Isteri Untuk Disewa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi drama adaptasi novel ini, lihat Isteri Bukan Untuk Disewa.
Isteri Untuk Disewa
PengarangSyamnuriezmil
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, keluarga
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
November 2013
Jenis mediaCetakan (kulit keras)
Halaman813
ISBNISBN 9789670246604

Isteri Untuk Disewa ialah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Syamnuriezmil terbitan Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Ria pada 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Anda mempunyai masalah dalam perhubungan? Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda? Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia? Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya... Orang untuk disewa! Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876. Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Isteri Untuk Disewa dikeluarkan pada 2013 oleh Kaki Novel. Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot MegaDrama bermula 5 November 2018 di Astro Ria, dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Fattah Amin.[2] Tajuk drama ini ditukar kepada Isteri Bukan Untuk Disewa selepas menerima teguran daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad Al-Bakri.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Isteri Untuk Disewa Satu by Syamnuriezmil Goodreads. Dicapai pada 13 Ferbuari 2019.
  2. ^ Drama Isteri Untuk Disewa My Infotaip (4 November 2018). Dicapai pada 4 November 2018.
  3. ^ Mufti: Tajuk 'Isteri untuk disewa' kurang sesuai Malaysiakini (9 November 2018). Dicapai pada 13 Februari 2019.