Organisma aerob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bakteria aerob dan anaerob boleh dikenal pasti dengan memperkembangkan mereka dalam tabung uji kaldu tioglikolat:
1: Aerob obligat memerlukan oksigen kerana ia tidak boleh menapai atau berespirasi secara anaerobik. Ia berkumpul di atas tabung di mana kepekatan oksigen adalah yang tertinggi.
2: Anaerob obligat diracuni oleh oksigen, jadi ia berkumpul di bawah tabung di mana kepekatan oksigen adalah yang paling rendah.
3: Anaerob fakultatif boleh berkembang dengan atau tanpa oksigen kerana ia boleh memetabolismekan tenaga secara aerobik atau anaerobik. Ia berkumpul kebanyakannya di atas kerana respirasi aerob menghasilkan lebih banyak ATP berbanding penapaian atau respirasi anaerob.
4: Mikroaerofil memerlukan oksigen kerana ia tidak boleh menapai atau berespirasi secara anaerobik. Bagaimanapun, ia diracuni dengan kepekatan oksigen yang tinggi. Ia berkumpul di bahagian atas tabung uji tetapi tidak berada terlalu atas.
5: Organisme aerotoleran tidak memerlukan oksigen kerana ia memetabolisekan tenaga secara anaerobik. Tidak seperti anaerob obligat, ia tidak diracuni oleh oksigen dan boleh didapati secara merata di seluruh tabung uji.

Organisma aerob atau aerob sahaja adalah organisma yang boleh hidup dan berkembang di persekitaran yang  beroksigen.[1] Ia berbeza dengan organisma anaerob (anaerob) iaitu organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk pertumbuhan. Beberapa anaerob memberi tindak balas negatif atau mungkin mati jika terdapat oksigen.[2]

Jenis[sunting | sunting sumber]

  • Aerob obligat memerlukan oksigen untuk berkembang. Dalam proses yang dikenali sebagai respirasi sel, organisma ini menggunakan oksigen untuk mengoksidakan substrat (sebagai contoh gula dan lemak) dan menghasilkan tenaga.[3]
  • Anaerob fakultatif menggunakan oksigen jika ia boleh didapati, tetapi juga menggunakan kaedah anaerobik dalam menghasilkan tenaga.[2]
  • Mikroaerofil memerlukan oksigen untuk penghasilan tenaga, tetapi dirosakkan oleh kepekatan atmosfera oksigen (21% O2).[3]
  • Anaerob aerotoleran tidak menggunakan oksigen tetapi tidak akan rosak olehnya.[3]

Glukosa[sunting | sunting sumber]

Satu contoh yang baik adalah pengoksidaan glukosa ( monosakarida) di respirasi aerob.

C6H12O6 + 6 O2 + 38 ADP + 38 fosfat-gt 6 CO2 + 6 H2O + 38 ATP

Oksigen digunakan dalam pengoksidaan glukosa dan air dihasilkan.[2]

Persamaan ini adalah ringkasan apa yang sebenarnya terjadi dalam tiga siri tindak balas biokimia: glikolisiskitaran Krebs dan pemfosforilan oksidaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ aerobe di Kamus Perubatan Dorland
  2. ^ a b c Hentges DJ (1996). "17: Anaerobes:General Characteristics". dalam Baron S. Medical Microbiology (edisi 4). Galveston, Texas: Cawangan Perubatan Universiti Texas di Galveston. Dicapai 2016-07-24. 
  3. ^ a b c Kenneth Todar. "Nutrition and Growth of Bacteria". Todar's Online Textbook of Bacteriology. m/s. 4. Dicapai 2016-07-24.