Ho Ching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Ho.
Ho Ching
何晶
Ho Ching.jpg
Ho Ching bercakap kepada pemberita di Temasek Review semasa laporan tahunan sidang akhbar pada tahun 2009 di Singapura.
Isteri kepada Perdana Menteri Singapura
Memegang jawatan
12 Ogos 2004
Perdana Menteri Lee Hsien Loong
Didahului oleh Tan Choo Leng
Butiran peribadi
Lahir (1953-03-27) 27 Mac 1953 (umur 65)
Singapura
Pasangan Lee Hsien Loong (berkahwin 1985)
Anak-anak Li Xiuqi
Li Yipeng
Li Hongyi
Li Haoyi
Alma mater Universiti Stanford

Ho Ching (Bahasa Cina: pinyin: Hé JīngWade-Giles: Ho2 Ching1Yale Kantonis: Hòh Jīng) (lahir 27 Mac 1953) merupakan Pengerusi, CEO Temasek Holdings dengan aset US$50 bilion. Ho Ching ialah isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Hsien Loong juga Menteri Kewangan Singapura dan anak bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Syarikat Temasek Holdings telah membeli syarikat Shin Corp dari Perdana Menteri Thailand,Thaksin Shinawatra pada tahun 2006. Selepas pembelian ini, Thaksin berhadapan dengan rampasan kuasa dan dituduh rasuah dan belot kepada negara.

Ho Ching ialah anak sulung daripada empat adik-beradik, dan telah menerima pendidikannya di institusi-institusi pendidikan yang terulung seperti Maktab Rendah Kebangsaan (National Junior College atau NJC), dimana dia muncul sebagai pelajar terbaik (Student of the Year) serta Mahasiswi Presiden (President's Scholar). Bapanya ahli perniagaan bernama Hon Eng Hong dan Chan Chiew Ping . Pada 1985 beliau berkahwin dengan Lee Hsien Loong yang kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura pada 2004.

Pengiktirafan perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pada 2007, majalah Forbes telah meletakkan Ho Ching di tempat ke-3, 100 wanita Paling Berkuasa di Dunia dalam perniagaan, di luar Amerika Syarikat. Sebelum ini beliau diletakkan pada ranking ke-11 tahun 2005, ke-5 tahun 204 dan ke-10 tahun 2003.[1]

Selepas beliau membeli Shin Corp dari Thaksin, saham syarikat itu jatuh sebanyak 40 peratus.

Ho Ching mengembangkan perniagaan Temasek Holding terlalu pantas iaitu 27 peratus. pada mulanya nilai sahamnya US$80 bilion meningkat kepada AS$108 bilion. Banyak syarikat telekomunikasi dan perbankan di China dan India telah dibeli oleh Temasek Holding.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "World's Most Powerful Women". Forbes. Dicapai 17 November 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]