Hiroshima Toyo Carp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hiroshima Toyo Carp
広島東洋カープ
Fail:HiroshimaToyoCarpLogo.svg
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pusat (1950–kini)
LokasiMinami-ku, Hiroshima, Hiroshima, Jepun
StadiumMazda Zoom-Zoom Stadium Hiroshima
Tahun penubuhan5 Disember 1949; 74 tahun yang lalu (1949-12-05)
Nama gelaranKoi (鯉, carp)
Pennant CL9 (1975, 1979, 1980, 1984, 1986, 1991, 2016, 2017, 2018)
Kejuaraan Japan Series3 (1979, 1980, 1984)
Nama lama
  • Hiroshima Carp (1950–1967)
Stadium lama
WarnaMerah, putih
         
MaskotSlyly
Kemunculan playoff5 (2013, 2014, 2016, 2017, 2018)
Nombor tidak digunakan3, 8, 15
PemilikanHajime Matsuda
PengurusanKeluarga Matsuda
PengurusTakahiro Arai
Seragam
Fail:Hiroshima Toyo Carp.png

Hiroshima Toyo Carp (Jepun: 広島東洋カープ, Hepburn: Hiroshima Tōyō Kāpu) ialah pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Hiroshima. Pasukan ini bertanding di Nippon Professional Baseball (NPB). Pasukan ini telah dimiliki oleh keluarga Matsuda yang diketuai oleh Hajime Matsuda (Jepun: 松田元, Hepburn: Matsuda Hajime), seorang daripada keturunan pengasas Mazda, Jujiro Matsuda. Mazda merupakan pemegang saham terbesar (34.2%), iaitu kurang sedikit bahagian yang dimiliki oleh keluarga Matsuda (kira-kira 60%). Oleh sebab itu, Mazda tidak dikira sebagai pemilik firma. Walau bagaimanapun, hubungan syarikat itu telah ditampilkan pada nama pasukan sehingga tahun 1984, nama rasmi Mazda ialah Toyo Kogyo Co., Ltd. (Jepun: 東洋工業株式会社, Hepburn: Tōyō Kōgyō Kabushiki Gaisha). Pasukan Carp juga merupakan satu-satunya pasukan daripada 28 pasukan besbol Asia yang majoritinya dimiliki secara persendirian. Carp telah ditubuhkan setelah empat tahun peristiwa pengeboman atom Hiroshima. Kemudian, pasukan ini bangkit sebagai juara Liga Pusat seiring dengan pembinaan semula bandar Hiroshima. Maka, pasukan ini sering dirujuk sebagai "simbol kebangkitan Hiroshima selepas perang".[1]

Seragam[sunting | sunting sumber]

Seragam lama Hiroshima Toyo Carp dilihat serupa dengan pasukan Major League Baseball, Cincinnati Reds. Seragam asal Hiroshima Carp ialah berasal daripada seragam yang digunakan oleh pasukan besbol varsiti Universiti Chicago yang pergi menjelajah ke Jepun pada 1912 untuk menentang pasukan universiti utama.[2] Antara pasukan yang menjadi cabaran mereka ialah Universiti Chuo yang mengambil inspirasi menggunakan seragam pasukan Reds termasuk logo "C".[3] Alumni Universiti Chuo kemudiannya membantu dalam menjadi perintis kepada penubuhan pasukan Hiroshima Carp.

Pemain terkenal[sunting | sunting sumber]

Pemain MLB[sunting | sunting sumber]

Aktif:

Bersara:

Nombor tidak digunakan[sunting | sunting sumber]

  • Jepun Sachio Kinugasa (1975–1987), (#28:1965–1974)
  • JepunKoji Yamamoto (1971–1986, 2001–2005), (#27:1969–1970), (#88:1989–1993 sebagai pengurus)
  • Jepun Hiroki Kuroda (1997–2007, 2015–2016) (#18:2008-2014 di MLB)

Nombor penghargaan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "コラム:広島カープ――市民の球団,復興の道標". Dicapai pada 2023-03-31.
  2. ^ Stephen Ellsesser. "Century-old rivalry renewed in Japan". MLB.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2015. Dicapai pada 14 May 2019.
  3. ^ "chuo university baseball - Bing images". www.bing.com (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]