Abu Hassan Din Al-Hafiz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk Seri Haji

Abu Hassan Din Al-Hafiz

PSD; SMW (WP); KMN
Imam Besar Masjid Negara ke-5
Dalam jawatan
1978–1983
Didahului olehAhmad Shahir Daud
Digantikan olehAhmad Shahir Daud
Butiran peribadi
LahirAbu Hassan bin Din
13 Januari 1946
Arau, Perlis
Meninggal dunia1 Mei 2019(2019-05-01) (umur 73)
Kampung Batu Muda,
Batu Caves, Selangor
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah,
Mukim Batu,
Kuala Lumpur
PasanganDatin Seri Rosbi Shabudin
Hubungan
Anak-anak7 (termasuk Mohamad Yusri Abu Hassan)
PekerjaanUlama

Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz (13 Januari 1946 – 1 Mei 2019) merupakan seorang ulama dan pendakwah agama Malaysia dan adik kepada Datuk Dr. Haron Din dan Ishak Din.[1][2] Beliau ialah bekas Imam Besar Masjid Negara dan pernah menjadi Penasihat Agama kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Arau, Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Abu Hassan mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.[4]

Selain itu, Abu Hassan juga aktif berceramah melalui pentas dakwah seperti Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan turut terkenal sebagai Ikon Astro Oasis. Beliau juga pernah ber­khidmat sebagai Pegawai Agama Istana Negara.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 1 Mei 2019 akibat terjatuh setelah menunaikan solat subuh, jenazah beliau dibawa pulang ke rumah di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Hamzah[5] dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.[6][7]

Abu Hassan meninggalkan seorang balu, Datin Seri Rosbi Shabudin, dan tujuh orang anak serta 13 orang cucu. Menurut laporan Sinar Harian, "Andainya ini Ramadan Terakhir" merupakan kuliah terakhir beliau.[1][8]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Senarai darjah kebesaran yang beliau terima[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Norafiza Jaafar (1 Mei 2019). "Andainya Ini Ramadan Terakhir, kuliah terakhir Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ Nur Aqidah Azizi (1 Mei 2019). "Abu Hassan Din stressed on importance prayers". New Straits Times. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  3. ^ "Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia". Astro Awani. 1 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  4. ^ Fazrik Kamarudin dan Petah Wazzan Iskandar (1 Mei 2019). "Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  5. ^ "Islamic scholar Abu Hassan Din passes away". The Star Online. 1 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  6. ^ Fazrik Kamaruddin (1 Mei 2019). "Jenazah Abu Hassan Din Al-Hafiz selamat dikebumi". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  7. ^ "Prominent Muslim preacher Hassan Din dies". The Malay Mail. 1 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  8. ^ "Abu Hassan Din meninggal dunia". Malaysiakini. 1 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  9. ^ Semakan penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat