Indonesia's Got Talent

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Indonesia's Got Talent
GenrePencarian bakat
Acara varieti
PenciptaSimon Cowell
PengacaraTora Sudiro (2010)
Vincent Ryan Rompies (2010)
Evan Sanders (2014)
Ibnu Jamil (2014)
Robby Purba (2022-)
JuriAnjasmara (2010)
Ria Irawan (2010)
Vina Panduwinata (2010)
Indy Barends (2014)
Anggun C. Sasmi (2014)
Jay Subiyakto (2014)
Ari Lasso (2014)
Ivan Gunawan (2022-)
Rossa (2022-)
Denny Sumargo (2022-)
Reza Oktovian (2022-)
Negara asalIndonesia
BahasaIndonesia
Bilangan siri4
Penerbitan
Penerbit eksekutifFabian Dharmawan (2022)
PenerbitDevi Anggrainy (2010)
Virgita Ruchiman (2010)
Triana Sari (2010)
Ingrid (2010)
Hengky (2010)
LokasiUji bakat
Teater Tanah Airku, TMII, Jakarta (2010-2014)
Jakarta Concert Hall, iNews Tower, Jakarta (2022)
Persembahan langsung
Studio 5 Indosiar, Jakarta (2010)
Balai Sarbini, Jakarta (2014)
Jakarta Concert Hall, iNews Tower, Jakarta (2022)
Tempoh siaran150-180 minit
Syarikat penerbitan
Fremantle
Syco Entertainment
Penyiaran
Saluran asalIndosiar (2010)
SCTV (2014)
RCTI (2022-)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioStereo
Siaran asal23 Juli 2010 – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
Got Talent
X Factor Indonesia
Pautan luar
Laman sesawang

Indonesia's Got Talent (sering disingkat IGT) ialah sebuah acara pencarian bakat Indonesia yang merupakan francais dari siri Got Talent milik Simon Cowell dengan penaja dari Fremantle dan Syco Entertainment.

Acara ini tiada kaitan dengan Indonesia Mencari Bakat, sebuah acara serupa oleh Trans TV sejak Juli 2010 dan telah berjalan selama lima musim.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Pada dua musim pertama, Indonesia's Got Talent menggunakan format yang sama dengan Britain's Got Talent yang terdiri atas empat babak utama, iaitu uji bakat, pemilihan juri, separuh akhir dan akhir.

Pada musim ketiga, Indonesia's Got Talent mengguna pakai format America's Got Talent pula yang terdiri atas lima babak utama: uji bakat, pemilihan juri, suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Uji bakat[sunting | sunting sumber]

Peserta yang berhak mengikuti uji bakat Indonesia's Got Talent disaring melalui uji bakat awal yang diselenggarakan pihak stesen televisyen, baik dalam atau luar talian. Peserta terpilih kemudian menjalani perakaman audisi di sebuah tempat tertentu dan akan diberi komen oleh para juri. Selama sesi uji bakat, setiap juri berhak menekan butang merah (Red Buzzer) dengan simbol "X" yang menandakan juri tersebut tidak menyukai aksi yang ditampilkan apabila Red Buzzer seluruhnya menyala, penampilan peserta secara automatik berhenti. Meskipun begitu, sistem butang ini belum menjamin kelayakan peserta ke babak selanjutnya. Peserta disahkan layak jika mendapatkan minimum 3 "ya" dari para juri. Namun, ketika 3 juri mengatakan "tidak" atau keputusan seimbang dari para juri (2 "ya" dan 2 "tidak"), maka peserta gagal layak.

Sejak musim kedua, terdapat penerapan berupa Golden Buzzer, yang berhak untuk diberikan oleh salah satu juri. Peserta yang memperoleh ini akan automatik ke separuh akhir tanpa melalui babak pemilihan awal. Butang ini sekali gus menyelamatkan peserta apabila penampilan peserta tersebut tidak disukai sebahagian besar juri.

Pemilihan juri[sunting | sunting sumber]

Babak ini ialah lanjutan sesi uji bakat, bernama Judge Choice pada musim pertama, di mana aksi yang telah persembahan pada babak dalam uji bakat akan berhadapan langsung dengan juri, dan ditentukan nasibnya, sama ada layak atau tidak.

Pada musim kedua, babak ini diulang dengan nama Judge Cull, dimana para juri akan berkeputusan untuk melayakkan peserta yang menurut mereka layak untuk merebut hati mereka serta penonton melalui undian.

Pada musim ketiga, babak ini dinamakan semula sebagai Judge Cuts, di mana peserta dari uji bakat akan kembali menampilkan bakatnya di hadapan para juri. Babak ini akan menjadi penentuan ada aksi tersebut berhak persembahan ke suku akhir atau tidak.

Suku akhir[sunting | sunting sumber]

Babak suku akhir mula dipakai pada musim ketiga. Pada babak ini, para peserta yang layak akan kembali persembahan untuk merebut hati para juri sekali lagi dengan bakat mereka. Peserta yang dapat menarik perhatian juri pantas mara ke separuh akhir.

Separuh akhir[sunting | sunting sumber]

Babak Separa-Final bermula dari musim pertama. Dalam pusingan ini, para peserta akan menampilkan bakatnya secara langsung kepada juri dan penonton. Pada musim kedua, format babak Separa-Final ini berubah; dalam musim ini, babak ini diikuti oleh peserta yang layak melalui Golden Buzzer ketika uji bakat.

Namun, pada musim ketiga, format ini kembali mengalami perubahan. Peserta dari suku akhir serta Golden Buzzer akan berlaga untuk memperebutkan tempat di pusingan akhir. Nasib mereka tertakluk kepada undian penonton, sama ada mereka layak ke pusingan akhir atau tidak.

Akhir[sunting | sunting sumber]

Road to Grand Final[sunting | sunting sumber]

Pada musim ketiga, sebelum memasuki babak Grand Final, terdapat satu babak tambahan, iaitu Road to Grand Final. Dalam pusingan ini ini, para peserta akan melakukan persembahan untuk mendapatkan undian dari para penonton seluruh Indonesia; Hanya 5 peserta dengan undian tertinggi yang akan melangkah ke babak Grand Final.

Grand Final[sunting | sunting sumber]

Di babak akhir acara ini, seluruh peserta yang melayakkan babak Road to Grand Final akan menampilkan bakat mereka buat kali terakhir. Penentuan juara di babak ini adalah lebih kurang sama seperti babak sebelumnya, iaitu melalui hasil undian penonton. Juara akan mendapatkan hadiah sesuai ketetapan penganjur.

Pengacara dan juri[sunting | sunting sumber]

Musim Pengacara Juri
1
Vincent Ryan Rompies
Tora Sudiro
Vina Panduwinata
Anjasmara
Ria Irawan
2
Ibnu Jamil
Evan Sanders
Anggun Cipta Sasmi
Ari Lasso
Indy Barends
Jay Subiyakto
3
Robby Purba
Ivan Gunawan
Reza Oktovian
Rossa
Denny Sumargo
4

Ikhtisar musim[sunting | sunting sumber]

Musim Tayangan
perdana
Akhir
tayangan
Juara Tempat kedua Tempat ketiga Pengacara Juri
Utama Tetamu
1 23 Julai 2010 (2010-07-23) 26 Disember 2010 (2010-12-26) Vania Larissa Young Boys Akademi Wushu Indonesia Tora Sudiro
Vincent Ryan Rompies
Anjasmara
Ria Irawan
Vina Panduwinata
tiada
2 5 April 2014 (2014-04-05) 19 Julai 2014 (2014-07-19) Putri Ariani Shine Awi Junior Evan Sanders
Ibnu Jamil
Anggun C. Sasmi
Ari Lasso
Indy Barends
Jay Subiyakto
Dewi Gita
Maia Estianty
3 8 Ogos 2022 (2022-08-08) 3 Oktober 2022 (2022-10-03) Pasheman'90 Cassidy Lee N Lions Robby Purba Denny Sumargo
Ivan Gunawan
Reza Oktovian
Rossa
Ariel Noah
Armand Maulana
Raline Shah
4 11 Jun 2023 (2023-06-11) 2023 Akan diumumkan Akan diumumkan Akan diumumkan David Bayu
Judika

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Menjelang penayangan perdana pada musim pertama acara ini, beberapa pihak membanding-bandingkan Indonesia's Got Talent dengan acara serupa di Trans TV berjudul Indonesia Mencari Bakat.[1] Menurut pihak Trans TV, apabila sebuah stesen televisyen meniru acara tersebut, bermaksud mereka telah menciptakan sebuah trend. Di sisi lain, Indosiar yang menayangkan musim pertama acara ini tidak bimbang dan siap bersaing dengan acara tersebut.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "IMB Ditiru TV Lain, Trans TV Merasa Jadi Trendsetter". detikcom (dalam bahasa Indonesia). 2010-10-20. Dicapai pada 2022-08-24.
  2. ^ Sabtu, 24 Juli 2010 12:17 Penulis: Ellyana Mayasari. "Indonesia Got Talent Bukan Copy-Paste!". KapanLagi.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-22.
  3. ^ Rachmawati, Yunita (2010-07-03). "'INDONESIA'S GOT TALENT' Tawarkan Hadiah Menggiurkan". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-08-24.