Cincinnati Reds

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cincinnati Reds
Musim 2024 Cincinnati Reds
Ditubuhkan pada 1881
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-NLC-CIN-Uniforms.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Merah, hitam, putih[1][2]
                  
Nama
  • Cincinnati Reds (1890–kini)
  • Cincinnati Redlegs (1953–1959)
  • Cincinnati Red Stockings (1881–1889)
Gelaran lain
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (5)
NL Pennant (9)
AA Pennants (1)1882
NL Central Kejuaraan Divisyen (3)
NL West Division titles (7)
Kemunculan Wild card (2)
Pejabat pengurusan
PemilikBob Castellini
PengurusDavid Bell
Pengurus BesarNick Krall
Presiden Operasi BesbalNick Krall

Cincinnati Reds merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Cincinnati. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) Central dan juga merupakan anggota pengasas American Association pada 1881 sebelum menyertai NL pada 1890.[3][4]

Reds telah beraksi di NL West dari tahun 1969 sehingga 1993 sebeum ia menyertai divisyen Central pada 1994. Pada era 1970-an, pasukan ini pernah dianggap sebagai pasukan paling dominan dalam besbol apabila menjuarai Siri Dunia 1975 dan 1976. Pasukan ini dikenali sebagai "Big Red Machine" dan memiliki pemain-pemain Dewan Kemahsyuran seperti Johnny Bench, Joe Morgan dan Tony Perez serta pemain kontroversi, Pete Rose. Secara keseluruhannya, Reds telah menjuarai lima kejuaraan Siri Dunia, sembilan pennant NL, satu pennant AA dan 10 gelaran divisyen. Pasukan ini beraksi di Great American Ball Park yang telah dibuka pada 2003. Bob Castellini telah menjawat sebagai CEO Reds sejak tahun 2006. Dari tahun 1882 sehingga 2022 rekod menang-kalah Reds secara keseluruhannya ialah 10,775–10,601.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar Cincinnati dikhabarkan telah mengasaskan pasukan besbol pertama yang dikenali sebagai "Red Stocking". Pasukan ini mula bermain pada 1869 dan tidak pernah ditewaskan dalam 81 perlawanan sulung mereka menentang pasukan amatur. Pasukan lain yang berpusat di Cincinnati dengan mengguna pakai nama sama telah menjadi anggota penubuh National League (NL) pada 1876 tetapi pasukan ini disingkirkan dari liga pada 1880 kerana membenarkan pengambilan alkohol di atas padang. Sementara itu, pada tahun 1882, pemain-pemain pasukan Red Stockings yang diharamkan oleh NL telah menyertai American Association (AA)—secara rasminya diiktiraf oleh Major League Baseball sebagai bentuk awal pasukan Cincinnati kini. Akan tetapi, kebanyakan orang Cincinnati tetap menganggap Reds sebagai pasukan tertua di besbol.

Red Stockings menamatkan musim pertama di AL di tempat pertama dan menghasilkan rekod kemenangan dalam lapan tahun pertama di liga itu. Pasukan ini berpindah semula ke NL pada 1890, dan tahun yang sama mereka memendekkan nama samaran kepada “Reds”. Cincinnati kemudian mempamerkan prestasi merosot pada penghujung abad ke-19 dan menjelang abad ke-20 dengan tidak pernah menghuni posisi lebih daripada tempat ketiga sehingga tahun 1919. Pasukan tahun 1919 telah memenangi 96 perlawanan hasil sumbangan outfielder Edd Roush dan pitcher Dolf Luque untuk membuka laluan pasukan menuju ke kemunculan pertama di Siri Dunia. Reds menjuarai Siri Dunia dalam lima aksi menentang Chicago White Sox tetapi kejuaraan mereka telah tercemar akibat lapan pemain Chicago dituduh mengambil rasuah untuk merosakkan siri (dikenali sebagai Black Sox Scandal). Kejayaan Cincinnati tidak bertahan lama apabila pada pertengahan 1920-an, pasukan ini kembali ke rentak buruk di NL buat masa yang lama termasuk empat tahun berturut-turut di tempat terakhir.

Pada tahun 1938, bintang pemain muda Reds iaitu Johnny Vander Meer menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah besbol yang menghasilkan permainan no-hitter dalam dua aksi beliau berturut-turut. Vander Meer merupakan tonggak utama pasukan termasuk catcher Dewan Kemahsyuran iaitu Ernie Lombardi membantu Reds meraih pennant NL pada 1939 dan 1940 serta menjuarai Siri Dunia pada tahun 1940. Pada pertengahan dekad, Reds sekali lagi melalui tempoh kemerosotannya.

Akibat kegusaran dikaitkan dengan komunisme di kala kemuncak Red Scare di Amerika Syarikat, pasukan ini secara rasmi menukarkan namanya kepada “Redlegs” dari tahun 1953 sehingga 1959. Ketika tempoh ini, sorotannya bertumpu kepada pemain Ted (“Big Klu”) Kluszewski yang terkenal memotong lengan seragamnya untuk mempamerkan otot biseps beliau yang besar. Pada tahun 1956, Cincinnati memanggil outfielder Frank Robinson dari minor league dan beliau seterusnya menjadi salah satu bintang terkenal pasukan. Robinson mengemudi Reds meraih pennant pada 1961 (diikuti kekalahan kepada New York Yankees di Siri Dunia) tetapi pada 1965, beliau telah dijual ke Baltimore Orioles untuk memperoleh tiga orang pemain lain. Ramai pemerhati menganggap bahawa pertukaran ini sebagai paling teruk dalam sejarah besbol.

Besbol pada era 1970-an telah didominasi oleh pasukan Cincinnati yang digelar “Big Red Machine” yang meninggalkan gelanggang lama, Crosley Field dan berpindah ke Riverfront Stadium. Barisan pemain yang menampilkan tiga bakal pemain Dewan Kemahsyuran (catcher Johnny Bench, second baseman Joe Morgan dan first baseman Tony Pérez) serta pencatat pukulan terbanyak di MLB sepanjang zaman, Pete Rose dikendalikan oleh pengurus Spanky Anderson. Pasukan ini meraih lima gelaran divisyen dalam masa tujuh tahun. Dua kunjungan Reds ke Siri Dunia berakhir dengan kekalahan apabila mereka tunduk kepada Orioles yang dibintangi Robinson pada 1970 dan tewas kepada Oakland Athletics pada 1972. Perkembangan ini disusuli oleh kekalahan mengejut kepada pasukan underdog, New York Mets di NL Championship Series 1973. Kekecewaan pasukan ini berakhir pada 1975 apabila Reds mencatatkan 108 kemenangan dan menumbangkan Boston Red Sox bagi meraih kejuaraan dunia sulung dalam masa 35 tahun. Pada tahun 1976, Reds memenangi kurang enam perlawanan daripada musim lepas dan mendahului statistik serangan utama di MLB. Pasukan ini menewaskan kesemua pasukan untuk meraih kejuaraan dunia kedua berturut-turut. Kehebatan pasukan ini telah dianggap oleh sesetengah sejarawan besbol sebagai pasukan kedua terhebat sepanjang zaman selepas pasukan legenda Yankees 1927.

Reds mengakhiri era 1970-an di tempat kedua divisyen dan kekalahan di NL Championship Series 1979. Pasukan ini terlepas peluang beraksi di postseason pada tiap-tiap musim pada 1980-an. Sorotan pasukan pada 1980-an ialah penggantungan sepanjang hayat ke atas pengurus Rose kerana terlibat dalam perjudian pada tahun 1989.

Pada tahun 1990, Reds melakar kejutan apabila bangkit dari kemelut 1989 dengan memenangi divisyen selepas tidak pernah menghuni tempat pertama sepanjang musim– buat kali pertama sejarah NL. Pasukan yang dikendalikan pengurus Lou Piniella dan pemain-pemain unggul seperti Barry Larkin telah barisan relief pitcher digelar “Nasty Boys,” membantu Reds mengecewakan Oakland untuk menjuarai Siri Dunia buat kali kelima.

Cincinnati gagal mengikuti aksi kompetitif sehingga tahun 1999. Reds pada dekad pertama kurun ke-21 menamatkan kebanyakan aksi musim dengan rekod kekalahan. Pada tahun 2003, Reds memperoleh sebuah stadium baru iaitu Great American Ball Park.

Pada 2010, Reds menamatkan kemarau playoff selama 15 tahun dan mengejutkan ramai pihak apabila menjuarai divisyen. Cincinnati kemudian mencatatkan 97 kemenangan pada tahun 2012 (kemenangan tertinggi diraih pasukan sejak zaman Big Red Machine) dan meraih kejuaraan NL Central. Reds kemudian disingkirkan di Division Series. Pada tahun berikutnya, Reds memenangi 90 perlawanan tetapi tewas dalam playoff Wild Card. Cincinnati kemudian kembali merosot pada tahu n2014 dan tidak tampil di aksi playoff sehingga musim 2020. Pada musim itu, pasukan ini tertewas dalam pusingan Wild Card. Pada tahun 2021, Cincinnati sekali lagi mengakhiri kempen musim dengan rekod kemenangan tetapi masih gagal untuk layak ke playoff.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Footer, Alyson (August 6, 2014). "Reds pay homage to past with 2015 All-Star logo". Reds.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada April 21, 2018. Dicapai pada April 21, 2018. The primary logo in the center of the illustration depicts the handlebar mustache and old-style square cap worn by the Reds' most traditional mascot, Mr. Redlegs. His perfectly round head sits on top of the Reds' classic oval-shaped "C." The crossed bats represent a traditional baseball design, while the addition of deep red creates dimension to the Reds' colors of red and black.
  2. ^ "Uniforms". Reds.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada September 14, 2019. Dicapai pada April 12, 2021. For the first time in club history, black became a primary element of the Reds' uniform color scheme in 1999.
  3. ^ Sheldon, Mark (December 21, 2020). "History of the Reds' team name". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada April 12, 2021.
  4. ^ "Reds Timeline". Reds.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-13. Dicapai pada April 12, 2021.
  5. ^ "Cincinnati Reds Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]