhempas di muara Sungai Lupar-Sungai Lingga

12.16 tengah hari - Pasukan penyelamat mengesahkan kejadian.

  • 2 petang - Mangsa pertama, juruterbang, Rico Stiger, diselamatkan di Kampung Telebu
  • 5 petang - Helikopter Nuri milik TUDM membawa Rico ke lokasi kejadian
  • 6 petang - Operasi mencari dan menyelamat udara ditangguhkan
  • 8 malam - Operasi darat ditangguhkan[3]

Mangsa kemalangan[sunting | sunting sumber]

Nelayan tempatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter itu, Rico Steger (35 tahun ) berasal dari Jerman. Beliau berenang selama empat jam dalam arus deras selepas nahas berlaku.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon memaklumkan bahawa mayat Peter Ato Mayau dijumpai dihanyutkan di pantai Kampung Tebelu, Sebuyau.Penduduk kampung bekerjasama membantu operasi mencari dan menyelamat. Mayatnya dihantar Hospital Simunjan untuk bedah siasat. Peter Ato (53 tahun) adalah Naib-Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak. Beliau dijangka akan bertanding di kawasan parlimen Mambong dalam PRU13.

Mayat juruukur ,Siti Khuzaimah Anuar (27 tahun) ditemui dua nelayan tempatan turut dihantar ke Hospital Simunjan untuk bedah siasat. Mayatnya ditemui di Muara Sungai Penaris Maludam.[4]

Pada 22 Julai 2012, jasad terakhir, arkitek Henry Lau Tee Yong (42 tahun) ditemui sekumpulan nelayan berhampiran Pulau Tereso, dekat Sebuyau. Mayat mendiang kemudian dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum dipindah ke Hospital Umum Sarawak di Kuching.


Bebeberapa pemimpin menziarahi keluarga Siti Khuzaimah seperti Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dan Datuk Sng Chee Hua iaitu Pengerusi Sebiro Holdings, pemilik pesawat Eurocopter EC 120 malang itu.Siti Khuzaimah sepatutnya berkahwin pada Disember 2012 . Jenazah dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita. [5]

Operasi menyelamat[sunting | sunting sumber]

Operasi mencari diselaraskan dari udara, darat dan laut .Jabatan Penerbangan Awam menyatakan lokasi kejadian kira-kira 150km dari Kuching.Pegawai penyiasat berkejar ke sana bagi mencari punca nahas. Helikopter milik Sebiro itu tenggelam sebaik sahaja terhempas di perairan muara.[6]

Kemalangan serupa[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ We did divert 2 aircraft to help – Hornbill SkywaysRead more: http://www.theborneopost.com/2012/07/22/we-did-divert-2-aircraft-to-help-hornbill-skyways/#ixzz21IlZz0Ob
  2. ^ "Helikopter milik ahli korporat terhempas di Sri Aman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-22. Dicapai pada 2012-07-21.
  3. ^ "Tiga hilang helikopter terhempas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-21. Dicapai pada 2012-07-21.
  4. ^ Mayat mangsa helikopter terhempas ditemui
  5. ^ Mangsa terakhir nahas heli Sarawak ditemui
  6. ^ Nahas Eurocopter: Dua Mayat Ditemui, Seorang Masih Hilang
  7. ^ "Helikopter terhempas selepas hantar rombongan TPM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-16. Dicapai pada 2012-07-21.
  8. ^ [Two bodies recovered in Malaysia helicopter crash]
  9. ^ Sarawak PKR vice-chair killed in copter crash