Hilang pendengaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hilang pendengaran
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Tidak sempurna pendengaran, Kesukaran pendengaran; anakusis ialah kepekakan penuh[1]
Telinga putih yang digayakan, dengan dua palang putih mengelilinginya pada latar belakang biru.
Simbol antarabangsa bagi kepekakan dan hilang pendengaran
PengkhususanOtorinolaringologi, audiologi
GejalaKebolehan mendengar mengurang
KerumitanPemencilan sosial,[2] demensia
JenisHilang pendengaran konduktif, saraf deria, dan campuran, disfungsi pendengaran pusat[3]
PuncaGenetik, penuaan, pendedahan kepada bunyi bising, beberapa jangkitan, kerumitan kelahiran, trauma kepada telinga, pengubatan atau toksin tertentu[2]
Ujian pendengaran
PencegahanPengimunan, penjagaan sempurna semasa kehamilan, mengelakkan bunyi bising yang kuat, mengelakkan pengubatan tertentu[2]
RawatanAlat bantu dengar, bahasa isyarat, implan koklear, sari kata[2]
Kekerapan1.33 bilion / 18.5% (2015)[4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hilang pendengaran ialah ketidakmampuan separa atau penuh untuk mendengar.[5] Hilang pendengaran boleh hadir semasa dilahirkan atau diperoleh pada bila-bila masa kelak.[6][7] Hilang pendengaran boleh berlaku di satu atau kedua-dua belah telinga.[2] Dalam kanak-kanak, masalah pendengaran boleh menjejaskan kebolehan belajar bahasa lisan, dan dalam dewasa ia boleh mencipta kesukaran dengan interaksi sosial dan di tempat kerja.[8] Hilang pendengaran boleh menjadi sementara atau kekal. Hilang pendengaran yang berkaitan dengan umur biasanya menjejaskan kedua-dua telinga dan disebabkan kehilangan sel rambut koklea.[9] Dalam beberapa orang, terutamanya orang yang lebih tua, hilang pendengaran boleh mengakibatkan kesunyian.[2] Orang pekak biasanya memiliki sedikit atau tiada kedengaran.[6]

Hilang pendengaran boleh berpunca oleh beberapa faktor termasuk: genetik, penuaan, pendedahan kepada bunyi bising, beberapa jangkitan, kerumitan kelahiran, trauma kepada telinga, dan pengubatan atau toksin tertentu.[2] Keadaan umum yang mengakibatkan hilang pendengaran ialah jangkitan telinga kronik.[2] Jangkitan tertentu semasa kehamilan seperti sitomegalovirus, sifilis dan rubela, boleh juga menyebabkan hilang pendengaran dalam kanak-kanak.[2][10] Hilang pendengaran didiagnosis apabila ujian pendengaran mendapati seseorang tidak dapat mendengar 25 desibel di sekurang-kurangnya sebelah telinga.[2] Ujian untuk pendengaran lemah disyorkan untuk semua bayi baru lahir.[8] Hilang pendengaran boleh dikategorikan sebagai ringan (25 hingga 40 dB), sederhana (41 hingga 55 dB), sederhana-teruk (56 hingga 70 dB), teruk (71 hingga 90 dB), atau parah (lebih daripada 90 dB).[2] Terdapat tiga jenis hilang pendengaran: hilang pendengaran konduktif, hilang saraf deria pendengaran, dan hilang pendengaran campuran.[3]

Sekitar separuh daripada hilang pendengaran secara sejagat boleh dicegah melalui langkah kesihatan awam.[2] Amalan termasuk pengimunan, penjagaan sempurna semasa kehamilan, mengelakkan bunyi bising yang kuat, dan mengelakkan pengubatan tertentu.[2] Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan orang muda mengehadkan pendedahan kepada bunyi yang kuat dan guna pemain audio peribadi kepada sejam sehari dalam usaha untuk mengehadkan pendedahan kepada bunyi bising.[11] Pengecaman dan sokongan awal sangat penting dalam kanak-kanak.[2] Bagi orang ramai, alat bantu dengar, bahasa isyarat, implan koklear dan sari kata amat berguna.[2] Bacaan gerak bibir ialah kemahiran lain yang amat berguna yang orang lain telah dapat.[2] Walau bagaimanapun, capaian kepada alat bantu dengar terhad di banyak kawasan di dunia.[2]

Setakat tahun 2013, hilang pendengaran menjejaskan sekitar 1.1 bilion orang kepada beberapa tahap.[12] Ia menyebabkan kehilangan upaya dalam sekitar 466 juta orang (5% daripada populasi dunia), dan kehilangan upaya sederhana ke teruk dalam 124 juta orang.[2][13][14] Daripada ini dengan kehilangan upaya sederhana ke teruk, 108 juta tinggal di negara pendapatan rendah dan sederhana.[13] Daripada ini dengan hilang pendengaran, ia bermula semasa zaman kanak-kanak bagi 65 juta orang.[15] Mereka yang menggunakan bahasa isyarat ialah ahli kebudayaan Pekak melihat diri mereka mempunyai perbezaan berbanding kehilangan upaya.[16] Kebanaykan ahli kebudayaan Pekak menentang cubaan menyembuhkan kepekakan[17][18][19] dan beberapa dalam masyarakat ini memandang implan koklear dengan rasa bimbang kerana mereka ada potensi untuk menyingkirkan kebudayaan mereka.[20] Istilah cacat pendengaran atau hilang pendengaran selalu dipandang negatif kerana menekankan perkara yang orang tidak dapat buat, walaupun istilah ini masih biasa digunakan apabila merujuk kepada kepekakan dalam konteks perubatan.[16][21]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elsevier, Dorland's Illustrated Medical Dictionary, Elsevier.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Deafness and hearing loss Fact sheet N°300". March 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2015. Dicapai pada 23 May 2015.CS1 maint: unfit URL (link)
  3. ^ a b Shearer AE, Hildebrand MS, Smith RJ (2014). "Deafness and Hereditary Hearing Loss Overview". Dalam Adam MP, Ardinger HH, Pagon RA, Wallace SE, Bean LJ, Stephens K, Amemiya A (penyunting). GeneReviews [Internet]. Seattle (WA): University of Washington, Seattle. PMID 20301607.
  4. ^ Global Burden of Disease Study 2013 Collaborators (October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
  5. ^ "Deafness". Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica Inc. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-25. Dicapai pada 2012-02-22.
  6. ^ a b "Deafness and hearing loss". World Health Organization (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-01. Dicapai pada 2020-07-13.
  7. ^ "Hearing Loss at Birth (Congenital Hearing Loss)". American Speech-Language-Hearing Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  8. ^ a b Lasak JM, Allen P, McVay T, Lewis D (Mac 2014). "Hearing loss: diagnosis and management". Primary Care. 41 (1): 19–31. doi:10.1016/j.pop.2013.10.003. PMID 24439878.
  9. ^ Schilder, Anne Gm; Chong, Lee Yee; Ftouh, Saoussen; Burton, Martin J. (2017). "Bilateral versus unilateral hearing aids for bilateral hearing impairment in adults". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 12: CD012665. doi:10.1002/14651858.CD012665.pub2. ISSN 1469-493X. PMC 6486194. PMID 29256573.
  10. ^ Fowler KB (Disember 2013). "Congenital cytomegalovirus infection: audiologic outcome". Clinical Infectious Diseases. 57 Suppl 4 (suppl_4): S182-4. doi:10.1093/cid/cit609. PMC 3836573. PMID 24257423.
  11. ^ "1.1 billion people at risk of hearing loss WHO highlights serious threat posed by exposure to recreational noise" (PDF). who.int. 27 February 2015. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 1 May 2015. Dicapai pada 2 March 2015.
  12. ^ Global Burden of Disease Study 2013 Collaborators (August 2015). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 301 acute and chronic diseases and injuries in 188 countries, 1990-2013: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2013". Lancet. 386 (9995): 743–800. doi:10.1016/s0140-6736(15)60692-4. PMC 4561509. PMID 26063472.
  13. ^ a b WHO (2008). The global burden of disease: 2004 update (PDF). Geneva, Switzerland: World Health Organization. m/s. 35. ISBN 9789241563710. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2013-06-24.
  14. ^ Olusanya BO, Neumann KJ, Saunders JE (May 2014). "The global burden of disabling hearing impairment: a call to action". Bulletin of the World Health Organization. 92 (5): 367–73. doi:10.2471/blt.13.128728. PMC 4007124. PMID 24839326.
  15. ^ Elzouki AY (2012). Textbook of clinical pediatrics (ed. 2). Berlin: Springer. m/s. 602. ISBN 9783642022012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-14.
  16. ^ a b "Community and Culture - Frequently Asked Questions". nad.org. National Association of the Deaf. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2015. Dicapai pada 31 July 2014.
  17. ^ "Sound and Fury - Cochlear Implants - Essay". www.pbs.org. PBS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-06. Dicapai pada 2015-08-01.
  18. ^ "Understanding Deafness: Not Everyone Wants to Be 'Fixed'". www.theatlantic.com. The Atlantic. 2013-08-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-30. Dicapai pada 2015-08-01.
  19. ^ Williams S (2012-09-13). "Why not all deaf people want to be cured". www.telegraph.co.uk. The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2015-08-02.
  20. ^ Sparrow R (2005). "Defending Deaf Culture: The Case of Cochlear Implants" (PDF). The Journal of Political Philosophy. 13 (2): 135–152. doi:10.1111/j.1467-9760.2005.00217.x. Dicapai pada 30 November 2014.
  21. ^ Tidy, Colin (Mac 2014). "Dealing with Hearing-impaired Patients". patient.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Ogos 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Ear symptoms and signs Templat:Diseases of the ear and mastoid process