ISO 639

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

ISO 639 ialah salah satu daripada beberapa piawai antarabangsa yang menyenaraikan kod ringkas untuk nama-nama bahasa. Etnolog piawai ini menggunakan kod-kod ISO 639-3 mulai daripada edisi ke-15.

ISO 639 yang terdiri daripada beberapa bahagian masih dalam perkembangan, dengan dua bahagian kini diluluskan serta diterbitkan, dan satu lagi bahagian dalam peringkat pelulusan yang terakhir (FDIS):

Bahagian-bahagian yang masih diperkembangkan adalah seperti berikut:

  • ISO/CD 639-4: Kod perwakilan nama-nama bahasa — Bahagian 4: Garis panduan pelaksanaan dan prinsip-prinsip am untuk pengekodan bahasa
  • ISO/DIS 639-5: Kod perwakilan nama-nama bahasa — Bahagian 5: Kod Alpha-3 untuk famili dan kumpulan bahasa
  • ISO/CD 639-6: Kod perwakilan nama-nama bahasa — Bahagian 6: Perwakilan Alpha-4 untuk liputan kelainan bahasa yang menyeluruh


Ruang kod Alpha-3[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab kod Alpha-3 ini mempunyai tiga huruf, had atas untuk bilangan bahasa dan himpunan bahasa yang dapat diwakili ialah 26 × 26 × 26 = 17 576. Bahagian 2 mentakrifkan dua kod khas, iaitu mul, und, dan satu julat simpanan, qaa-qtz (500 kod), serta 23 kemasukan kembar (kod B/T). Kesemua ini berjumlah 545 kod yang tidak boleh digunakan dalam Bahagian 3 untuk mewakili bahasa, atau dalam Bahagian 5 untuk mewakili himpunan bahasa. Yang tinggal ialah 17 576 - 545 = 17 032.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]