Ishak Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ustaz Ishak Din (1938–14 November 2016) ialah seorang ulama dan penceramah bebas Malaysia dan kekanda sulung kepada ahli politik Parti Islam Se-Malaysia, Tuan Guru Haron Din dan penceramah Abu Hassan Din Al-Hafiz.[1]

Beliau meninggal dunia pada 14 November 2016 ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada jam 6.05 petang. Ishak menjalani pembedahan jantung di IJN pada Jumaat, 11 November 2016, sebelum keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot.[2][3][4] Jenazah Allahyarham Ishak disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Keramat yang diimamkan oleh anak ketiganya, Mohd Badri dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat pada jam 10.20 pagi 15 November. Beliau meninggalkan isteri, Maimunah Nopiah dan lima anak.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Noor Azizah Mokhtar (14 November 2016). Ustaz Ishak Din meninggal dunia di IJN Berita Harian. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  2. ^ Ustaz Ishak Din meninggal dunia Utusan Malaysia (14 November 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  3. ^ Abang Allahyarham Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din meninggal dunia Berita Mediacorp (14 November 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  4. ^ Ustaz Ishak Din meninggal dunia Astro Awani (14 November 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  5. ^ Mohd Zulkifli Zainuddin (15 November 2016). Ustaz Ishak Din selamat dikebumikan Berita Harian. Dicapai pada 1 Januari 2017.