Chiba Lotte Marines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chiba Lotte Marines
千葉ロッテマリーンズ
Fail:Chibalottemarineslogo.png
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pasifik (1950–kini)
LokasiMihama-ku, Chiba, Chiba, Jepun
StadiumZOZO Marine Stadium
Tahun penubuhan26 November 1949; 74 tahun yang lalu (1949-11-26)
Nama gelaranKamome (鴎, camar)
Pennant PL 5 (1950, 1960, 1970, 1974, 2005)
Kejuaraan Japan Series4 (1950, 1974, 2005, 2010)
Nama lama
  • Lotte Orions (1969–1991)
  • Tokyo Orions (1964–1968)
  • Mainichi Daiei Orions (1958–1963)
  • Mainichi Orions (1950–1957)
Stadium lama
WarnaHitam, putih
         
MaskotMar-kun, Rine-chan, dan Zu-chan
Kemunculan playoff
Nombor tidak digunakan
PemilikanKatsumi Kawai
PengurusanLotte Holdings
PengurusMasato Yoshii
Seragam
Fail:Chiba Lotte Marines Uniforms.png

Chiba Lotte Marines (Jepun: 千葉ロッテマリーンズ, Hepburn: Chiba Rotte Marīnzu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Chiba. Pasukan ini telah dimiliki oleh Lotte Holdings Co., Ltd. Pasukan Marines merupakan anggota pengasas Liga Pasifik pada 1950 ketika menggunakan nama Mainichi Orions. Sejak tahun 1992, gelanggang pasukan ini ialah ZOZO Marine Stadium yang terletak di Mihama Chiba yang memuatkan 30,118 orang.

Nama "Marines" berasal daripada nama stadium mereka beraksi yang secara rasminya dikenali sebagai Stadium Marine Chiba kerana stadium itu terletak di atas air.

Pasukan ini mula diasaskan pada 1950 sebagai Mainichi Orions. Kemudian pada 1958, mereka bertukar nama kepada Daimai Orions, Tokyo Orions pula pada tahun 1964, beralih kepada Lotte Orions pada 1969 dan akhirnya mengguna pakai nama Chiba Lotte Marines sejak 1992. Pasukan ini telah dinobatkan sebagai juara Liga Pasifik sebanyak enam kali (1950, 1960, 1970, 1974, 2005 dan 2010). Pada masa yang sama, mereka turut meraih empat kejuaraan Japan Series iaitu pada tahun 1950, 1974, 2005 dan 2010.

Sehingga tahun 2022, rekod pasukan ini sepanjang zaman ialah 4,733-4,701-394 (.501).[1]

Pemain[sunting | sunting sumber]

Bekas pemain ternama[sunting | sunting sumber]

Pemain MLB[sunting | sunting sumber]

Bersara

Nombor kehormat[sunting | sunting sumber]

Templat:Retired number list

  • 26 – Nombor ini tidak digunakan sebagai tanda menghargai para peminat Marines pada 2005. Ia telah diinsipirasikan daripada beberapa pasukan dalam sukan lain (seperti bola keranjang yang tidak menggunakan nombor "6" untuk "pemain ke-6"). Pasukan Tohoku Rakuten Golden Eagles juga tidak menggunakan No. 10 dalam hal yang sama. Pasukan MLB, Los Angeles Angels pula tidak menggunaka No. 26 untuk penubuhnya, Gene Autry.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "千葉ロッテマリーンズ 年度別成績 (1950-2023)".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]