Injera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Injera
Alicha 1.jpg
Setalam injera bersama pelbagai lauk-pauk
Nama alternatifBiddeena/Tayta/Tajta
JenisRoti rata atau lempeng
Jenis sajianUtama, pencuci mulut
Tempat asal
Bahan utamaTepung tef (adakala juga gandum, barli, sekoi, jagung atau beras)
VariasiCanjeero, Canjeelo, Laxox
Tenaga makanan
(per 100 g hidangan)
131 kcal (548 kJ)[3]
Nilai nutrisi
(per 100 g hidangan)
Protein4.95 g
Lemak1.26 g
Karbohidrat25 g
di Wikibuku Buku Masakan: Injera  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Injera

Injera (Bahasa Amhara: እንጀራ ənǧära [ɨndʒəra]; Templat:Lang-om; bahasa Tigrinya: Tai'ta ; Bahasa Somali: 𐒋𐒖𐒒𐒃𐒜𐒇𐒙, translit. canjeero) adalah sejenis roti rata dimakan dalam kalangan masyarakat serantau Tanduk Afrika merangkumi Habsyah, Eritrea, Djibouti dan Somalia[4] sebagai makanan ruji dan utama.[5][6] Ia dihasilkan daripada adunan tepung yang diperam hampir mirip tosai menggunakan sejenis bijirin khas iaitu tef.

Hidangan ini sering dijamukan dengan pelbagai jenis lauk (wat) setalam di mana roti ini ditarik dengan tangan (tangan kanan yang paling afdal)[7][8] untuk mengaut dan memakan lauk-pauk ini.[9][10]

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Injera mula-mula dihasilkan dengan mengadunkan air bersama tepung tef. Tef merupakan bijirin yang sukar ditanam apatah lagi didapatkan hasil yang banyak, maka bijirin lain seperti gandum, barli, jagung atau beras kadangkala digunakan untuk menggantikan sebahagian atau semua kandungan adunan tef. Malah, terdapat juga injera yang dibuat dengan adunan campuran bijirin termasuk barli, sekoi dan betari:[9] adunan barli lebih lazim di kawasan tanah tinggi mnakala adunan betari lebih lazim di kawasan rendah.[5]

Bahan penapai seperti yis umum digunakan, ataupun suatu cecair khas diperolehi dari sisa penapaian sebelumnya disebut sebagai ersho yang mengandungi spesies Bacillus aerob.[11][12] Adunan ini diperam selama kira-kira dua hingga tiga hari.

Adunan ini dimasak secara dituang dan dibakar atas suatu kuali rata besar iaitu mitad (Bahasa Amhara: ምጣድ) sehingga menaik. Rasa injera yang masak ada dibandingkan mirip apam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clarkson, Janet (2013). Food History Almanac: Over 1,300 Years of World Culinary History, Culture, and Social Influence. Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 1293. ISBN 978-1-4422-2715-6.
  2. ^ Cauvain, Stanley P.; Young, Linda S. (2009). The ICC Handbook of Cereals, Flour, Dough & Product Testing: Methods and Applications. DEStech Publications, Inc. m/s. 216. ISBN 9781932078992. Injera is the fermented pancake-like flatbread, which originated in Ethiopia.
  3. ^ https://mobile.fatsecret.com/calories-nutrition/generic/injera-(american-style-ethiopian-bread)?portionid=52386&portionamount=100.000
  4. ^ Satheesh Neela; Solomon Workneh Fanta. "Injera (An Ethnic, Traditional Staple Food of Ethiopia): A review on Traditional Practice to Scientific Developments". Dicapai pada 9 Februari 2021.
  5. ^ a b Lyons, Diane; D' Andrea, A. Catherine (September 2003). "Griddles, Ovens, and Agricultural Origins: An Ethnoarchaeological Study of Bread Baking in Highland Ethiopia". American Anthropologist. 105 (3): 515–530. doi:10.1525/aa.2003.105.3.515. JSTOR 3566902.
  6. ^ Mekonnen, Yohannes (2013). Ethiopia: the Land, Its People, History and Culture. Yohannes Mekonnen. m/s. 362. ISBN 978-1-4823-1117-4.
  7. ^ Bhandari, Aparita (15 March 2017). "How to Eat: Ethiopian cuisine is hands-on". Toronto Star. Dicapai pada 29 March 2017.
  8. ^ McManus, Chris (2004). Right Hand, Left Hand: The Origins of Asymmetry in Brains, Bodies, Atoms and Cultures. Harvard University Press. m/s. 24. ISBN 9780674016132. Other Bantu languages mostly talked about the 'eating hand' and, [...]
  9. ^ a b Kloman, Harry (2010). Mesob Across America: Ethiopian Food in the U.S.A. New York: IUniverse.
  10. ^ Sokolov, Raymond (1993). "The Teff Also Rises". Natural History. 102 (3): 96.
  11. ^ Ashenafi, M. (1994). "Microbial flora and some chemical properties of ersho, a starter for teff (Eragrostis tef) fermentation". World Journal of Microbiology & Biotechnology. 10 (1): 69–73. doi:10.1007/BF00357567. PMID 24420890.
  12. ^ Bart, Minten; Seyoum, Taffesse, Alemayehu; Petra, Brown (19 July 2018). The economics of teff: Exploring Ethiopia's biggest cash crop (dalam bahasa Inggeris). Intl Food Policy Res Inst. ISBN 9780896292833.