Ipoh-Menglembu (kawasan persekutuan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ipoh-Menglembu
Kawasan pilihan raya  Perak
Kawasan pilihan raya diwujudkan1955
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1959
Kali pertama dipertandingkan1955
Kali terakhir dipertandingkan1959

Ipoh-Menglembu ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959.

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[1][2] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Ipoh-Menglembu ialah Leong Yew Koh dari Parti Persatuan Cina Malaysia yang juga merupakan sebahagian parti gabungan Parti Perikatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Ipoh-Menglembu telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Ipoh dan Menglembu. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak empat calon telah bertanding di kerusi parlimen Ipoh-Menglembu. Mereka ialah Leong Yew Koh dari Parti Perikatan, Loh Ah Kee dari Parti Kebangsaan Perak (NAP), D. R. Seenivasagam dari Parti Progresif Rakyat (PPP) dan W. E. Balasingam dari parti Bebas.[3] Leong Ah Kee telah menang dan telah menewaskan tiga calon lainnya dengan mendapatkan undian sebanyak 7,421.[2]

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen untuk Ipoh-Menglembu
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan
Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1955-1959 Leong Yew Koh (梁宇皋) Perikatan (MCA) 7,421 6,438
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Ipoh dan Menglembu.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Leong Yew Koh 7,421 76.9 N/A
NAP Loh Ah Kee 983 10.2 N/A
PPP D. R. Seenivasagam 808 8.4 N/A
Bebas W. E. Balasingam 439 4.5 N/A
Jumlah undian sah 9,651 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar 11,610
Majoriti 6,438
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Parliamentary Democracy system in Malaysia" [Sistem Demokrasi Parlimen di Malaysia]. www.parlimen.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  2. ^ a b c "How To People Voted" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 29 Julai 1955. m/s. 7. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ a b "People and Parties in the Pools" [Calon dan Parti dalam Kawasan Pilihan Raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 16 Jun 1955. m/s. 2. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]