Tampa Bay Rays
Tampa Bay Rays | |||||
---|---|---|---|---|---|
Musim 2024 Tampa Bay Rays | |||||
Ditubuhkan pada 1998 | |||||
| |||||
Gabungan liga utama | |||||
| |||||
Seragam terkini | |||||
Nombor tidak digunakan | |||||
Warna | |||||
Nama | |||||
Ballpark | |||||
| |||||
Kejuaraan Liga Utama | |||||
Kejuaraan Siri Dunia (0) | Tiada | ||||
AL Pennant (2) | |||||
AL East Kejuaraan Divisyen (4) | |||||
Kemunculan Wild card (4) | |||||
Pejabat pengurusan | |||||
Pemilik | Stuart Sternberg | ||||
Pengurus | Kevin Cash | ||||
Pengurus Besar | Peter Bendix | ||||
Presiden Operasi Besbal | Erik Neander |
Tampa Bay Rays merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpangkalan di Tampa Bay. Pasukan ini bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) East. Sejak penubuhannya, stadium pasukan ini masih kekal di Tropicana Field yang terletak di St. Petersburg, Florida.
Selepas hampir tidak dekad tidak berjaya untuk memperoleh status sebagai pasukan tambahan untuk mendapatkan pasukan dari kawasan lain untuk berpindah ke Tampa Bay, satu kumpulan pemilikan oleh Vince Naimoli telah diluluskan pada 9 Mac 1995. Pasukan ini mula beraksi sebagai Tampa Bay Devil Rays pada tahun 1998.
Dekad sulung pasukan ini begitu menghambarkan apabila menduduki tempat terakhir di AL East pada tiap-tiap musim sehingga tahun 2004 apabila ia menghuni tempat kedua terakhir.[4] Selepas musim 2007, Stuart Sternberg yang mendapatkan faedah pengawalan pasukan daripada Vince Naimoli pada dua tahun sebelumnya,[5] telah menukarkan nama pasukan "Devil Rays" kepada "Rays", yang memberi makna manta ray (sejenis ikan pari) dan ray of sunshine (sinaran matahari);[6] logo manta ray tampil di lengan seragam manakala logo matahari pula tampil di bahagian depan seragam. Pada musim 2008, Rays merekodkan kemenangan musim pertama, kejuaraan AL East pertama serta pennant American League sulung (menewaskan Boston Red Sox di ALCS) sebelum tewas kepada Philadelphia Phillies di Siri Dunia. Semenjak itu, Rays telah beraksi dalam tujuh aksi postseason, meraikan kemenangan pennant American League pada 2020 dan tewas kepada Los Angeles Dodgers dalam Siri Dunia.
Tampa Bay Rays memiliki permusuhan dengan pasukan Boston Red Sox dan New York Yankees yang juga beraksi di AL East. Pertembungan dengan Red Sox dihimpit dengan pelbagai insiden di atas padang yang diingati.[7] Rays juga mengembangkan persaingan dengan pasukan dari National League (NL), Miami Marlins (dahulunya Florida Marlins) dalam pertembungan yang dikenali Citrus Series.
Sehingga tahun 2022, rekod menang-kalah Rays secara keseluruhannya ialah 1,912–2,034.[8]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Menjelang tahun sebelum kemunculan Rays, kawasan di sekitar Tampa hingga St. Petersburg, Florida sering dicadangkan sebagai tapak pemindahan untuk banyak pasukan yang bergelut di Major League Baseball. Kawasan tersebut menjadi pusat latihan musim bunga bagi pasukan MLB. Sejak Chicago Cubs memindahkan latihan mereka ke Tampa pada 1913, banyak pasukan menunjukkan minat untuk berpindah ke sana yang sudah pun memiliki rangkaian peminat tersendiri. Walau bagaimanapun, tiada satu pasukan pun berpindah ke kawasan itu dan Tampa Bay terus ketiadaan pasukan MLB sehingga ia dikurniakan satu pasukan tambahan ketika pertemuan pemilik Major League Baseball 1995.
Sebulan sebelum musim bermula, Tampa Bay menandatangani bakal pemain Dewan Kemahsyuran iaitu Wade Boggs yang membesar di Tampa dan terus menjadi pemain paling digemari dalam kalangan peminat. Walau bagaimanapun, Devil Rays memulakan aksi yang menghambarkan dengan mencatatkan rekod kekalahan pada 10 musim sulungnya dan menduduki tempat terakhir dan kedua terakhir di divisyen.
Pada tahun 2008, pasukan Rays yang mengguna pakai nama baru menghasilkan kebangkitan terhebat dalam sejarah besbol. Di bawah kepimpinan Joe Maddon dan pemain-pemain muda seperti Scott Kazmir, Matt Garza, Evan Longoria dan Carl Crawford, Rays menghasilkan rekod 95–67 dan peningkatan 29 kemenangan lebih daripada musim lalu. Rays layak ke aksi playoff pertama dalam sejarah pasukan sebagai juara AL East. Dalam aksi American League Championship Series 2008, Rays mengetepikan juara dunia, Boston Red Sox untuk meneruskan kemaraan ke Siri Dunia. Rays akhirnya tewas dalam aksi akhir kepada Philadelphia Phillies, tetapi ia masih dianggap sebagai kebangkitan dramatik yang memperlihatkan perubahan mendadak dalam masa satu tahun sahaja.
Rays sekali lagi mara ke playoff pada 2010 dan 2011 tetapi berakhir dengan penyingkiran. Pasukan ini memenang isatu perlawanan di postseason Wild Card tetapi tewas di pusingan Division Series. Rays kemudian merosot apabila Maddon berpindah ke Cubs selepas Tampa Bay menamatkan musim 2014 dengan rekod kekalahan. Musim tersebut menandakan permulaan rekod kekalahan empat musim berturut-turut. Keadaan ini berlarutan sehingga tahun 2018 apabila Rays melakar kejutan dengan meraih 90 kemenangan tetapi menemui kegagalan di kelayakan postseason. Tampa Bay kembali bangkit pada 2019 dengan memenangi 92 perlawanan dan aksi Wild Card sebelum mara ke Division Series apabila Rays tewas dalam lima perlawanan.
Rays menetapkan rekod terbaik di AL pada 2020 (40–20, musim dipendekkan oleh MLB disebabkan pandemik COVID-19) dan kemudian meraih kejayaan pennant kedua mereka di ALCS mengatasi Houston Astros. Pasukan ini kemudiannya berdepan kekecewaan apabila gagal meraih kejuaraan dunia pertama disebabkan kecundang kepada Dodgers. Pada 2021, Tampa Bay sekali lagi melebarkan rekod terbaik di AL (100–62), tetapi aksi postseason mereka berakhir apabila tewas kepada Rod Sox di siri divisyen.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Time to shine: Rays introduce new name, new icon, new team colors and new uniforms". RaysBaseball.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. November 8, 2007. Dicapai pada June 9, 2019.
- ^ Chastain, Bill (February 7, 2018). "Rays set to celebrate 20th anniversary in '18". RaysBaseball.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada February 8, 2018.
Prominent among those items was the 20th anniversary logo that will appear on the left sleeve of all Rays 2018 regular-season jerseys and caps. The home-plate shaped patch features the number 20, a sunburst and a variation of the original fish – all in the Rays' modern colors.
- ^ "Rays All-Time Uniforms and Logos". RaysBaseball.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada February 11, 2019.
- ^ "Tampa Bay Rays Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com.
- ^ "Devil Rays' ownership transfer approved". ESPN. Associated Press. November 17, 2005. Dicapai pada September 12, 2017.
- ^ name="TimeToShine"
- ^ Reuter, Joel (June 11, 2013). "Is Red Sox-Rays the Most Underrated Heated Rivalry in Baseball?". Bleacher Report. Dicapai pada September 12, 2017.
- ^ "Tampa Bay Rays Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-09.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tampa Bay Rays |