Hidetoshi Dekisugi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hidetoshi Dekisugi (出木杉 英才, Dekisugi Hidetoshi)

Dialah rakan sekelas Nobita dan berlawan dengan Nobita untuk merebut perhatian Shizuka. Dia selalu mendapat markah penuh dalam ujian, tetapi tidak pernah menonjolkan kebolehannya. Dia sanggup membantu Nobita apabila ditanyakan soalan falsafah atau sains. Namanya secara harafiahnya bermaksud "pencapai tinggi yang amat pintar", dan nama keluarganya ialah jolokan bagi perkataan dekisugiru, yang bermaksud "pencapaian amat tinggi".