Liga Pasifik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liga Pasifik
Fail:Pacific League Logo.png
SukanBesbol
Ditubuhkan26 November 1949; 74 tahun yang lalu (1949-11-26) sebagai Taiheiyo Baseball Union di Tokyo
Bil. pasukan6
NegaraJepun Jepun
Juara laluOrix Buffaloes (gelaran ke-15)
Juara terbanyakSaitama Seibu Lions (23)
Laman web rasmiNPB.jp/pl

Liga Pasifik (Jepun: パシフィック・リーグ, Hepburn: Pashifikku Rīgu), atau Pa League (Jepun: パ・リーグ, Hepburn: Pa Rīgu), dan Persol Pacific League (Jepun: パーソル パシフィック・リーグ), atas sebab penaja, merupakan salah satu daripada dua liga besbol profesional yang membentuk Nippon Professional Baseball (NPB) di Jepun. Juara kejuaraan liga ini akan bertanding menentang juara bagi Liga Pusat dalam merebut kejohanan Japan Series yang dipertandingkan pada setiap tahun. Liga ini terdiri daripada enam buah pasukan dari seluruh Jepun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Liga ini mula ditubuhkan sebagai Taiheiyo Baseball Union (太平洋野球連盟, Taiheiyo Yakyu Renmei) pada tahun 1949 (nama berubah kepada nama sekarang pada tahun 1980). Pemilik Daiei Stars, Masaichi Nagata merupakan presiden pertama bagi Liga Pasifik.[1]

Liga ini bermula dengan tujuh buah pasukan: empat pasukan lama yang pernah beraksi di Japanese Baseball League iaitu Hankyu Braves, Nankai Hawks, Daiei Stars dan Tokyu Flyers dan ia ditambah dengan tiga pasukan baru iaitu Kintetsu Pearls, Mainichi Orions dan Nishitetsu Clippers.

Pada tahun 1954, pasukan kelapan di Liga Pasifik telah ditubuhkan iaitu Takahashi Unions. Walaupun pauskan itu terdiri daripada ramai pemain dari pasukan Liga Pasifik lain, tetapi Unions tetap bergelut dari mula dan mengakhirinya di divisyen kedua pada setiap musim. Pada tahun 1957, Unions telah bergabung dengan Daiei Stars untuk membentuk pasukan Daiei Unions (dan mengurangkan bilangan pasukan Liga Pasifik kepada tujuh pasukan). Pada musim sulungnya, Unions berada di tempat terakhir. Pada tahun 1958, pasukan Unions bergabung dengan Mainichi Orions untuk membentuk Daimai Orions. Perkara ini membolehkan Liga Pasifik terdiri daripada enam pasukan sahaja.

Fujio Nakazawa, bekas pemain dan pengulas televisyen menjadi presiden Liga Pasifik pertama sepenuh masa pada tahun 1959 dan beliau berkhidmat sehingga tahun 1965.[2]

Dari tahun 1973 sehingga 1982, Liga Pasifik memperkenalkan konsep musim terpisah, iaitu juara separuh pertama musim akan beraksi menentang juara separuh kedua musim dalam mini-playoff bagi menentukan juara.

Bermula pada tahun 1975, Liga Pasifik mula menggunakan designated hitter (DH) sama seperti American League di Major League Baseball. Semasa interleague play (diguna pakai pada tahun 2005), DH telah digunakan dalam aksi tuan rumah bagi pasukan Liga Pasifik.

Selepas musim 2004, pasukan Orix BlueWave telah bergabung dengan Osaka Kintetsu Buffaloes untuk membentuk Orix Buffaloes. Sebuah pasukan yang dimiliki oleh syarikat membeli-belah internet, Rakuten dan berpusat di Sendai telah membentuk pasukan Tohoku Rakuten Golden Eagles untuk mengisi kekosongan tempat hasil penggabungan pasukan itu tadi.

Pada musim 2004 juga, satu sistem playoff tiga pasukan telah diperkenalkan di Liga Pasifik (Siri Kejuaraan Liga Pasifik). Pasukan yang memiliki rekod kedua dan ketiga terbaik liga akan beraksi tiga perlawanan dalam pusingan pertama, dan juara bagi pusingan itu akan layak ke final enam terbaik menentang pasukan teratas (juara pennant Liga Pasifik akan dijamin dengan kelebihan satu perlawanan di Pusingan Akhir). Juara pusingan akhir akan menjadi wakil Liga Pasifik untuk mara ke Japan Series.

Semenjak pasukan dari Liga Pasifik telah menjuarai Japan Series selepas sistem tersebut diperkenalkan, sistem yang sama telah diperkenalkan juga ke Liga Pusat pada tahun 2007 dan aksi postseason dalam liga telah dinamakan sebagai "Climax Series" bagi kedua-dua liga. Statistik pemain dan giliran draf berdasarkan rekod pasukan tidak akan terkesan dengan perlawanan postseason tersebut.

Pasukan[sunting | sunting sumber]

Lencana Pasukan Nama Jepun Ditubuhkan[3] Lokasi Stadium Pemilik
Chiba Lotte Marines 千葉ロッテマリーンズ
Chiba Rotte Marīnzu
26 November 1949 Mihama-ku, Chiba, Chiba ZOZO Marine Stadium Lotte
Fukuoka SoftBank Hawks 福岡ソフトバンクホークス
Fukuoka Sofutobanku Hōkusu
22 Februari 1938 Chūō-ku, Fukuoka, Fukuoka Fukuoka PayPay Dome SoftBank
Hokkaido Nippon-Ham Fighters 北海道日本ハムファイターズ
Hokkaidō Nippon-Hamu Faitāzu
6 November 1945 Kitahiroshima, Hokkaidō Es Con Field Hokkaido Nippon Ham
Orix Buffaloes オリックス・バファローズ
Orikkusu Bafarōzu
23 Januari 1936 Nishi-ku, Osaka, Osaka Kyocera Dome Osaka ORIX
Saitama Seibu Lions 埼玉西武ライオンズ
Saitama Seibu Raionzu
26 November 1949 Tokorozawa, Saitama Belluna Dome Seibu Group
Tōhoku Rakuten Golden Eagles 東北楽天ゴールデンイーグルス
Tōhoku Rakuten Gōruden Īgurusu
2 November 2004 Miyagino-ku, Sendai, Miyagi Rakuten Mobile Park Miyagi Rakuten

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan Pertama Kedua Ketiga
Saitama Seibu Lions 23 12 15
Fukuoka SoftBank Hawks 19 17 7
Orix Buffaloes 15 15 8
Hokkaido Nippon-Ham Fighters 7 8 15
Chiba Lotte Marines 5 9 14
Osaka Kintetsu Buffaloes 4 9 8
Tohoku Rakuten Golden Eagles 1 1 3
Daiei Unions 0 0 2
Takahashi Unions 0 0 0

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nagata, Masaichi". Hall of Famers List. The Baseball Hall of Fame and Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 2020. Dicapai pada 24 September 2011.
  2. ^ "Nakazawa, Fujio," Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine The Baseball Hall of Fame and Museum (Japan). Accessed March 27, 2015.
  3. ^ 一般社団法人日本野球機構. "球団別インデックス | NPB.jp 日本野球機構". Npb.jp. Dicapai pada 2022-08-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]