Istana Keamanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Istana Keamanan
Belanda: Vredespaleis
Istana Keamanan, Den Haag
Map
Maklumat umum
Gaya seni bina
Neo-Renaissance
Bandar/pekanDen Haag
NegaraBelanda
Koordinat52°05′12″N 4°17′44″E / 52.0866°N 4.2955°E / 52.0866; 4.2955
Penyewa terkini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Mahkamah Tetap Timbang Tara
Pecah tanah
1907
Dibuka pada28 Ogos 1913
PembiayaanUS$1.5 juta ($40,000,000, diselaraskan mengikut inflasi)
PemilikYayasan Carnegie (Belanda)
PenggabunganPersatuan Bangsa-bangsa Bersatu
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekLouis M. Cordonnier
Anugerah dan hadiah
Label Warisan Eropah
Laman sesawang
https://www.vredespaleis.nl/

Istana Keamanan (Jawi: ايستان کأمانن; Belanda: Vredespaleis, Sebutan Belanda: [ˈvreːdəspaːˌlɛis]; dialek Haag: Freidespalès [ˈfʁeidəspaːˌlɛːs]) ialah bangunan pentadbiran undang-undang antarabangsa di Den Haag, Belanda.[1] Ia menempatkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA), Akademi Undang-undang Antarabangsa Den Haag dan Perpustakaan Istana Keamanan.

Istana Keamanan dibuka secara rasmi pada 28 Ogos 1913; ia pada asalnya dibina untuk menempatkan PCA, mahkamah yang diwujudkan oleh Konvensyen Hague 1899 untuk menamatkan perang.[1] Andrew Dickson White, yang berperanan penting dalam mewujudkan mahkamah itu,[2] memperoleh AS$1.5 juta ($ 50,000,000, diselaraskan untuk inflasi) daripada usahawan keluli Amerika Scots, Andrew Carnegie, untuk membina Istana Keamanan.[1] Label Warisan Eropah telah dianugerahkan kepada Istana Keamanan pada 8 April 2014.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Carnegie dan rancangan asal Istana Keamanan
Di dalam Istana Keamanan
Dewan utama Istana Keamanan. Di belakang ialah pintu masuk Bilik Mahkamah Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1908, Thomas Hayton Mawson memenangi pertandingan untuk mereka bentuk tanah itu. Kerana kekangan bajet, beliau terpaksa membuang beberapa elemen hiasan: gunung dan arca. Beliau menggunakan saluran air semula jadi yang terdapat di sanaa.

Konsepsi[sunting | sunting sumber]

Pasu yang diberikan oleh Rusia

Idea untuk membuat istana tersebut bermula dengan perbincangan tahun 1900 antara diplomat Rusia, Friedrich Martens, dan diplomat Amerika, White, mengenai membina sebuah rumah untuk Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA). White menghubungi Andrew Carnegie. Carnegie berasa ragu-ragu dan mulanya hanya ingin mendermakan wang untuk sebuah perpustakaan undang-undang antarabangsa. Namun, White berjaya meyakinkan Carnegie dan pada tahun 1903 Carnegie bersetuju menderma AS$1.5 juta ($ 50,000,000, diselaraskan untuk inflasi) yang diperlukan untuk menempatkan mahkamah itu serta sebuah perpustakaan undang-undang antarabangsa. White menerangkan visinya kepada Carnegie:

"Sebuah kuil keamanan yang pintu-pintunya terbuka, tidak seperti kuil Janus, pada waktu aman dan ditutup ketika perang [...] sebagai bukti yang layak bagi orang ramai bahawa selepas berabad-abad akhirnya terdapat sebuah mahkamah yang membuka pintu-pintunya untuk menyelesaikan perselisihan antara bangsa-bangsa secara damai".

Sekiranya bangunan seperti itu terwujud, manusia akan menziarah dari segenap dunia bertamadun untuk melihatnya. Ia akan menjadi sejenis tempat suci, dihargai dan dihormati oleh orang-orang yang berfikir di seluruh dunia, dan jika terdapat risiko peperangan antara mana-mana dua negara, fikiran manusia secara semula jadi tertuju kepadanya. Kesukaran utama sekarang ialah rakyat dari berbagai-bagai negara sebenarnya tidak tahu apa Persidangan ini telah lakukan untuk mereka; tetapi dengan adanya bangunan sebegitu, mereka akan tahu. Tempat tersebut akan menjadi "tanda yang jelas dan boleh dilihat" bagi Mahkamah, yang akan membuatkan kewujudannya yang nyata dan maujud diketahui ke penghujung bumi"

— Andrew Dickson White kepada Andrew Carnegie, 5 Ogos 1902

Pada mulanya, Carnegie hanya ingin mendermakan wang itu terus kepada Ratu Wilhelmina dari Belanda untuk pembinaan istana itu tetapi undang-undang melarangnya. Pada November 1903, Yayasan Carnegie Stichting diasaskan untuk menguruskan pembinaan, pemilikan dan penyelenggaraan istana itu. Yayasan tersebut masih bertanggungjawab atas perkara-perkara ini.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Untuk mencari reka bentuk yang sesuai, yayasan itu menganjurkan sebuah pertandingan antarabangsa terbuka. Reka bentuk yang menang dengan gaya Neo-Renaissance diserahkan oleh arkitek Perancis Louis M. Cordonnier. Supaya dapat dibina mengikut bajet, Cordonnier dan rakan Belandanya J.A.G. van der Steur mengubah suai reka bentuknya. Istana itu asalnya akan ada dua menara loceng besar di hadapan dan dua menara kecil di belakang. Hanya satu menara besar dan satu menara kecil dikekalkan. Bagi menjimatkan wang lagi, bangunan perpustakaan yang asing daripada reka bentuk yang menang digabungkan ke dalam istana itu.

Istana itu dipenuhi dengan banyak hadiah daripada pelbagai negara yang menghadiri Persidangan Den Haag Kedua sebagai tanda sokongan. Antara hadiahnya ialah sebuah pasu seberat 3.2 tan (3.1 ton Inggeris; 3.5 tan pendek) dari Rusia, pintu dari Belgium, marmar dari Itali, air pancut dari Denmark, permaidani dinding dari Jepun, jam untuk menara jam dari Switzerland, permaidani Parsi dari Parsi, kayu dari Indonesia, Brazil dan Amerika Syarikat dan pagar besi tempa dari Jerman.

Pada tahun 1907, batu pertamanya dibubuh secara simbolik semasa Persidangan Den Haag Kedua. Pembinaan bermula beberapa bulan kemudian dan disempurnakan dengan majlis perasmian pada 28 Ogos 1913, dihadiri oleh Andrew Carnegie, antara lain-lain. Di majlis itu, Carnegie meramalkan bahawa tamatnya perang "pasti akan datang, dan datang tidak lama lagi, sebagai siang berganti malam."[3]

Pada tahun 2007, Ratu Beatrix membuka bangunan baharu untuk Perpustakaan Undang-undang Antarabangsa Istana Keamanan, yang menempatkan seluruh katalog perpustakaan itu, sebuah dewan kuliah dan bilik bacaan baharu di jambatan ke bangunan utama Istana Keamanan. Seperti dengan Dewan Akademi baharu, perpustakaan itu direka oleh arkitek Michael Wilford dan Manuel Schupp [de]. Pusat Pelawat telah ditambah di Istana Keamanan pada tahun 2012, yang juga direka bentuk oleh Michael Wilford.[4]

Pada tahun 2002, api keamanan abadi dipasang di hadapan pintu pagarnya.

Penghuni[sunting | sunting sumber]

Istana Keamanan menempatkan pelbagai organisasi:

  • Mahkamah Timbang Tara Tetap (1913–sekarang) Penghuni asal yang sebabnya Istana Keamanan dibina. Dari tahun 1901 sehingga pembukaan istana pada tahun 1913, Mahkamah Timbang Tara Tetap ditempatkan di Prinsegracht 71 di Den Haag.
  • Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa (1922–1946) dan penggantinya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1946–sekarang). Pada tahun 1922 Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa Liga Bangsa-Bangsa menjadi penghuninya. Ini bermakna perpustakaan terpaksa dipindahkan ke bangunan tambahan, dan Mahkamah Timbang Tara Tetap dipindahkan ke bahagian kiri hadapan bangunan. Pada tahun 1946, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga Bangsa-Bangsa, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah ditubuhkan sebagai badan kehakiman utama PBB.
  • Perpustakaan Undang-undang Antarabangsa Istana Keamanan (1913–sekarang). Sebagai visi asal Carnegie, perpustakaan itu giat berkembang dan menempatkan koleksi bahan terbaik tentang undang-undang antarabangsa. Walaupun kalibernya kisah lama, perpustakaan itu masih mengandungi beberapa karya klasik yang asli, seperti salinan asal karya Hugo Grotius tentang keamanan dan undang-undang dan Querela Pacis Erasmus.
  • Yaysan Carnegie (1913–sekarang)
  • Akademi Undang-undang Antarabangsa Den Haag (1923–sekarang). Ditubuhkan pada tahun 1914, disokong kuat oleh Tobias Michael Carel Asser. Dana untuk akademi itu datang daripada satu lagi projek keamanan oleh Andrew Carnegie, iaitu Endowmen Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa, yang ditubuhkan pada tahun 1910.

Mahkamah antarabangsa lain di Den Haag, Tribunal Tuntutan Iran–Amerika Syarikat, Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia, dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, merupakan organisasi berasingan, terletak di tempat lain di Den Haag.

Dalaman[sunting | sunting sumber]

Istana itu juga menampilkan beberapa arca, patung dan potret pejuang keamanan terkemuka dari seluruh dunia dan semua era.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Suter, Keith (1986). Alternative to War: Conflict Resolution and the Peaceful Settlement of International Disputes. 2. Women's International League for Peace and Freedom. m/s. 100. ISBN 9780909506155. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "suter" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "Piece of the Palace; A special project aimed at making international audiences part of the Centennial Celebrations | Peace Palace Library". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2018. Dicapai pada 13 April 2018.
  3. ^ Cited in Bruno Tertrais, "The Demise of Ares: The End of War as We Know It?" Washington Quarterly, 35/3, (2012): p 17.
  4. ^ "Designs of Visitor Centre of the Peace Palace presented | Peace Palace".

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

52°05′12″N 4°17′44″E / 52.0866°N 4.2955°E / 52.0866; 4.2955