Hideki Matsui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hideki Matsui
Matsui bersama New York Yankees pada 2007
Outfielder / Designated hitter
Dilahirkan: (1974-06-12) 12 Jun 1974 (umur 49)
Neagari, Ishikawa, Jepun
Pukulan: Left Balingan: Right
Debut profesional
NPB: 1 Mei, 1993, untuk Yomiuri Giants
MLB: 31 Mac, 2003, untuk New York Yankees
Penampilan terakhir
NPB: 30 Oktober, 2002, untuk Yomiuri Giants
MLB: 22 Julai, 2012, untuk Tampa Bay Rays
Statistik NPB
Purata pukulan.304
Home run332
RBI889
Statistik MLB
Purata pukulan.282
Home run175
RBI760
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah
NPB

MLB

Ahli Jepun
Baseball Hall of Fame
Pelantikan2018
Undian91.3%

Hideki Matsui (Jepun: 松井 秀喜, Hepburn: Matsui Hideki, lahir 12 Jun 1974), digelar "Godzilla",[1] merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai outfielder dan designated hitter di Nippon Professional Baseball (NPB) dan Major League Baseball (MLB).[2] Beliau memukul sebagai pemain kidal dan melempar menggunakan tangan kanan.

Matsui telah beraksi pada sepuluh musim sulung kariernya di Jepun bersama pasukan NPB, Yomiuri Giants. Sepanjang tempoh itu, beliau telah disenarai sebagai pemain All-Star sebanyak sembilan kali, juara Japan Series sebanyak tiga kali dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Pusat (MVP) sebanyak tiga kali. Pada tahun 2003, Matsui berhijrah ke MLB di Amerika Utara dan menghabiskan tujuh musim pertamanya di sana bersama pasukan New York Yankees. Di Yankee, beliau telah tersenarai sebagai pemain All-Star sebanyak dua kali dan menjuarai Siri Dunia 2009 serta meraih MVP Siri Dunia. Setelah menjadi ejen bebas, Matsui menempuh satu tahun masing-masing bersama tiga pasukan MLB lain iaitu Los Angeles Angels of Anaheim, Oakland Athletics dan Tampa Bay Rays. Pada 28 Julai 2013, Matsui mengesahkan kontrak beliau bersama pasukan minor league Yankees untuk secara rasminya melakukan persaraan bersama pasukan itu.

Sepanjang 20 tahun karier beliau, Matsui telah berjaya menghasilkan 507 pukulan home run iaitu 332 di NPB dan 175 lagi dicatatkan di MLB. Pada tahun 2018, Matsui telah dinamakan ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Jepun.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Leitch, Will (October 23, 2021). "One great free-agent signing for every club". MLB.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 26, 2021.
  2. ^ Martin, Dan (December 27, 2012). "Former Yankees slugger Matsui retires". New York Post. Diarkibkan daripada yang asal pada December 31, 2012. Dicapai pada December 31, 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Baseball stats