Hingga Akhir Waktu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hingga Akhir Waktu merupakan sebuah sinetron yang diproduksi oleh Sinemart, dan ditayangkan oleh stasyen televisyen swasta RCTI. Sinetron ini mulai ditayangkan pertama kali pada tanggal 3 Maret 2008 pukul 21.30. Sedang tayang di Astro Ria pada 29 Julai 2011, ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat dan tamat pada 26 September 2011.

Sinetron ini mengisahkan tentang seorang budak kecil yang hilang, bernama Anggrek(dilakonkan oleh Marshanda) kerana kelalaian papanya (dilakonkan oleh Rico Tampatty). Peristiwa tersebut membuat ibu bapanya kelang-kabut, ibunya (dilakonkan oleh Feby Febiola)mengalami depresi berat. Kerana merasa kehilangan yang sangat besar terhadap Anggrek, ibunya akhirnya mengangkat seorang anak yang ditemukan di jalan untuk dijadikan seperti anak kandungnya, anak yang diambil itu dilakonkan oleh Asmirandah. Sedangkan Anggrek asli yang hilang diadopsi oleh seorang lelaki yang baik (dilakonkan oleh Teddy Syah). Mereka bertukar hingga belasan tahun lamanya.

Kisah ini mengangkat drama melankolis yang termasuk dalam alur ceritanya. Dengan dibumbui oleh cerita cinta, kasih sayang keluarga, kecemburuan, dan harapan. Sinetron ini juga disokong oleh pelakon seperti Lucky Perdana, Ayudia Bing Slamet, Dina Lorenza, Adi Bing Slamet, Devi Permatasari, Billy Davidson, Donny Damara, dan Ali Syakieb.