Pergi ke kandungan

Isteri Bukan Untuk Disewa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Isteri Bukan Untuk Disewa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Osman Ali. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, dan Fattah Amin. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 5 November 2018 menggantikan Cik Reen & Encik Ngok Ngek. [1]

Isteri Bukan Untuk Disewa
GenreDrama
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Isteri Untuk Disewa
karya Syamnuriezmil
Ditulis olehMimies Zakaria
PengarahOsman Ali
Dibintangi oleh
Fattah Amin
Tiz Zaqyah
Lagu pembukaan"Isterimewa" oleh Fattah Amin
Lagu penutup"Isterimewa" oleh Fattah Amin
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulian Jayaseela Victor
Osman Ali
PenerbitYusneezam Yusop
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam.
Syarikat penerbitan
(Nuansa Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal5 November 2018 – 13 Disember 2018
Kronologi
MengikutiCik Reen & Encik Ngok Ngek
Diikuti olehKan Kukejar Cinta Kamu

Tajuk drama ini ditukar ke Isteri Bukan Untuk Disewa selepas mendapat teguran daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.[2]

Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyewa dirinya yang tidak pernah dibuat orang lain. Ia dilakukan bagi menyara hidup sementara dirinya mendapat pekerjaan tetap.

Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Lebih parah apabila empat lelaki yang menggunakan perkhidmataannya itu mula jatuh hati kepada Nur. Selain Noah, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Isteri Untuk Disewa. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021
  2. ^ "mufti tegur drama Isteri Untuk Dijual". Mstar. 9 November 2018. Dicapai pada 4 Ogos 2021.